21
Sun, Jul
19 Artikel Baru

Nasib guru, pensyarah dapat perhatian MP PAS

Nasional
Typography

CATATAN perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Kementerian pendidikan pada 23 November 2017, Khamis.

A.Butiran 00700 Pendidikan Guru Maktab

Peruntukan RM57,100,000

1. Mengenai pertukaran 11 kampus IPG kepada Institusi bukan latihan perguruan.
2. Telah bertukar kepada 2 Kampus Permata. 1 TVET. 8 Kolej Vokasional.
3. Sepatutnya kena fikir balik kerana ia melibatkan beberapa perkara.
4. Saya timbulkan beberapakah pensyarah terlibat.
5. Kemanakah mereka hendak ditempatkan.
6. Berapakah kos pengubahsuaian kampus ini. Kerana ia melibatkan kos yang mahal terutama untuk kampus Vokasional
7. Kemanakah kepakaran mereka ini hendak ditempatkan
8. Saya mencadangkan perkhidmatan Pengarah IPG bukan terlalu singkat. Hanya jadi transit untuk orang hendak pencen. Tempatkanlah sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun. Barulah ia dapat merancang untuk IPG
9. Purata tenaga IPG yang tidak seimbang. Kebanyakan berumur 50 tahun ke atas. Sepatutnya biarlah terdiri 40 tahun sama supaya ada kesinambungan.
10. Saya mencadangkan supaya Rektor IPG mesti  memiliki Phd.
11. Kampus IPG lama perlu dikekalkan kerana ia ada nilai sejarah
12. Pastikan setiap negeri memiliki IPG
13. Pelik kenapa IPG Kota Bharu ditutup, sedangkan ini hanya satu sahaja.

B.Butiran 020600 Pembangunan Kurikulum .

Peruntukan RM28,090,100

1. Negara masih lagi guna Exam oriented.
2. Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mesti diperkasakan. Ini penilaian sebenarnya.
3. Sekarang emak ayah juga stres apabila menunggu keputusan peperiksaan.
4. Exam Oriented hanya melahirkan mereka boleh hafaz sahaja.
5. Kadang-kadang hebat akademik tetapi lemah akhlak dan soft skill.
6. Timbul persoalan macam mana pula mekanisme untuk masuk ke sekolah asrma penuh dan MRSM.
7. Saya cadangkan supaya ada peperiksaan khas untuk masuk ke sekolah ini dan PBS.
8. Sekarang ini pendidikan awal Tadika sudah menekankan kepada exam oreinted.
9. Sedangkan peringkat awal kanak-kanak biarlah mereka pandai bersosial sahaja. Penekanan kepada akhlak, kebersihan diri, hormat jiran, hormat kawan, hormat orang tua.
10. Saya meminta berulang kali untuk pembantu guru. Supaya tugas guru hanya untuk P&P .
11. Biarlah tugas perkeranian, masuk data menyediakan alat bantu mengajar.

C.060300 Penyelenggaraan Institusi Pendidikan KPM.

Peruntukan 2018 RM152,000,000

1. Saya bangkitkan mengenai Kompleks kuartes guru di Simpang Jalan Matang Taiping yang tidak diduduki
2. Satu pembaziran, jutaan wang rakyat rugi.
3. Lain kali kalau hendak bina, biarlah tengok keperluan dahulu. Jangan kira hendak buat projek sahaja
4. Membangkitkan Sekolah Rendah Seri Jelapang Simpang yang terbengkalai, bilakah hendak dibina semula?

USTAZ IDRIS AHMAD
MP Bkt Gantang
23/11/17 Khamis – HARAKAHDAILY 23/11/2017