23
Wed, Oct
41 Artikel Baru

Beri kerakyatan pada Dr Zakir, jangan tunduk pada DAP

Nasional
Typography

BERITA berkenaan perkembangan melibatkan tokoh dakwah antarabangsa Dr Zakir Naik terus membimbangkan kita.

Pencapaian dan sumbangan tokoh kelahiran India ini telah kita akui dan iktiraf dipelbagai peringkat sehingga negara menganugerahkannya Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013.

Berita kita dengar kononnya India mahu mengeluarkan perintah ekstradiksi meminta Malaysia menghantar pulang Dr Zakir kononnya atas tuduhan terlibat dalam kegiatan pengganas.

Kerajaan Malaysia wajar mempunyai sikap tegas demi maruah Islam memberi perlindungan dan
mempertahankan tokoh kesayangan ummah ini.

Takkanlah kerana tekanan dua tiga tokoh politik tempatan seperti Dr Ramasamy dari DAP yang jelas memusuhi gerakan dakwah Islam kita perlu tunduk dan memulangkan Dr Zakir ke India.

Khabarnya India telah pun membatalkan paspot antarabangsa beliau lantas wajarlah Malaysia menimbang memberikan kerakyatan penuh kepada Dr Zakir agar negara ini dan dunia terus dapat memanfaatkan kepakarannya demi Islam dan ummah.

Mohon kerajaan Malaysia menimbangkan. Jangan tunduk pada musuh Islam. – HARAKAHDAILY 12/11/2017