19
Thu, Sep
32 Artikel Baru

PAS dijangka menang dengan 'Tsunami Hijau'

Nasional
Typography

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP), meyakini Pakatan Harapan (PH) sedang terdesak (desperate) untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Islam yang telah beralih dari Barisan Nasional (BN) kepada PAS menjelang hari mengundi.

Dianggarkan peratus peralihan pengundi-pengundi Islam tersebut dari BN kepada PAS adalah 7 peratus. Mereka adalah pengundi-pengundi Islam atas pagar yang mesra BN semasa PRU13, iaitu 13 peratus daripada keseluruhan pengundi-pengundi Islam.

Dengan peralihan golongan pengundi kategori ini, PAS dan Gagasan Sejahtera (Gagasan) dianggarkan meraih secara purata 52 peratus sokongan pengundi-pengundi Islam berbanding BN memperolehi 39 peratus dan PH memperolehi hanya 9 peratus.

Komposisi sokongan pengundi-pengundi Islam seperti ini memungkinkan PH kehilangan kerusi-kerusi yang mereka tandingi di 149 kerusi Parlimen yang bermajoriti pengundi-pengundi Islam lebih 50 peratus dari keseluruhan pengundi di kawasan tersebut.

PPP melihat situasi ini telah menimbulkan suasana panik dalam kalangan pasukan strategis PH, justeru mereka mulai mengeluarkan dapatan-dapatan analisis yang bertujuan untuk membina 'psikologi menang' melalui proksi-proksi penyelidikan PH.

Selain daripada itu, situasi terdesak ini menyebabkan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, terpaksa merubah strategi, iaitu dengan memperakui jasa-jasa besar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI  
Pengarah PPP
8 Mei 2018 / 22 Sha'ban 1439 – HARAKAHDAILY 8/5/2018