26
Fri, Apr
15 Artikel Baru

31 Ogos 2018 detik negara Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke-61. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama 61 tahun ini. Jika kita soroti sejarah kemerdekaan negara kita, kita akan dapat menjiwai kesusahan nenek moyang dalam mempertahankan negara yang dicintai daripada belenggu penjajah.

Erti sebenar kemerdekaan bukanlah pada bebasnya kita daripada cengkaman penjajah semata-mata. Hakikatnya kita perlu membebaskan jiwa kita daripada belenggu kejahilan dan kemaksiatan yang semakin menular dalam kalangan masyarakat kita mutakhir ini.

Bertepatan dengan firman Allah:

‎وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

“Sesungguhnya kami telah utus rasul kepada tiap bangsa: (Dan mereka berkata) Hendaklah kamu sembah Allah dan jauhilah taghut. (Surah An-Nahl 16:36)

Di Hari Kemerdekaan ini marilah kita sama-sama menghayati kemerdekaan ini menurut kaca mata Islam yang sebenar bukanlah kerana pembebasan negara semata-mata. Kemuncak kepada kemerdekaan adalah kembali kepada agama.

Firman Allah s.w.t.:

‎فَاحْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا

Maksudnya: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). (Surah al-Ma’idah 5: 48)

Minda dan jiwa yang merdeka perlu dilentur dan dibentuk mengikut acuan Islam. Al-Quran dan sunnah dijadikan sebagai pedoman. Setiap juzuk dalam kehidupan, Islam telah menggariskan segala hukum hakam dan tatacara yang penuh tertib lagi tersusun.

Justeru, dalam meniti zaman medsos tanpa sempadan ini, tingkatkan ilmu dan kefahaman dengan semaksima mungkin, jauhilah segala anasir pemikiran barat sekular dan liberalisme, sentiasa merujuk dengan orang fakih alim ulama dalam bidang agama dan elakkan dari menyebar viral berita dan bahan palsu.

Oleh itu, kita perlu sama-sama berganding bahu membina negara dengan erti kemerdekaan dengan sebenar-benarnya. Kemerdekaan yang menyeluruh yang mendapat bimbingan dari Allah dengan menjadikan Islam sebagai panduan kepada seluruh kehidupan manusia.

Pada kesempatan ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-61 kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana pun berada. Ayuh! Bangkit bersama dengan minda dan jiwa yang bersih agar dirimu menjadi kebanggaan dan bakal mencipta lipatan memoir sejarah yang indah!

“Muslimat Memacu Kemenangan”

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
30 Ogos 2018 / 18 Zulhijjah 1439 - HARAKAHDAILY 30/8/2018

MUNGKIN ECRL, Laluan Keretapi Pantai Timur bukan isu dan kepentingan penduduk Seri Setia dan Balakong dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 8 September ini.

Tetapi pembatalan projek gergasi itu adalah isu panas yang menarik semua orang dalam negara kita sekarang.

Ketika ia dirancang kerajaan dulu rakyat tidak dapat bercakap banyak, kerana kerajaan BN yang gila dengan projek mega tidak dapat disekat nafsunya. Seperti kerajaan Mesir purba. Ia mahu bina banyak piramid, tidak kira ia bermanfat kepada rakyat atau tidak, piramid mesti dibina. Demikian juga Maharaja China purba, dia mahu tegak Tembok Besar China, baik ia disenangi atau tidak oleh rakyat, tembok mesti dibina.

Sekalipun rakyat bising atas projek mega, kerana kerajaan megah dengannya, bantahan tidak dipedulikan. Maka rakyat biarkan kegilaan projek mega termasuk ECRL.

Tiba-tiba kerajaan gila itu dihukum rakyat. Pengundi ikut kemahuan Pakatan Harapan menegakkan kerajaan dan masyarakat yang peka kemahuan rakyat. Rakyat sekarang dapat hak menyatakan setuju atau tidak atas tindakan kerajaan.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim tahu segera gantikan Mahathir kerana dia hendak Parlimen dulu, setiap suara rakyat dipeduli. Biar Mahathir jaga kerajaan, dia jaga Parlimen dan kedaulatan rakyat.

