Berpakat mereka merobohkan Kota Melaka

Nasional
Typography

MAJLISNYA pelancaran jentera Pilihan Raya PKR Cameron Highlands. Yang melancarkannya Dr Lee Boon Chye PKR. Turut hadir Ketua Cabang PKR Tan Wei Wun, Adun DAP Tanah Rata Chiong Yoke Kiong dan bakal calon DAP M.Manogaran.

Dan yang ditonjolkan kiranya DAP menang Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands ia bakal menjadi pemangkin buat PH merampas Pahang dari penguasaan Umno.

Apa yang anda lihat?

Saya bukan mahu menjadi rasis tetapi bacaan "on face value" saya ini himpunan pimpinan bukan Melayu PKR dan DAP sebagaimana dilaporkan NST dan agendanya spesifik menggunakan PRK ini untuk merobohkan kerajaan Pahang pimpinan Datuk Seri Wan Rosdy.

Apa perasaan anda?

Kalau tiada berasa apa-apa maka cukuplah setakat itu.

Tetapi jika anda merasakan gusar, cemas dan bimbang bakal jatuh pula kerajaan didominasi orang Melayu Islam setelah Kerajaan Persekutuan PRU lalu jatuh dan kini tertakluk pada dominasi bukan Melayu maka kita sama.

Cukup-cukuplah kuasa politik Melayu digunakan untuk menaikkan kerajaan yang didominasi kelompok bukan Melayu. Cukuplah kita buta politik sejak PRU14 lalu sehingga dirobek dan disiat-siat kuasa di tangan demi memenuhi nafsu agenda perjuangan orang lain.

Saya bukan mahu menghasut umat Melayu tetapi marilah sama-sama kita ingat mengingati dan berpesan-pesan demi kebaikan, nasib dan masa depan bersama.

Cameron Highlands kalau mahu dijadikan alat memusnahkan kuasa dan dominasi umat Melayu Islam di Pahang bangkitlah kita menggagalkannya.

Jangan disengat di lubang yang sama berulang-kali.

Jangan roboh Kota Melaka sedang kita duduk diam membisu tanpa maruah dan harga diri. - HARAKAHDAILY 5/1/2019