20
Thu, Jun
39 Artikel Baru

BETULKAN fikrah anda:

●     Kalau kemenangan itu ukuran sebuah kebenaran. Maka Firaun lebih benar dari Nabi Musa. Kerana Nabi Musa terpaksa berundur dari bumi Mesir lantaran Firaun.

●     Kalau kuasa itu ukuran kebenaran, maka Abu Jahal dan Abu Lahab lebih benar dari Nabi Muhammad. Kerana Nabi Muhammad terpaksa berhijrah ke Madinah lantaran perbuatan mereka menyekat dakwah di Makkah.

●     Kalau ramai penyokong itu ukuran sebuah kebenaran maka Namrud lebih benar dari Nabi Ibrahim. Kerana Nabi Ibrahim terpaksa mengundurkan diri ke Palestin lantaran pengaruh Namrud begitu besar menyekat seruan Islam.

●     Jika harta itu ukuran sebuah kebenaran, maka Yahudi Madinah lebih benar dari para Sahabat Rasulullah.

Sesungguhnya kebenaran itu diukur sejauhmana ianya sejajar dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Moga kita semua istiqamah dengan kebenaran.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 5/7/2018

SELARI dengan tindakan dan cadangan kami, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) pernah mencadangkan kepada Kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB ) pada tahun 2014 kaedah pengurangan dan penyerapan caj kepada pengguna sewaktu isu kenaikan tarif elektrik, sekali lagi kami mengulangi cadangan tersebut agar Kerajaan prihatin dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menilai semula kenaikan tersebut.

IrKhairi02DPPM menyeru Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga untuk menarik semula kenaikan tarif elektrik yang disebabkan oleh pelepasan surcaj ICPT (kos perlepasan tidak seimbang) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung Malaysia. Kos peningkatan penjanaan yang berjumlah RM698.19 juta (RM1.35 sen/kWj) hendaklah diserap bagi mengelakkan kesan kepada tekanan inflasi (cost push inflation) yang akan dibebankan ke atas rakyat secara keseluruhan.

Bagaimana Untuk Menyerap Peningkatan Kos Penjanaan Elektrik Berjumlah RM698.19 juta?

1. Tangguhkan sebarang kenaikan tarif elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik selagi mana isu ketelusan Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) antara TNB dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) masih belum diselesaikan. Adakah TNB terpaksa lagi membeli kuasa daripada IPP meskipun ‘reserve margin’ yang dianggarkan sekitar 25% telah mencukupi? Berapakah jumlah keseluruhan pembelian yang dibayar oleh TNB kepada semua IPP pada tahun 2017 dan sepanjang tahun 2018?

2. Berapakah kos pembelian arang batu oleh TNB Fuel Sdn Bhd (TNBF) dari negara-negara pengeksport dari Indonesia, Australia, Afrika Selatan dan Rusia? Berapakah pula margin keuntungan yang diperolehi oleh TNBF hasil daripada penjualan arang batu kepada pelanggan-pelanggan IPP iaitu Kapar Energy Ventures Sdn Bhd (40% pemilikan Malakoff), Tanjung Bin Power Sdn Bhd (90% pemilikan Malakoff), Jimah Energy Ventures Sdn Bhd (CGN Group-China) dan TNB Janamanjung Sdn Bhd? Adakah semua syarikat-syarikat ini mengalami kerugian akibat kenaikan kos arang batu?

3. Kerajaan digesa untuk memanfaatkan dana dari Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) yang ditubuhkan melalui Akta Bekalan Elektrik (Pindaan 2015) untuk menampung kesan kenaikan tarif elektrik terhadap pengguna. Dana ini terdiri daripada apa-apa jumlah yang dibayar oleh pemegang lesen, diperuntukkan oleh Parlimen dari masa ke semasa, dividen pelaburan KWIE dan hasil yang diperolehi daripada penjimatan rundingan dengan IPP boleh digunakan untuk menyerap kenaikan tarif elektrik yang dikenakan terhadap pengguna sekurang-kurangnya sehingga tahun 2020.

Ir. Khairil Nizam Khirudin
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
5 Julai 2018 | 21 Syawal 1439 – HARAKAHDAILY 5/7/2018

UNTUK menjadi penyokong Pakatan Harapan (PH) yang sebenar anda perlu:

●     Jangan bantah apa jua kehendak DAP.

●     Mesti berfikiran Liberal dan jangan terlalu terikat dengan Islam.

●     Mesti pekakkan telinga jika terdengar cemuhan terhadap Islam. Kalau boleh pertahankan statement tersebut jika ada yang membangkangnya.

●     Anggaplah tertangguhnya Kerajaan PH menunaikan janji itu sebagai jihad kesabaran yang tinggi nilainya.

●     Tidak mengapa meneruskan kezaliman Barisan Nasional (BN) asalkan yang melakukan kezaliman itu bukan Najib dan BN.

●     Biarkan jika ulamak dihina. Kalau boleh tambah-tambah sikit lagi penghinaan itu. Kerana hina ulamak bermakna hina PAS.

●     Mesti berani buat fitnah. Terutamanya terhadap PAS. Itu adalah keberanian yang dipuji.

●     Paling tidak mesti berdiam diri dalam isu LGBT, Liberalisme dan Pluralisme. Kalau terlalu berfikiran Islam anda dikira masih ada saki-baki PAS dalam diri.

PAS bukan Islam. Tapi jangan terlalu menampakkan diri anda membela Islam nanti anda akan dilihat sebagai penyokong PAS. Hairan.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 5/7/2018

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada Dato’ Ustaz Haji Husain bin Awang yang telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negara. Ahli Dewan sebulat suara bersetuju di atas pelantikan beliau mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Beliau berpengalaman luas sebagai Yang Dipertua Dun Terengganu yang telah diberi kepercayaan untuk menerajui persidangan pada sesi 1999-2004.

Dato' Ustaz Haji Husain juga berpengalaman dalam bidang pendidikan dan bergerak aktif dalam politik. Merupakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan terkini adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.

Saya yakin dengan kewibawaan dan kredibiliti beliau sebelum ini dapat memberikan input yang positif dalam persidangan Dewan Negara yang akan datang.

Selamat bertugas untuk kecemerlangan Negeri dan rakyat Terengganu.

YAB DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Negeri Terengganu
4 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 5/7/2018

Ikuti temuramah bersama ketua aktivis/Pengarah Kempen KelantanKu Bersih, Dr Muhd Al-Aarifin Ismail.

Dari mana tercetusnya kempen Kelantanku Bersih?

Cetusan idea ni timbul apabila kita melihat di sana perlunya usaha bersepadu untuk mewujudkan negeri yang bersih. Rakyat Kelantan sering kaitkan dengan masyarakat yang pengotor. Walaupun kesahihan kenyataan ini masih boleh diperdebatkan, namun realiti tentang tahap kebersihan di tempat-tempat tumpuan ramai di Kelantan adalah sesuatu yang sukar untuk dinafikan. Menyedari hakikat ini, saya dan rakan-rakan dalam Pertubuhan Amal Perubatan Ibn Sina Malaysia (PAPISMA Malaysia) berbincang untuk cuba menyelesaikan masalah ini. Daripada situ timbulnya idea untuk kita mengadakan kempen Kelantanku Bersih.

Siapakah sebenarnya Kelantanku Bersih ni?

Kempen Kelantanku Bersih ni dicetuskan oleh sekumpulan golongan profesional perubatan dan kesihatan daripada NGO PAPISMA Malaysia, sebuah NGO yang dianggotai oleh kakitangan-kakitangan kerajaan dan swasta dalam bidang perubatan dan kesihatan termasuk doktor-doktor pakar, pegawai-pegawai perubatan, jururawat, pakar pemakanan, dan lain-lain lagi.
Gerakan Kempen KelantanKu Bersih ini bernaung di bawah kerajaan negeri dengan sokongan daripada rakyat pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama serta aliran politik. Setelah gerakan ini semakin diterima ramai, maka penyertaan dibuka kepada semua pihak yang ingin bersama dalam mencapai impian menjadikan Kelantan sebuah negeri bersih. Sehingga kini, tersapat ramai pihak, khususnya NGO-NGO, universiti-universiti, agensi-agensi kerajaan dan sebagainya menyatakan sokongan kepada gerakan ini, dengan pelbagai kempen dan gotong royong telah masuk siri ke-5.

Bilakah mulanya kempen ini?

Kempen ni bermula pada awal pertengah Mei 2018. Tatkala pilihan raya umum baru sahaja tamat. Waktu itu bahan-bahan kempen pilihan raya termasuk bahan-bahan bercetak masih berselerak jalan-jalan raya. Di situlah bermulanya kempen ini.

Sejauh mana keterlibatan/sokongan dari kerajaan kelantan

Kempen ini digerakkan oleh kerajaan negeri Kelantan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr Izani Hussin. Ianya digerakkan dengan sokongan padu daripada rakyat Kelantan yang mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaha kebersihan. Mesyuarat atau perbincangan penyelarasan telah diadakan beberapa kali termasuk dengan kehadiran pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Kelantan. Kita boleh simpulkan, suatu hubungan dan sokongan yang padu.

Apa target yang nak dicapai dan apa harapan kepada pembaca?

Untuk makluman semua, pihak Jawatankuasa Kebersihan Negeri Kelantan telah menggariskan bahawa, Kempen Kelantanku Bersih akan dilaksanakan selama 3 tahun (minimum). Kempen ini dibahagikan kepada 3 fasa di mana setiap fasa, mempunyai objektif serta aktiviti-aktivitinya yang tersendiri.
Fasa pertama merujuk kepada Fasa Pendidikan (Jun 2018 - Jun 2019). Fokus utama pada fasa ini adalah untuk mendidik masyarakat tentang amalan kebersihan.
Fasa kedua (Jun 2019 - Jun 2020) pula merujuk kepada Fasa Penguatkuasaan. Pada fasa ini, pihak kerajaan melalui PBT-PBT dengan kerjasama daripada masyarakat akan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap pesalah-pesalah yang melibatkan kebersihan.
Fasa ketiga merujuk kepada Fasa Pemerkasaan (Jun 2020 - 2021). Dalam fasa ini, pihak kerajaan serta seluruh rakyat Kelantan akan berganding bahu dalam pelbagai aspek bagi memastikan negeri Kelantan benar-benar menjadi sebuah negeri yang bersih.
Pembahagian fasa ini bukan bermaksud turutan pelaksanaan, bahkan ia lebih kepada strategi agar gerak kerja lebih tersusun. Penguatkuasaan undang-undang misalnya, akan dikuatkuasakan sepanjang masa sebagaimana biasa. Begitu juga dengan pendidikan dan sebagainya. Penerangan lanjut berkenaan dengan program-program di bawah setiap fasa kempen akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi (FB page) kempen.
Mewakili pihak sekretariat kempen, saya ingin mengajak seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa, agama, serta fahaman politik untuk sama-sama terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti di bawah kempen ini. Sama-sama kita realisasikan impian kita semua untuk menjadikan Kelantan sebuah negeri bersih. – HARAKAHDAILY 5/7/2018

b4

b1

b2

b3

POLITIK sukar diramal pasca PRU14. Pertama kali dalam sejarah 60 tahun Negara Kerajaan Umno kecundang. Walaupun bukan sesuatu yang pelik di negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Cumanya ianya tidak pernah berlaku.

Tindakan Tun Mahathir juga sukar diramal kali ini. Walaupun kita semua sangat tahu tindak-tanduknya sebelum ini mudah diduga. Kali ini agak berbeza. Dan juga suasana jauh berbeza dengan zaman dia mengetuai Barisan Nasional (BN).

Imbangan kedudukan kaum dalam Kabinet kali ini juga terlihat pemilihan yang berhati-hati dan tidak diterjemahkan dari sudut wakil kompenen parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH). Posisi kaum tidak diambil keutamaan. Ianya lebih kepada kepercayaan Mahathir terhadap individu tertentu.

Penguasaan Sabah Sarawak juga sukar diramal. Pelantikan lima pemimpin Warisan Sabah dalam Kabinet berbanding hanya seorang Menteri penuh dari komponen di Sarawak juga agak menimbulkan tanda tanya strategi Tun kali ini. (Mungkin ada lagi lantikan dari Sarawak)

Penantian tiga lagi Senator sebagai Menteri penuh juga dinanti dan menjadi rebutan serta perhatian semua pihak terutamanya parti politik. Kemasukan YB Saifuddin Abdullah sebagai Menteri penuh juga menarik perhatian. Oleh kerana beliau antara pemimpin Umno yang keluar parti dan dapat kedudukan dalam Kabinet baharu.

Kabinet Tun Mahathir terkini mempunyai 26 Menteri dan 23 Timbalan Menteri, yang mencakupi 27 portfolio tertentu dengan pembahagian dan perkongsian antara empat komponen PH selain wakil tunggal daripada Parti Warisan Sabah.

Menariknya, Kabinet ini diperhati oleh rakyat segala tindak tanduknya. Segala polemik yang tercetus bakal diadili rakyat. Apakah kali ini Tun Mahathir benar-benar bertindak bijak atau sebaliknya.

Seperkara lagi parti yang menjadi perhatian ialah DAP. Kerana sebelum ini sikapnya terhadap Islam dan Melayu menakutkan orang Islam. Apakah kegilaan anti Melayu dan Islam ini akan diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan agenda Kerajaan PH. - HARAKAHDAILY 5/7/2018

 

SELAKU Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Selangor saya menafikan ada mengesyorkan agar PAS dan Umno membentuk kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Kandis sebagaimana dilaporkan dalam sebuah akhbar harian hari ini.

Apa yang telah saya nyatakan pada wartawan akhbar berkenaan adalah bahawa dari penilaian awal kami, pertandingan satu lawan satu antara PAS dan PH adalah yang terbaik buat PRK ini berbanding apa yang berlaku dalam PRU lalu.

Jentera Pilihan Raya PAS sedia mengatur gerak kerja untuk bertanding sekiranya pimpinan parti memutuskan PAS masuk bertanding.

Saya turut memberi pandangan dalam keadaan Umno yang berhadapan pelbagai masalah dalaman khasnya di Selangor adalah lebih wajar Umno memberi laluan pada PAS untuk menghadapi PH dan tidak meletakkan calon mereka.

Saya tidak pernah mencadangkan sebarang bentuk kerjasama antara PAS dan Umno, sesuatu yang di luar bidang kuasa saya selaku Pengarah pilihan raya.

Semoga semua pihak bertindak profesional dalam melaksanakan tugas masing-masing khasnya rakan-rakan di bidang media.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor
5 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 5/7/2018

More Articles ...