18
Fri, Oct
34 Artikel Baru

NST mesti minta maaf

Nasional
Typography

WALAUPUN Timbalan Presiden PAS dan Ketua Penerangan telah menafikan salah lapor berita NST terhadap kenyataan Presiden PAS yang telah menimbulkan kekeliruan daripada maksud yang sebenar sehingga diambil kesempatan oleh BN dan PH serta portal berita lain untuk menyerang Presiden. Namun NST tetap berdegil melaporkan kekeliruan sekali lagi dalam beritanya hari ini. Ia menunjukkan sikap prejudis akhbar tersebut terhadap Islam.

NST perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan PAS menggesa NST dan wartawan Arfa Yunus memohon maaf secara terbuka dengan kadar segera.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL MALIK AB RAZAK
Setiausaha Akhbar Presiden PAS
Bertarikh: 8 Rabiul Akhir 1439 / 27 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 27/12/2017

maaf