19
Thu, Sep
46 Artikel Baru

Politik murahan merekayasa laman BO palsu

Nasional
Typography

PAS Negeri Terengganu terkejut dengan berita palsu yang tersebar melalui web palsu yang sama seperti buletinonline.net (BO) di alam maya seolah-olah ia adalah berita yang ditulis oleh wartawan buletinonline.net Laman Berita Rasmi PAS Terengganu.

“PAS negeri Terengganu mengutuk cara politik murahan ini yang merekayasa (merekacipta) satu laman sesawang https://buletinonlines.com/,” ujar Pengarah Jabatan Penerangan PAS negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang disiarkan dalam portal rasmi PAS Terengganu itu, malam tadi.

Sehubungan itu, tegasnya PAS negeri menafikan sekeras-kerasnya berita dari laman rekaan tersebut terutamanya berita yang berbunyi ‘PAS Dapat Sokongan Sultan Terengganu Untuk Kembali Memerintah’ dan seluruh kandungannya yang menciplak seluruh isi kandungan www.buletinonline.net – HARAKAHDAILY 24/11/2017