18
Wed, Sep
31 Artikel Baru

LAPAN hari selepas mengudi pada 9 Mei ini kita bersyukur jika berpeluang bertemu Ramadhan mulai 17 Mei tidak kira anak bulan nampak atau tidak. Setiap kali berada dalam bulan puasa itu kita diingatkan, anggaplah ia adalah Ramadhan yang terakhir unuk semua. Moga-moga ia mengingatkan semua dapat menumpukan penghayatan ibadat puasa sepenuhnya.

Pada 9 Mei ini sekalian pengundi diberi Allah peluang mengundi sekali lagi dan hayatilah ia sepenuhnya sebagai satu ibadat yang mungkin mengundi terakhir untuk setengah jika bukan untuk semua.

Mengundi itu bukan sekadar satu kewajipan bagi penganut demokrasi, lebih-lebih lagi bagi pengundi Islam ia adalah sutu ibadat. Ulama siyasah syariyah mengira ia termasuk jihad kaum Sunni tidak memasukkan jihad sebagai satu dari Rukun Islam. Jika rukun itu enam jihad jadi Rukun Islam keenam, tetapi Syiah menjadikan satu dari Rukun Islam.

Apabila siyasah jadi satu ciri jihad, maka mengundi yang jadi satu kegiatan jihad, jadilah mengundi itu ibadat.

Bagi yang mengira siyasah dan mengundi itu satu kegiatan hidup duniawi tidak menerimanya satu ibadat, dibimbangi terjerumus dalam kancah sekular yang memisahkan politik dari agama.

Sekalipun Umno sejak zaman Dato’ Onn hingga Dr Mahathir adakah totok sekular, tetapi Najib cuba menerapkan unsur pemikiran Islam seperti mewar-warkan falsafah wasatiyah dan maqasid syariyah. Ia baru setitik lautan khazanah falsafah pemikiran Islam belum diamalkan sehingga Parlimen dibubarkan.

Hanya menjadikan politik termasuk mengundi itu amalan Islam dan ibadat ialah PAS yang sudahpun dipraktik di Kelantan, Terengganu dan Kedah semasa ia ditadbir sekejap oleh PAS dulu.

Maka pada 9 Mei ini pengundi diberi peluang mengamalkan ibadat lima tahun sekali bagi mengisi keperluan yang Islam tuntut. Peluang ibadat demikian Allah telah beri sejak tahun 1955 tetapi tidak sekalian orang Islam masa itu merebut peluang itu. Samalah seperti lain-lain ibadat yang Allah beri peluang seperti solat dan puasa. Ia adalah kebaikan individu umat, bukan untuk Allah, tetapi ramai orang Islam tidak merebut peluang itu.

Sebelum seseorang mati Allah beri lagi peluang solat buat terakhir, dan sepanjang Ramadhan kita diingatkan ia mungkin Ramadhan terakhir, maka pulunlah apa yang wajar ditunaikan. Maka bagi PRU 9 Mei ini anggaplah ia mengundi terakhir bagi semua.

Kebanyakan pengundi sudah selalu mengundi sebelum ini, tetapi apakah semua mengundi sebagai satu ibadat atau ia sekadar menunaikan tanggungjawab kepada demokrasi dan negara sahaja?

Bila ia diisi dengan demokrasi dan negara kita dapat negara dan demokrasi yang belum tentu sempurna. Tetapi kita tidak dapat baldatun toyibatun warabun ghafur. Bagi yang tidak mengundi sebagai satu ibadat dulu, telah didapati semua yang Islam patut buat tidak dapat dibuat. RUU355 yang sekalian umat dan mufti mahu, kita tidak dapat dan tidak berani buat.

Jika dulu kita tidak jadikan mengundi itu ibadat, jangan mengundi yang mungkin terakhir inipun tidak dijadikan ibadat juga!

