20
Mon, May
28 Artikel Baru

PAS Bagan makin kuat, tambah cawangan baharu

Nasional
Typography

BAGAN: PAS Kawasan Bagan telah berjaya mengadakan Mesyuarat Penubuhan Penaja PAS Cawangan di Bagan Dalam, Telaga Air dan Mak Mandin, di sini kelmarin.

Majlis mesyuarat tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, Jamil Abdul Rahman dan Yang DiPertua PAS Bagan, Ustaz Yusoff Khazali.

Tiga PAS Cawangan bakal ditubuhkan itu masing-masing terletak dalam Dun Bagan Dalam, Bagan Jermal dan Sungai Puyu setelah memenuhi syarat dalam Fasal 24 Perlembagaan PAS.

Penubuhan baharu itu menunjukkan kekuatan PAS termasuk di negeri ini kekal meningkat disebalik pelbagai dakwaan dan tohmahan, selain terus mengukuhkan teras akar umbinya.

Sempena majlis itu juga, sebanyak 28 borang permohonan baharu keahlian PAS dikemukakan wakil-wakil PAS Cawangan kepada pihak Perhubungan PAS Negeri. - HARAKAHDAILY 13/2/2019  

 

IMG 20190213 WA0017IMG 20190213 WA0019IMG 20190213 WA0020

IMG 20190213 WA0021