Penyebaran HIV/Aids: Perangi perlakuan LGBT

Nasional
Typography

SAYA tujukan seruan ini secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Kita semua sudah bersatu hati sejak dahulu lagi memerangi dadah kerana ia menjadi punca utama merebaknya HIV/Aids di negara ini.

Kini, pengambilan dadah melalui perkongsian jarum suntikan (IDU) bukan lagi punca utama penyebaran virus ini. Sebaliknya, ia merebak melalui tabiat seks songsang seperti homoseksual dan biseksual.

Statistik menunjukkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) merupakan kelompok tertinggi dijangkiti HIV yang mewakili 50.7% kes baharu (atau 1,697 orang) dilaporkan sepanjang 2017 lalu (2000 – 63 kes; 2016 – 1,553 kes). Jumlah ini adalah 14 kali ganda lebih tinggi berbanding individu yang mengambil dadah melalui IDU.

Jika kita bersungguh-sungguh mengisytiharkan dadah sebagai musuh utama negara kerana akibat buruknya, maka lebih patut lagi kita serius memerangi perlakuan LGBT di negara ini juga kerana akibat buruknya; bukan sahaja kerana menjadi sebab penyebaran HIV/Aids, lebih daripada itu kerana ia bersalahan dengan fitrah kejadian manusia dan bercanggah dengan ajaran agama serta budaya kita.

Semoga para pelaku LGBT dapat kembali kepada fitrah asal manusia dan meninggalkan perlakuan songsang tersebut.

“Sejahtera Bersama Islam”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
9 Ogos 2018 | 27 Zulkaedah 1439 – HARAKAHDAILY 9/8/2018