Adalah benar dunia ini tidak didiami oleh Islam saja. Allah tahu syaitan ada sebelum Adam dan Nabi Muhammad SAW ada. Tetapi Allah telah tetapkan dunia ini tempat ibadat manusia. Iblis tetap tidak terhalang meneruskan maksiat. Islam tetap menjamin keselesaan bukan Islam.

Jangan mengundi yang terakhir ini disia-siakan juga untuk kebaikan Islam dan diri sendiri. – HARAKAHDAILY 18/4/2018

TADI saya berceramah di Losong Hj Mat Shafie. Saya sebut Tun Mahathir yang bertanggungjawab mulakan masalah berkait isu royalti Petroleum Terengganu sehingga merencat keupayaan merancang pembangunan negeri dengan baik. RM 10 billion wang Terengganu hangus dalam skandal Perwaja di zaman Tun Mahathir.

Bila Tun Mahathir dengan angkuhnya berkata dia boleh menang bertanding di mana-mana Parlimen, di depan hadirin ceramah itu saya meminta izin dari Yang Di Pertua PAS kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah untuk mencabar jika betul Tun Mahathir fikir dia boleh menang di mana-mana pun, kita cabar Tun Mahathir supaya bertanding di Kuala Terengganu.

InsyaAllah rakyat Kuala Terengganu nak beri isyarat besar kepada Tun Mahathir bahawa kami tidak redha walau sesen pun dari apa yang Tun Mahathir perlakukan terhadap Terengganu dalam isu Royalti Terengganu dan mengutuk diskriminasi berasaskan politik yang memangsakan Terengganu dan Kelantan yang majoriti orang Islam dan Melayu.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
17 April 2018 - HARAKAHDAILY 18/4/2018

 

FIRMAN Allah swt dalam surah Al Anbiya' 105:

(وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ)

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh."

1. Islam adalah agama yang sempurna dan syumul meliputi segenap aspek kehidupan manusia.

2. Sumbernya adalah Al Quran dan Hadis yang dijamin tiada keraguan dan was-was dalam mengemukakan panduan, prinsip, pedoman dan solusi dalam segala hal yang melibatkan kehidupan di atas muka bumi.

3. Panduan Islam adalah jelas iaitu mensejahterakan dan memakmurkan bumi atau sesebuah negeri dan rakyat dengan Islam.

4. Islam telah terbukti suatu ketika dahulu pada zaman keemasannya tatkala 2/3 dunia ditadbir dibawah pemerintahan Islam dan aturannya. Kemajuan dan kehebatan ilmu, ekonomi dan sains dicapai hatta menjadikan Islam dan umatnya dihormati dan tempat rujukan serata dunia.

5. Pada masa yang sama, umat Eropah dan Barat masih hidup dalam kegelapan (Dark Ages) terkongkong dengan kepincangan agama yang diselewengkan oleh pendita dan rahib sehingga mereka sendiri menolak agama atas kekecewaan.

6. Tanah Melayu sendiri menyaksikan bagaimana Islam berdaulat dan menaungi seluruh rakyat menerusi pemerintah yang beriman dan soleh, melaksanakan hukum Allah dengan adil, memakmurkan negeri dengan sistem Islam dari segi ekonomi dan sosialnya. Ini terbukti dalam sejarah bagaimana indahnya Islam ketika pemerintahan kerajaan Islam berdaulat. Dari Kerajaan Islam Kedah, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Johor.

7. Sehinggalah penjajah menakluki seinci demi seinci tanah air kerajaan Islam ini termasuklah menakluki minda dan jiwa sanubari sebahagian penduduknya.

8. Ia mengakibatkan umat Islam jauh meninggalkan ajaran Islam, mengabaikan kebenaran ilmu Islam, sekali gus mencabut kuasa pemerintahan Islam daripada tangan umatnya.

9. Kuasa dan pemerintahan dipisahkan oleh penjajah dengan menanamkan dalam pemikiran umat Islam pemisahan antara kuasa pemerintahan dengan agama. Menjadikan agama Islam yang hanya berfungsi di lapangan upacara dan kerohanian sahaja berselindung sekadar di sebalik dinding masjid dan surau.

