22
Tue, Oct
28 Artikel Baru

Terkejut bila saya maklum PAS ada 7,000 cawangan

Nasional
Typography

ADA hamba Allah terkejut, tak percaya bila saya maklumkan PAS ada 7,000 cawangan seluruh negara.

drazman2Jangan terperanjat, tuan. Jabi, Dun yang belum menang pun kita ada 24 cawangan PAS. Semua cawangan ini ada markas yang boleh dilihat dan dilawati. Ada AJK cawangan yang tuan boleh berkenalan. AJK Cawangan ini hidup dan wujud di alam nyata. Boleh jumpa bila-bila masa. Semua cawangan PAS ini berdaftar dengan ROS dan sah di sisi undang-undang negara.

Malah di Jabi ada 25 buah markas PAS walau cawangan PAS hanya 24 buah. Sebuah kampung lagi iaitu Kampung Oh dah ada markas walau belum ditubuhkan cawangan PAS. Coming soon insya Allah.

Ini baru Jabi, tempat yang belum menang. Bagaimana dengan tempat yang lebih kuat dan dah menang macam Wakaf Mempelam, Rhu Rendang, Sura, Batu Buruk dan lain-lainnya. Ini baru Negeri Terengganu, tempat PAS tak memerintah. Kalau Kelantan lagi banyak cawangan PAS. Tak pelik setakat 7,000 cawangan. Sepatutnya kena ada 10,000  cawangan!

Memikul amanah PAS Pusat, saya pergi ke banyak tempat dalam negara. Nak maklum kepada yang belum tahu, Pulau Gaya di Sabah tempat perkampungan atas air pun ada cawangan PAS!  Pulau Redang di Terengganu pun ada cawangan PAS malah ada Pasti Pulau Redang yang jumlah pelajarnya lebih ramai daripada Tadika Kemas. Bukit Melawati yang tinggi ada cawangan PAS.

Bila kita cerita PAS dah sampai ke pulau dan pedalaman, maka jangan sangka di Putrajaya yang elit itu tak ada cawangan PAS. Ada, tuan!

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat