24
Wed, Apr
28 Artikel Baru

Kenapa syarikat judi taja lawatan KPN?

Nasional
Typography

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mempersoalkan mengapa lawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan beberapa orang pegawai ke Turki ditaja oleh sebuah syarikat perjudian (Da Ma Cai)?

Lawatan tersebut telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Lembaga Totalisator Malaysia. Ironinya, tujuan lawatan mereka adalah untuk mempelajari kaedah membanteras judi haram dari negara luar.

nasrudintaPAS mahu supaya butiran lawatan KPN dan pegawainya didedahkan kepada umum dan menuntut penjelasan berhubung perkara ini.

Siapa pula yang memberikan arahan supaya syarikat perjudian Da Ma Cai menanggung kos lawatan tersebut?

Perkara ini boleh menimbulkan konflik kepentingan dan menimbulkan persepsi negatif wujud hubungan antara syarikat perjudian dan agensi penguatkuasa membanteras jenayah.

Pada tahun 2019, terdapat beberapa perkara baru dalam industri dosa ini, antaranya kenaikan lesen dan duti berasaskan perjudian sekurang-kurangnya 30 peratus sepertimana yang telah dinyatakan dalam Belanjawan 2019.

Begitu juga, terdapat desakan dari ahli-ahli Parlimen supaya cabutan khas nombor ramalan dihapuskan kerana ia mengundang lebih banyak masalah buruk dalam kalangan masyarakat.

Oleh sebab itu, PAS mahu isu ini dijelaskan kepada rakyat. Tujuan lawatan KPN dan pegawainya adalah baik tetapi kaedah penajaan tersebut boleh menimbulkan konflik kepentingan.

Tambahan pula, banyak polisi kerajaan berkaitan industri dosa yang akan dilaksanakan bermula pada tahun ini.

Lebih parah apabila terdapat pandangan yang mencetus kebarangkalian pihak tertentu mahu menggunakan pihak penguatkuasa seperti PDRM untuk kepentingan politik dan perniagaan mereka.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
8 Jamadil Akhir 1440 | 14 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 14/2/2019