10. Implikasinya adalah sangat besar, apabila kuasa pemerintahan atau politik itu dianggap satu peluang sama ada untuk mendapat kemuliaan, atau mencari kemewahan, atau menindas mereka yang marhaen dan lemah, atau untuk menunjukkan kekuasaan.

11. Kuasa dan politik sudah jauh daripada matlamat asal khalifah iaitu untuk menguruskan negeri dan muka bumi dengan petunjuk Allah swt.

12. Natijahnya tiada lagi batas hukum yang menggerunkan jiwa dan menginsafkan penguasa atau pemerintah, sanggup melakukan apa saja untuk capai matlamat dan menghalalkan cara, malah menganggap ajaran agama Islam dan aturanya sebagai penghalang kemajuan dan punca kemunduran.

13. PAS tampil sebagai gerakan Islam dalam arena politik berperlembagaan dan memasuki pilihanraya sejak negara mencapai kemerdekaan bagi mengembalikan semula keizzahan dan peranan Islam sebagai sistem dan cara hidup yang ditinggalkan umatnya.

14. PAS adalah satu-satunya parti yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan serta meyakini hanya dengan Islam mampu membawa kesejahteraan rakyat dan negara ini.

15. PAS juga mengemukakan idea pemikiran islam dalam setiap langkah serta tawaran samada dalam menyusun dasar tatacara bernegara dan merencanakan solusi penyelesaian bagi setiap problema yang menyelubungi rakyat dan negara.

16. Dokumen Hijau (DH), Wawasan Induk Sejahtera (WINS) dan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) adalah contoh terbaik dan rujukan yang autentik berjaya dibuktikan oleh PAS bahawa Islam boleh dijadikan sandaran oleh rakyat dan negara ini tatkala segalanya buntu dalam mencari jalan keluar dari dilema dan problema.

17. Kemampuan PAS ini menjadikan PAS adalah parti yang unik dan berbeza dengan semua parti yang wujud dalam negara, kerana mereka masih dibelenggu dengan idealisme dan sistem yang sama ditinggalkan penjajah yang pastinya akan mengulangi kegagalan demi kegagalan walaupun hanya nama parti yang berbeza.

18. Umno BN dan Pakatan Harapan tetap dengan idealisme perjuangan yang berasaskan sistem pemikiran yang sama iaitu menolak fungsi Islam untuk berdaulat sebagai dasar bernegara.

19. Seluruh rakyat yang cintakan kesejahteraan dan kemakmuran negara, diseru bersama dengan PAS diyakini satu-satunya parti yang menjulangkan Islam sebagai wadah terbaik untuk rakyat negara ini yang berasal daripada petunjuk Sang Pencipta dan Penguasa. - HARAKAHDAILY 18/4/2018

Penulis adalah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat.

TINDAKAN pemimpin PAN Kelantan masih terus berusaha untuk memujuk anak Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar, bertanding di bawah tiket PAN dan menjanjikan jawatan Menteri Besar kepada beliau menunjukkan keterdesakan parti itu menghadapi PRU14.

Ia menjadi petanda jelas bahawa PAN Kelantan amat ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk ditonjolkan sebagai calonnya dalam PRU14 sehingga terpaksa mengemis kepada Nik Omar walaupun beliau sebelum ini telah menyatakan tidak dapat menerima pencalonan tersebut.

Nik Omar sangat penting kepada kelangsungan politik PAN Kelantan kerana pemimpinnya mahu berpaut kepada nama dan pengaruh besar Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz yang boleh diperolehi melalui Nik Omar bagi dijadikan modal untuk mendapatkan sokongan rakyat Kelantan.

Nik Omar juga sangat penting kerana PAN Kelantan tidak mempunyai golongan ustaz dan ulama’ berpengaruh yang boleh ditonjolkan olehnya dalam PRU14 untuk meyakinkan rakyat Kelantan yang rata-ratanya pencinta agama bahawa ia boleh menggantikan PAS di negeri tersebut.