Antara yang Kerajaan PH tangani sekarang meneruskan atau tidak ECRL yang dikatakan berat sebelah, lebih menguntungkan pelabur iaitu China, dan terlalu mendera tuan negeri – Malaysia dan rakyatnya.

Najib dan BN dikira kalah dalam rundingan dengan China dalam menentukan harga projek. Mahathir setuju diteruskan kiranya harga boleh dirunding semula. Jika tidak boleh ia dibatalkan sekalipun terpaksa membayar pampasan tinggi. Projek hangus dan dibeban denda besar. Jika diteruskan beban duitnya berganda tetapi kita dapat ECRL yang amat mahal.

Ia jadi isu besar ketika PRK di dua Dun Selangor sekarang. Mahathir umumkan di Beijing, ia dibatalkan dengan denda yang besar dan duit kita habis. Kita tidak dapat apa-apa.

Rakyat sekarang sudah diberi kemerdekaan untuk setuju atau tidak. PH pun mahu rakyat menyatakan sokong atau tidak.

Dengan peluang bersuara yang diberi itu eloklah PRK Seri Setia dan Balakong dijadikan referendum setuju atau tidak ia dibatalkan yang akibatnya kita rugi besar dan tidak dapat apa-apa. Jika diteruskan bebannya berganda tetapi dapat ECRL. Baik batal atau terus kita kerugian besar dan terbeban.

Setakat ini projek sudah berjalan. Beban sudah ditanggung. Bila dibatal semuanya lesap.

Maka PRK ini boleh menentukan ECRL batal atau terus. Siapa suka batal, undi PH. Siapa suka terus, undilah PAS iaitu pembangkang.

Tiga negeri pembangkang terlibat Pahang, Terengganu dan Kelantan mahu diteruskan kerana kita sudah berbelanja. Dari hilang semua, jangan hilang semua.

Bagi PH biar hilang semua asal beban dikurangkan.

Pengundi Balakong dan Seri Setia boleh tentukan ia dibatalkan dan kita tidak dapat apa-apa, jika ia diteruskan kita menanggung beban mungkin seratus tahun. Tapi lepas 100 tahun, jika belum kiamat, kawasan kiri kanan rel keretapi itu tumbuh banyak kota dan bandar, rakyat untung.

Macam Mesir dan China purba. 5,000 tahun dulu rakyat tidak dapat apa-apa dari piramid dan Tembok Besar China, tetapi sekarang penduduk Kaherah dan Beijing beroleh rezeki yang setimpal atas tenaga hamba abdi Firaun dan maharaja gila projek mega zaman purba dulu.

Seri Setia elok sekat PH bermaharaja mega 60 tahun pula. – HARAKAHDAILY 30/8/2018

SEJAK PRU14 lalu, trend nilai matawang Ringgit Malaysia (RM) terus menunjukkan kejatuhan berbanding Dolar Amerika. Pada masa ini ia berada pada paras RM4.09 berbanding USD1 dan dijangka mencecah RM4.11 pada suku keempat 2018.

takiri1Kejatuhan nilai Ringgit ini pasti memberi kesan peningkatan terhadap kos tanggungan Kerajaan terutamanya apabila projek-projek pembangunan yang dilaksanakan adalah bergantung kepada barangan import.

Kejatuhan nilai Ringgit pada masa Indeks Harga Pengguna (IHP) dan kadar inflasi sedang meningkat juga pasti memberi kesan kepada peningkatan kos sara hidup rakyat.

Pada Julai 2018, IHP meningkat 0.2% berbanding Jun 2018 menjadikannya bagi tempoh Januari hingga Julai 2018 mencatatkan kenaikan sebanyak 1.4%. Kadar inflasi juga meningkat dari 0.8 pada Jun 2018 kepada 0.9 pada Julai 2019 dan dijangka meningkat lagi kepada 2.5 pada suku keempat 2018.

Ditambah lagi, bermula September ini pengguna juga menerima kesan daripada pelaksanaan SST yang dijangkakan menaikkan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Perubahan rejim percukaian dari GST kepada SST pasti menjadi alasan dan sebab kepada kenaikan harga barang oleh pelbagai lapisan rantaian perbekalan bermula dari pembekal, pengilang, pemborong dan peruncit.

Tanpa menafikan adanya faktor luar kawalan bagi Kerajaan mengukuhkan nilai Ringgit, namun Kerajaan mesti segera melaksanakan tindakan bagi mencegah kesan kejatuhan nilai Ringgit ini supaya kos tanggungan Kerajaan dapat dikurangkan dan lebih utama rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.

Justeru, saya menggesa Kerajaan supaya:

(a) Menangguhkan pelaksanaan SST yang dijadualkan berkuatkuasa bermula September ini dan meneroka sumber pendapatan bukan cukai kepenggunaan yang lain.

(b) Menurunkan harga barangan dan perkhidmatan berkaitan keperluan asas seperti makanan, pengangkutan dan kesihatan.

(c) Meneruskan pemberian tunai seperti BR1M/Bantuan Sara Hidup terutamanya kepada golongan B40 serta nelayan, pesawah dan penoreh getah.

(d) Memastikan reka bentuk dan spesifikasi perolehan bagi projek pembangunan baru mengambilkira dan mengutamakan barangan dan perkhidmatan yang ada di dalam negara terlebih dahulu.

(e) Meneliti semula kos projek yang dilaksanakan dengan mengambil langkah menukar bahan-bahan dan komponen-komponen import kepada produk keluaran tempatan.

“Sejahtera Bersama Islam”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Rabu, 29 Ogos 2018 | 17 Zulhijjah 1439 – HARAKAHDAILY 29/8/2018

SIDANG Pengarang Harakah mengambil maklum atas tajuk artikel yang ditulis oleh Tuan Haji Subky Latif dalam keluaran Harakah 2376 bertajuk ‘PRK Seri Setia: PAS lawan Darul LGBT’.

Tajuk berkenaan tidak ditujukan kepada rakyat negeri Selangor mahupun institusi beraja atau sebagainya.

Namun dalam masa yang sama, Harakah mengambil maklum salah tafsiran yang berlaku, dan dengan itu pihak Sidang Pengarang memohon maaf atas penerbitan bahan tersebut yang mengundang persepsi pelbagai.

Sidang Pengarang Harakah
29 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 29/8/2018

DALAM mempertahankan cadangan mengenakan cukai pada minuman soda, pimpinan Pakatan Harapan telah berhujah bahawa ia adalah demi kesihatan rakyat.

Malah, ada pimpinan mereka yang turut mengutarakan hujah seperti golongan B40 tidak perlu minum Cola-cola sebagai langkah membendung kemarahan kononnya cukai ini tidak akan terkena pada mereka.

Kesemua hujah-hujah yang diberikan oleh pimpinan PH sekarang sudah setaraf di zaman BN di mana rakyat terasa intelek mereka sedang dihina.

Selepas termansuhnya GST, semua rakyat memahami bahawa Pakatan Harapan perlu mencari alternatif mendapatkan pendapatan yang hilang daripada GST. Atas sebab itu, kita dapat melihat mengapa Tabung Harapan menerima sumbangan yang agak banyak.

Sebab itu, selain SST yang bakal dilaksana 1 September ini, cukai terhadap minuman soda pula dicanangkan. Asasnya adalah untuk mencari pendapatan untuk menampung kehilangan GST, tapi sedihya ia dicanangkan dengan hujah tidak masuk akal terutamanya atas alasan kesihatan kerana pada masa yang sama kerajaan bakal menurunkan harga gula.

Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh menggantikan cukai minuman soda demi kesihatan dan kesihatan sosial rakyat secara amnya yang boleh diterima dengan hati terbuka.

Pertama, kerajaan Pakatan Harapan boleh menaikkan lagi cukai rokok dan arak.

Kedua, kerajaan juga boleh memansuhkan kategori bebas cukai terhadap arak dan rokok di zon bebas cukai di seluruh negara.

Ketiga, kerajaan juga boleh menaikkan cukai judi kepada semua kedai nombor empat ekor agar tiket perjudian menjadi mahal dan tidak setimpal dengan hadiah yang diberikan.

