26
Wed, Jun
13 Artikel Baru

PAS terbuka bekerjasama dengan syarat terima Islam

Nasional
Typography

SAYA merujuk kepada berita RTM TV1 yang menyebut bahawa ‘PAS sedia bergabung dengan BN bentuk kerajaan persekutuan’ adalah salah tafsir daripada maksud sebenar Presiden PAS.

Dalam sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Calon PAS Sarawak PRU 14 di pejabat Badan Perhubungan PAS Sarawak semalam, 21 April 2018, Presiden PAS menjelaskan bahawa PAS bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada BN atau PH dengan meletakkan syarat Islam.

Sekiranya BN dan PH tidak menerima syarat tersebut, PAS terus menjadi pembangkang. Jika semuanya menerima syarat, PAS akan bekerjasama membentuk gagasan perpaduan rakyat tanpa pembangkang.

Oleh itu, tajuk yang diletakkan dengan mengkhususkan kerjasama dengan BN sahaja adalah salah tafsir dan tidak tepat.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL MALIK AB RAZAK
Setiausaha Akhbar Presiden PAS
Bertarikh: 5 Syaaban 1439 / 22 April 2018 – HARAKAHDAILY 22/4/2018