26
Wed, Jun
13 Artikel Baru

Tanda harga: Masih ramai peniaga yang engkar

Nasional
Typography

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973, Seksyen 8(1) yang memerlukan peniaga mempamerkan tanda harga bagi barangan untuk dijual.
 
Tinjauan berulang kali kami di sekitar Pulau Pinang menunjukkan kebanyakan peniaga secara terbuka melanggar Akta Kawalan Harga. Hasil tinjauan kami adalah seperti berikut:

Jenis Premis

Bilangan Kedai

Kedai Tidak Mematuhi Undang-undang

Bilangan Kedai yang Mematuhi Undang-undang

Peratusan Kedai yang Melanggar Undang-undang

Gerai

30

19

11

63%

Restoran

45

35

10

80%

Kedai Runcit

15

6

9

40%

Kedai Alat Ganti Komputer

10

5

5

50%

Gerai Pasar Basah

60

30

30

50%

Kedai Alat Ganti Kereta

10

3

7

30%

Pelaku kesalahan utama adalah gerai di mana harga minuman dan makanan yang dijual di gerai tidak mempunyai senarai harga atau tanda harga yang dipamerkan.
 
Pelaku kesalahan kedua dalam senarai ialah restoran di mana tanda harga tidak dikemaskini, senarai harga makanan yang tidak jelas dan biasanya mengelirukan pengguna.
 
Dengan tidak mempamerkan tanda harga, pengguna biasanya akan “tertipu”.
 
Menurut Akta itu adalah menjadi tanggungjawab penjual untuk memastikan pembeli diberitahu harga barangan dan kekurangan penguatkuasaan menghalang keberkesanan undang-undang ini.
 
Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan tegas dan menguatkuasakannya dengan lebih ketat undang-undang ini selaras dengan Seksyen 8(1) Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973 dan mendakwa mereka yang melakukan kesalahan. – HARAKAHDAILY 31/10/2017