Ekonomi Malaysia amat berisiko walaupun tumbuh

Nasional
Typography

MENJELANG pembentangan Bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 27 Oktober 2017 nanti, Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat telah membuat analisa bagi mengunjurkan keadaaan pasaran dan jangkaan pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2017.

MAZLIBerdasarkan penelitian yang dilakukan terhadap laporan para firma kajian  dan agensi tempatan dan antarabangsa serta pencerapan terhadap angka ekonomi dan kecenderungan semasa, kami mengunjurkan ekonomi Malaysia boleh tumbuh melebihi tahap 5 peratus bagi tahun 2017. Walaupun unjuran ini agak sedikit optimistik, namun ia masih konservatif berbanding unjuran yang dilakukan oleh pihak lain.

Antaranya adalah oleh Standard Chartered Global Research yang mengunjurkan pertumbuhan 5.4 peratus, sepertimana yang dilaporkan oleh harian The Edge pada 27 September 2017. Manakala UOB Global Economics & Market Research mengunjurkan pertumbuhan 5.2 peratus (The Edge, 3 Oktober 2017).

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula menjangkakan ekonomi Malaysia tumbuh dalam kecenderungan menaik pada 4.8 peratus manakala Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pula mengunjurkan pertumbuhan pada 4.8 peratus, sebagaimana laporan mereka pada 26 Julai 2017. – HARAKAHDAILY 12/10/2017

Tulisan penuh dalam Harakah edisi cetak edisi Isnin bilangan 2289