Bukankah faktor kesihatan dan kesihatan sosial lebih relevan untuk ketiga-tiga contoh di atas yang bersifat tabiat tidak sihat dan haram di sisi Islam berbanding cukai terhadap minuman soda, yang asasnya bukan satu masalah sosial dan punca masalah kesihatan secara amnya?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Kubang Kerian
29 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 29/8/2018

DEWAN Pemuda PAS Malaysia membantah sekeras-kerasnya cadangan untuk menetapkan harga siling bagi kadar caj perundingan kesihatan di hospital dan klinik swasta di seluruh negara sehingga RM125. Cadangan kenaikan tersebut yang dijangka bermula pada tahun 2019 ini sangat keterlaluan. Mengapa perlu naik sehingga 300 peratus?

Caj dikenakan sebelum ini berpatutan iaitu sekitar RM30 sahaja. Sekiranya Kementerian Kesihatan bersetuju dengan cadangan ini, maka kadar caj tersebut merupakan antara tertinggi di Asia. Ironinya, walaupun hospital swasta tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan 2018 (hanya wad dan makanan sahaja), tetapi cadangan ini akan meningkatkan kos perubatan terhadap rakyat.

Sepatutnya, Kementerian Kesihatan memikirkan kebajikan rakyat dengan membendung kos rawatan yang terlalu tinggi di semua klinik dan hospital swasta termasuk harga ubat-ubatan. Kerana menurut Bank Negara Malaysia, kadar inflasi kos perubatan di negara ini berada pada paras 12 peratus.

Berdasarkan kajian dilakukan oleh Marsh Insurance Broker, Malaysia mengalami kadar inflasi perubatan ketiga tertinggi dalam kalangan 11 negara Asia selepas India (14 peratus) dan Indonesia (13.1 peratus). Tambahan cadangan ini seiring langkah Kementerian Kesihatan memperkenalkan skim insurans kesihatan sosial bagi isi rumah berpendapatan rendah (B40) tahun hadapan.

Walaupun, ia masih di peringkat perancangan, namun ia seolah-olah menggambarkan kerajaan secara beransur semakin mengurangkan subsidi di sektor kesihatan. Hal ini bermakna, tekanan kos sara hidup rakyat khususnya B40 dan M40 semakin tinggi sekarang. PH bukan kerajaan kebajikan rakyat secara umum, sebaliknya pro kumpulan bisnes.

"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"

IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 29/8/2018

MEMULAKAN langkah sebagai Adun Selat Klang pada Mac 2008, Dr Halimah Ali menggalas tanggungjawab tersebut dengan penuh tekad untuk membantu menambah baik kehidupan penduduk di Selat Klang.

Bukan mudah memikul tanggungjawab yang begitu berat. Berpengalaman sebagai seorang doktor perubatan tiba-tiba menjadi wakil rakyat. Satu perubahan besar yang berlaku dalam kehidupan dan keluarganya.

Bagaimanapun, amanah PAS dan rakyat Dun Selat Klang digalas dengan penuh rasa tanggungjawab.

Selama 10 tahun menjadi Adun iaitu dari Mac 2008 hingga Mei 2018 beliau telah mengotakan sebahagian harapan dan impian rakyat Dun Selat Klang.

Selama 10 tahun itu, beliau telah meredah segala halangan serta menelan kritikan dan cemuhan dengan penuh kesabaran.

Antara pembangunan yang berjaya dihasilkan oleh Dr Halimah ketika menjadi Adun Selat Klang selama 10 tahun dari 2008-2018.

1) Jambatan ketiga Klang dengan kos sebanyak RM229,194,097
2) Jambatan Sungai Sireh dengan kos RM10,100,000
3) Tanah Perkuburan Selat Klang seluas 24 ekar RM1,600,000
4) Pembinaan Perpustakaan Awam di Sungai Udang RM1,200,000
5) Dewan Orang Ramai Kampung Delek dan Dewan Orang Ramai KSST2, Sungai Sireh RM491,518
6) Pembinaan semula Masjid Telok Gadong RM11,963,755

LAPORAN PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT

More Articles ...