Sangat menghairankan bila PAN Kelantan yang sebelum ini sering melaungkan bahawa ia membawa imej Islam Progresif yang jauh berbeza dari PAS masih mahu berpaut kepada golongan ustaz dan ulama’ untuk ditonjolkan sebagai calon Menteri Besar seperti dilakukan oleh PAS.

Perkara ini sudah tentu akan merendahkan moral dan menjejaskan semangat pemimpin PAN Kelantan lain yang berjuang bermati-matian sebelum ini demi memajukan parti itu kerana mereka akhirnya tidak diyakini untuk dinobatkan sebagai calon dan bakal Menteri Besar.

PAN Kelantan sepatutnya menonjolkan golongan profesional sebagai calon Menteri Besar bagi membezakannya dari PAS, apatah lagi bila ia juga mempunyai beberapa tokoh demikian seperti Datuk Dr Abdul Halim Yusof dan Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah.

Bila PAN Kelantan terus-terusan mengharapkan kepada Nik Omar yang telah berulang kali menolak pelawaan menjadi ahli mahupun menjadi calonnya, maka ia sekali gus meletakkan parti itu dalam keadaan memalukan umpama pepatah Melayu “Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong”. - HARAKAHDAILY 17/4/2018

SERANGAN dan fitnah kepada PAS semakin liar. Sebahagiannya agak lucu dan tidak masuk akal. Namun itulah realiti. BN sasarkan PAS, manakala PH pun tumpang dua belah kaki untuk turut sama memudahkan kerja BN mendepani PAS dan Gagasan Sejahtera.

Mereka gagal menyembunyikan kebimbangan yang semakin menjerut. Walaupun kepada awam mereka sebarkan propaganda konon PAS kini menjadi parti picisan dan jauh terkebelakang dari saingan politik parti-parti lain. Akhirnya mereka terpaksa juga mengisytiharkan perang gerila terhadap PAS, supaya kemaraan PAS dapat disekat.

Mereka tidak boleh tipu diri mereka sendiri. Bahawa ancaman besar bagi mereka bukan Umno dan BN tetapi PAS dan Gagasan Sejahtera. Justeru peratus serangan mereka terarah kepada PAS jauh lebih tinggi berbanding BN.

Mereka sangat takut kepada PAS yang sebelum ini mereka gelar sebagai parti “picisan”. Mereka bagaikan bebudak, demam takutkan hantu yang mereka sendiri reka dan kemudiannya percaya bahawa itu adalah hantu betul.

Realitinya PAS tidak mudah untuk diperkecilkan. Mereka pun tahu PAS mempunyai kekuatan asas yang sangat berpotensi untuk memenangi saingan 3 penjuru PRU ke-14 ini.

Berbekalkan jumlah ahli yang mencecah sejuta, pula mempunyai 196 kawasan parlimen dan 7,063 cawangan di seluruh negara. PAS menjadi antara parti Melayu Islam yang terkuat di Nusantara bahkan Asia.

Sebab itu, sungguh lucu bila mereka persoalkan, dari mana PAS dapat duit untuk bertanding 160 kerusi parlimen setelah Ybhg Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS mengisytiharkan hasrat PAS bertanding 160 kerusi.

Mereka mencongak, kira-kira RM34.4 juta diperlukan oleh PAS untuk bertanding 160 kerusi. Mereka buat-buat tanya, mana PAS ambik duit? Hasrat mereka untuk cetus kekeliruan dan mereka mahu sahkan bahawa benar PAS ambil duit Umno.

Sedihnya, mereka terpaksa reka fitnah. Nampak macam real. Tapi anak muda sekarang kata, itu ‘poyoo’ belaka. Bukan sahaja mereka terus gagal membawa bukti atas dakwaan mereka, kini masyarakat pun sudah penat dan letih untuk mempercayai cerita karut penglipur lara mereka.

