Doa untuk situasi kita sekarang

Nasional
Typography

MELIHAT realiti Malaysia hari ini, Allah telah mengajar kita sepotong doa yang cukup cantik:

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Wahai Tuhan kami, jangan jadikan kami fitnah untuk golongan yang kafir. Dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Hebat lagi Maha Bijaksana"

(al-Mumtahanah: 5)

Imam Tabari meriwayatkan bahawa Nabi Ibrahim pernah berdoa:

"Wahai Tuhan kami, jangan jadikan kami sebagai fitnah untuk golongan yang kufur terhadapMu. Maka dengan menangnya mereka menyebabkan mereka tegar menentang dan melawan keesaanMu. Lantas mereka mengabdikan diri selain kepadaMu. Dengan kekalahan kami menyebabkan mereka menyangka bahawa mereka berada di pihak yang benar. Sementara aku pula dilihat kononnya dalam kebatilan. Maka keadaan demikian menyebabkan kami terfitnah dengan mereka"

Imam Ibnu Kathir telah mengemukakan beberapa tafsiran doa ini, antaranya permohonan berlindung dari:

●     Dikalahkan oleh kuasa kufur lalu dikenakan tindakan-tindakan yang menyeksa umat Islam.

●     Terdedahnya kelemahan umat lalu menyebabkan golongan kufur semakin merasa kononnya mereka berada di pihak yang benar.

Apabila umat Islam dikuasai dan ditekan oleh musuh, sewajarnya kita bermuhasabah dan memohon ampun kepada Allah. Itulah yang telah Allah ajarkan di dalam Surah al-Mumtahanah.

ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
12 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 12/7/2018

 FB IMG 1531371306160