19
Thu, Sep
33 Artikel Baru

Mujahid ada tujuan tersirat atau sokong Saudi & Israel?

Nasional
Typography

GESAAN Mujahid Yusof Rawa supaya YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang tampil menafikan tuduhan pengganas ke atas diri Presiden PAS itu jelas menunjukkan kejahilan Ahli Parlimen Parit Buntar itu sendiri dalam memahami realiti politik antarabangsa yang sedang melanda negara-negara umat Islam mutakhir ini.

Saya percaya, Mujahid yang merupakan bekas ahli dan pimpinan PAS sebelum ini sangat mengetahui bahawa PAS dan Presiden PAS bebas daripada sebarang pengaruh dan penglibatan dengan aktiviti keganasan sama ada di dalam atau luar negara.

Lagi pula ini bukan kali pertama cubaan untuk mengaitkan PAS dan Presiden PAS dengan keganasan. Pada 2007, Presiden PAS pernah dikaitkan dengan kes pengeboman di United Kingdom oleh akhbar Daily Mirror.

Kes ini berakhir dengan akhbar itu bersetuju mengemukakan permohonan maaf, membayar ganti rugi dan kos guaman kepada Presiden PAS justeru membersihkan nama Presiden PAS dan mengakui ketidakterlibatan Presiden PAS dengan keganasan.

Saya berpandangan bahawa gesaan seumpama itu oleh Mujahid sebenarnya ada tujuan tersirat yang lain atau juga Mujahid sebenarnya memang cenderung kepada pemikiran dan kepentingan politik Arab Saudi dan sekutunya yang lebih mahu mempertahankan kuasa Israel di Asia Barat justeru mengapi-apikan sektarian mazhab dan bangsa sehingga sanggup memecahbelahkan dan memangsakan umat Islam sendiri.

Mujahid ! usahlah menangguk di air keruh.

Kenyataan Media Penerangan. 160/31
06 Rabiul Awwal 1439 / 24 November 2017.– HARAKAHDAILY 24/11/2017