23
Wed, Oct
41 Artikel Baru

Portal Malaysiakini: Bilakah mahu bersikap adil?

Nasional
Typography

PADA tengah hari ini, Malaysiakini, menerbitkan berita bertajuk "Hanipa Sekolahkan 'Adik Berhingusnya' Dalam PAS".

Wah, hebat kan tajuk berita ini...?

Persoalan ini saya tujukan khas kepada sidang editor Malaysiakini.

Mengapa portal ini sering bersikap berat sebelah dalam pemberitaan?

Sehingga ke hari ini, Malaysiakini hanya menyenaraikan nama 6 Ahli Parlimen PAS yang tidak hadir ketika pengundian.

Di manakah senarai nama 26 Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang juga tidak hadir pada malam itu?

Adakah Malaysiakini takut hendak menyenaraikan nama tokoh besar PH yang tidak hadir;
1. Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah (Permatang Pauh)
2. Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang (Gelang Patah)
3. Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
4. Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Azmin Ali (Gombak)
5. Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (Cheras)
6. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)

Portal Malaysiakini memang terkenal dalam kepakaran spin dan menipu sama sahaja seperti pemimpin Pakatan Harapan.

Contohnya; lihat status FB Ahli Parlimen PKR, YB Fuziah dan Ustaz muda PKR yang bertuankan DAP, Wan Ji.

Mereka menggunakan perkataan "Undian Tolak Kenaikan Harga Barang" dan "Undian Sokong Turunkan Harga Minyak".

YB PAN Kuala Terengganu yang berdiri di tepi jalan menuju Parlimen pula memegang placard yang tertulis "Keputusan Undi Untuk Menentang Kenaikan Harga Minyak dan Barangan serta Kos Sara Hidup".

Sebab itu saya sudah cadangkan Pakatan Harapan ditukar namanya kepada "Pakatan Penipu".

Hal ini kerana sebenarnya Undian Belah Bahagian yang berlangsung pada malam Isnin itu adalah Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa.

Mengapa disebar kepada orang awam undian itu berkenaan hal lain?

Ia dibuat untuk menggambarkan dua Ahli Parlimen PAS yang berkecuali seolah-olah menyokong Kerajaan BN untuk kenaikan harga minyak, barang dan kos sara hidup.

Bukankah itu menipu namanya? – HARAKAHDAILY 23/11/2017