26
Sun, May
38 Artikel Baru

PAN huru hara: Naib Presiden - Penasihat Umum - Pemuda bertikai

Nasional
Typography
MAKIN huru hara nampaknya perjalanan PAN sejak kebelakangan ini.
 
Baru 28 Februari lalu, Penasihat Umum PAN, Ahmad Awang, dilapor mengisytiharkan bahawa “kita di dalam PAN ini tidak akan menggunakan hukum-hukum agama semata-mata untuk kepentingan politik”.
 
Dua hari lepas, Naib Presiden PAN, Husam Musa, dilapor menyatakan “kalau tak ada hukum payahlah, semua benda dalam amalan kita ini ada hukum” setelah mengisytiharkan “haram undi PAS dan dapat pahala undi Pakatan Harapan”.
 
Semalam pula, ekoran kenyataan Husam Musa ini, Ketua Pemuda PAN Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan, dengan secara terbuka mengisytiharkan bahawa “Husam Musa tiada layak memimpin PAN”.
 
Ke manakah perginya disiplin parti di dalam PAN? Boleh menangkah PAN kalau begini keadaannya? - HARAKAHDAILY 5/3/2018