Anak-anak muda bingkas menjawab, kalau dah ahli PAS ada sejuta. Secara purata setiap orang infaqkan RM35 sahaja. PAS dapat collection sebanyak RM35 juta. Belum dikira sumbangan korporat PAS yang tentu menyumbang pada kadar berlipat kali ganda.

Zaman dulu-dulu, PAS lancar derma guna kupiah dan tin milo. Kini PAS lancar derma dengan “tin milo maya”. No akaun PAS, dipublishkan pada segenap channel media baru. Entah berapa juta masuk setiap tahun oleh penyumbang maya. Kau apa kisah?

Kenapa tidak mereka persoalkan sahaja diri mereka sendiri. Parti kecil setahun jagung. Angin pasang besar nak bertanding banyak. Mana mereka dapat duit? Tidak perlu pun saya sebut, semua orang tersenyum dan sudah boleh bayang wajah “sugar daddy” politik mereka.

Lebih kelakar, bagaimana dulunya mereka bermati-matian menuduh PAS terima duit dari Umno RM90 juta dan meyakininya bahawa ia adalah tuduhan yang benar meskipun mereka sendiri gagal kemukakan bukti.

Tetapi kini, mereka pula bertanya di mana PAS ambil duit untuk bertanding 160 kerusi parlimen sedang mengikut kiraan mereka, sekurang-kurangnya PAS perlukan RM34.4 juta. Habis tu? Bukankah kamu kata PAS ada RM90 juta? Kenapa bertanya lagi?

Ertinya, mereka sangat tahu, bahawa RM90 juta itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Mereka create fitnah itu untuk jatuhkan reputasi PAS. Mereka tiada modal lain. Mereka tiada hujah kukuh untuk berdepan dengan PAS. Kali ini mereka tersadung lagi, dek kedangkalan akal mereka.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 18/4/2018

GEREJA Katolik pun seru perubahan 

PRU kali ini, ramai membawa slogan perubahan. Bukan sahaja dari kalangan parti politik, termasuklah juga Bishop Gereja Katolik sendiri telah mengeluarkan pekeliling untuk jentera dan penganut Kristian membuat perubahan dalam PRU14 ini. Penglibatan institusi agama Kristian dalam politik negara semakin menyerlah.

Berubah bermakna tumbangkan BN 

Apabila disebut perubahan, ini bermakna seruan untuk menukar pemimpin sedia ada. BN yang terlalu lama memerintah memikul berbagai-bagai salah laku dan kepincangan yang semakin diketahui umum. Keadaan negara yang semakin merosot dari sudut ekonomi, sosial, pendidikan dan teknologi mendorong angin perubahan bertiup lebih kencang.

Pilih parti mana? 

Di kalangan penyeru kepada perubahan pula, timbul persoalan perubahan ke arah manakah yang mahu dilakukan? Secara lebih objektif, parti manakah yang harus dipilih? Ada beberapa pilihan di hadapan rakyat yang muak dengan BN sekarang. Antaranya PAS-Gagasan dan PH. Antara yang kecil adalah PSM, Warisan dan beberapa parti kecil di Sabah dan Sarawak.

Kenapa semua ini tidak bergabung sekali? Kerana ideologi perjuangan tidak sama. Kerana perubahan yang bakal dibawa tidak sama. Semua mahu jatuhkan BN, tapi tak sepakat dalam menentukan siapa akan naik selepas ini.

Kenapa tolak BN?

Sekiranya kita fokus kepada sebab rakyat menolak BN, rata-ratanya kerana tidak berpuas hati dengan urus tadbir dan korupsi. Justeru perubahan yang dituntut memerlukan mereka mencari parti manakah yang lebih baik daripada BN. Perbandingan harus dibuat berdasarkan kecekapan dan ketelusan urus tadbir.

PH tidak lebih baik dari BN

Apabila perbandingan dibuat, PH bukanlah pilihan yang sesuai. Mereka juga tidak terlepas daripada isu kecekapan dan ketelusan ini. Menurut SPRM, gabungan parti yang baru berusia setahun jagung itu sudah memiliki 21 kes rasuah.

Cukup membimbangkan kerana mereka bukan sahaja parti baru, tetapi kuasa pemerintahan mereka juga masih terhad kepada beberapa negeri sahaja. Bayangkan kalau usia mereka sama seperti BN. Bayangkan kuasa mereka sama seperti BN. Berapalah agaknya pemimpin mereka disiasat SPRM.

Baru memerintah Penang dua penggal, Ketua Menterinya sudah terpalit isu rasuah pembelian Banglo di bawah harga pasaran. Baru dua penggal memerintah Selangor, pemimpin muda PKR sudah berjaya memiliki rumah agam Disneyland di Ampang hingga disita SPRM. Tidak sampai sepenggal menjadi MB, Azmin sudah terpalit isu penyerahan semula tanah Ijok kepada pemaju zaman MB Muhammad Taib.

Mahathir jelaskan lagi rupa sebenar PH

Tambah mengharukan, PH sanggup bersekongkol dengan "Bapak Pelingkup Negara" (menurut bahasa Mat Sabu) iaitu Mahathir. Orang yang terkenal sebagai diktator dan pembela berbagai kroni dari zamannya sehingga kini. Walaupun dia bukan seorang billionaire, tetapi dalam tempoh pemerintahannya selama 22 tahun, beliau berjaya lahirkan empat orang anak bertaraf billionaire. Belum ada lagi rekod mana-mana billionaire yang boleh lahirkan empat anak sebagai billionaire sekali gus!

Kerana masalah-masalah inilah, ramai pemimpin PH meninggalkan pakatan tersebut. Antaranya Che Gu Bard, Otai Reformasi, wakil-wakil rakyat DAP dan ramai lagi. Mereka tidak bersetuju dengan sikap Kapitalis, Nepotis dan Korupsi yang diamalkan parti lama mereka.

PAS tak rela pikul 21 tahi PH 

Maka terjawablah kenapa PAS menolak untuk bersama PH. Selain dari isu prejudis terhadap Islam, ia juga atas isu masalah integriti. Matlamat menumbangkan BN adalah untuk mengatasi korupsi. Tetapi jika menggantikan dengan PH, apa manfaat yang rakyat akan dapat? Sama sahaja, dan mungkin lebih teruk!

Laporan SPRM terbaru menunjukkan PAS sifar kes rasuah. Bayangkan jika waktu itu PAS bersama PH, sudah tentu imej bersih PAS bakal tercalar. PAS terpaksa memikul 21 tahi PH itu bersama. Satu tindakan yang tidak boleh diterima akal.

Jangan diperbodoh nafsu politikus 

Ya, kita semua mahu melihat Malaysia berubah kepada yang lebih baik. Tetapi anda perlu sedar, semata-mata menumbangkan BN tidak bermakna rakyat telah menang. Baca sejarah dan track record setiap parti untuk menilai apakah slogan perubahan yang mereka laungkan benar-benar tulus atau hanya satu pembodohan untuk mempergunakan rakyat demi kepentingan tersendiri.

Ingatkah lagi Langkah Kajang? Bagaimana rakyat diheret untuk turun mengundi semata-mata melampiaskan nafsu Anwar Ibrahim merampas jawatan MB dari Tan Sri Khalid Ibrahim. Sanggup direka fitnah 91 muka surat yang akhirnya meminta maaf selepas kantoi di mahkamah. Langsung tidak ada kaitan dengan kepentingan rakyat.

Ingat lagi kenyataan Mahathir kenapa beliau keluar Umno? Bukan kerana tidak berpuas hati dengan Umno, tetapi kerana bergaduh dengan Najib sahaja. Jelas katanya dulu, beliau mahu selamatkan Umno sahaja. Ini kerana Najib banyak mencantas kroni-kroni dan kaum kerabat beliau. Tetapi slogan membela rakyat dijadikan modal.

