20
Mon, May
28 Artikel Baru

Mungkin bertindak ganas andai hilang kuasa?

Nasional
Typography
KUALA LUMPUR: Hasutan menggunakan kekerasan menggambarkan kemungkinan tindakan ganas digunakan apabila tertekan akibat kehilangan kuasa pada PRU14 nanti.
 
Demikian ulasan Naib Presiden PAS, Dato' Iskandar Abdul Samad terhadap arahan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan kepada Briged Gempur Pemuda Umno.
 
Ucapan Mohamad yang tular itu menjadi polemik yang menyebabkan kebimbangan banyak pihak berikutan gesaannya mengarah kepada perlakuan ala samseng.
 
"Seorang pemimpin mesti jadi contoh kepada rakyat, rakyat menurut akhlak pemimpin. Kalau pemimpin samseng, jangan salahkan rakyat menjadi samseng.
 
"MB Negeri Sembilan ini menunjukkan contoh tidak baik kepada generasi muda, jadi rakyat perlu menolaj beliau," ujar beliau.
 
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak Polis dapat mengawasi ucapan dan tindak tanduk yang boleh mencetuskan kekecohan seumpama terutama ketika PRU14 nanti.
 
Kebimbangan berlaku kekerasan antara penggerak parti politik wujud berdasarkan pengalaman pernah berlaku dalam pilihan raya yang pernah berlangsung sebelum-sebelum ini.
 
Mohamad dalam rakaman tersebut mengarahkan supaya kedai kopi yang menjadi sarang menfitnah kerajaan digempur, diganyang dan diterbalikkan meja di mana andai ditangkap polis beliau akan menjamin.
 
Bagaimanapun, berikutan tular video itu, beliau tampil membuat permohonan maaf dan menyatakan ucapannya itu telah disalahtafsiarkan sedang beliau hanya bergurau. -HARAKAHDAILY 23/3/2018