PBB perlu bertegas wujudkan jawatankuasa inkuari

Nasional
Typography

MAPIM mendesak pihak Suruhanjaya Hak Manusia PBB (UNHRC) segera menubuhkan badan siasatan antarabangsa mengenai jenayah ke atas kemanusiaan (crimes against humanity) di Myanmar seperti yang diusulkan oleh ketua pelapur khas PBB Yanghe Lee serta Kesatuan Eropah.

PBB tidak boleh berlembut dengan Myanmar walaupun resolusi ke atas Myanmar di veto oleh China dan Rusia di sidang UNHRC baru-baru ini.

Bukti jenayah penghapusan etnik dan genocide yang jelas terkumpul dalam siasatan yang dilakukan oleh pihak Wakil PBB dan juga dari kajian Universiti Queen Mary UK sudah cukup kuat untuk menjadi alasan kenapa sebuah kawantankuasa inkuari antarabangsa yang bebas untuk menyiasat perlakuan jenayah perang oleh Myanmar perlu ditubuhkan.

Dunia tidak boleh membiarkan Myanmar terlepas dari sebarang dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan ke atas etnik Rohingya Muslim kerana mereka yang menjadi mangsa berhak mendapat keadialan.

Komuniti Rohingya yang  hilang, disiksa, hartabenda yang dirampas, penangkapan arbitrari, jenayah rogol dan seksual, pembakaran rumah kediaman, pembakaran masjid dan madrasah dan pengusiran paksa, sudah jelas berlaku sejak puluhan tahun di Myanmar .

Jika regim Myanmar dibiar bebas dari dipertanggungjawapkan ke atas ratusan ribu etnik Rohingya yang teraniaya, maka undang-undang antarabangsa yang selama ini diwar-warkan perlu dipatuhi, tidak bermakna lagi.

PBB tidak boleh menjadi alat kepada regim yang zalim untuk membiarkan jenayah genocide tidak dikenakan tindakan undang-undang antarabangsa. PBB berhak menfailkan kes jenayah keatas kemanusiaan oleh Myanmar kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Kezaliman yang dialami oleh etnik Rohingya hanya atas alasan bahawa mereka bukan warga negara Myanmar sama sekali tidak boleh diterima.

Kami menyokong pendirian tegas Kerajaan Malaysia yang menuntut agar kerakyatan etnik Rohingya dikembali di Myanmar. Kerajaan Myanmar tidak boleh lagi berdalih kerana menindas komuniti yang didakwa bukan rakyat adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Kami mengesa kerajaan Malaysia mengusulkan kepada sekretariat Asean supaya mengeluarkan pendirian terhadap Myanmar yang melanggar Deklarasi Hak Manusia Asean yang ditandatangai bersama. – HARAKAHDAILY 23/3/2017