18
Thu, Jul
47 Artikel Baru

Pakatan Harapan asyik rebut kerusi

Nasional
Typography

KOTA BHARU: “Inilah masalah yang dihadapi Pakatan Harapan, belum jadi kerajaan sudah berebut kerusi.

“Berbalah pula secara terbuka, pengundi tengok pun tidak berminat untuk pilih PH sebagai kerajaan,” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata, PH belum menjadi kerajaan, namun sudah memperlihatkan kegagalan berkaitan perebutan kerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Bercakap kepada media selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim hari ini katanya, selagi tidak ada sikap tolak ansur dan kesepakatan dalam mengurus parti, perkara sedemikian akan berlaku.

Baru-baru ini Konvensyen PH Negeri Sembilan bertukar kecoh apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melahirkan rasa tidak puas hati dengan pengagihan kerusi Dun.

Situasi serupa dilapor berlaku di hampir kesemua negeri.-HARAKAHDAILY 14/2/2018