PAS tawarkan set kepimpinan negara yang bersih dan wawasan yang jelas 

PAS percaya masalah ekonomi negara dan rakyat akan dapat diselesaikan dengan barisan kepimpinan politik yang bersih. Negara sudah memiliki ramai pegawai dan kakitangan kerajaan yang profesional dan komited dengan tugas. Malangnya ia terhalang apabila datang campur tangan politik atasan. Orang politik hanya fikir projek untuk kroni dan poket sendiri, sehingga mengabaikan segala ketetapan dan idea bernas pegawai tinggi kerajaan untuk rakyat.

PAS cukup menghargai golongan kakitangan dan pegawai di peringkat administratif ini. Jika diberi peluang memerintah, mereka bakal diberi kebebasan mempraktiskan Profesionalismenya tanpa dikongkong oleh kepentingan nafsu politik. Mereka akan dipandu dengan dasar-dasar eksekutif Islam yang bermatlamatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, bukan poket kroni dan politikus.

Dengan kepimpinan sifar isu rasuah berbanding BN dan PH, PAS percaya inilah tawaran terbaik buat rakyat Malaysia melihat masa depan negara yang lebih baik. Berasaskan rekod SPRM, tiada parti lain boleh tawarkan barisan kepimpinan yang bersih sebegini. Negara bukan berhadapan masalah ketidakcukupan sumber kekayaan, tetapi masalahnya adalah bagaimana mengurus kekayaan dengan jujur dan telus.

Bukan setakat itu, PAS juga telah memiliki kerangka dasar pemerintahan negara yang holistik. Dikenali sebagai Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS2051). Pihak administratif dan birokrat tidak perlu bimbang bagaimana PAS mahu memerintah nanti, kerana semua dokumen yang diperlukan telah disiapkan rapi. Menunggu mandat daripada rakyat sahaja untuk melaksanakannya. Semoga kita membuat pilihan yang tepat.

2 Syaaban 1439
17 April 2018

(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 17/4/2018

SAYA merasa agak terkejut bila membaca laporan portal berita Malaysia Kini hari ini bahawa Pekeliling Uskup BP/2018/014 dan Pekeliling Uskup BP/2018/015 yang dikeluarkan oleh Bishop of Melaka Johor Diocese, Rt. Rev. Bernard Paul, beberapa hari lalu kini telah tidak boleh diakses lagi dari laman-laman web yang mengeluarkannya.

Malah, mengikut laporan portal berita Malaysia Kini, usaha wartawannya untuk mendapatkan maklum balas daripada Melaka Johor Diocese juga menemui kegagalan bila panggilan yang dibuat diletakkan (“hung up”) oleh Melaka Johor Diocese.

Seperti diketahui, Pekeliling Uskup BP/2018/014 mengarahkan semua “parishes and religious houses” untuk berdoa supaya Tuhan campur tangan dan supaya berlaku perubahan dalam PRU 14 manakala Pekeliling Uskup BP/2018/015 pula mengibaratkan perjuangan membebaskan diri dari kerajaan sekarang sama seperti perjuangan membebaskan diri dari pemerintahan penjajah. Serta menyifatkan kerajaan dan pemerintahan serta institusi yang ada dalam negara, termasuk pilihan raya, sebagai tidak bersih dan gagal.

Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas pengedaran pekeliling ini.

Laporan polis yang pertama dibuat di atas asas bahawa retorik-retorik terlalu keras yang digunakan oleh Bishop Bernard Paul boleh membakar semangat penganut agama Kristian untuk membenci, tidak puas hati dan tidak setia terhadap kerajaan dan semua institusi yang ada dalam negara seterusnya boleh mendorong mereka supaya turut cuba mendapatkan perubahan dengan apa-apa cara selain cara yang sah.

Laporan polis yang kedua pula dibuat di atas asas bahawa penggunaan ungkapan “Allah” oleh Bishop Bernard Paul, termasuk di dalam ayat “Bersama Membangun Kerajaan Allah”, adalah bercanggah dengan Seksyen 9 (2) Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam 1988 Melaka dan Seksyen 9 (2) Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam 1991 Johor.

Saya tidak melihat sebarang reaksi diberikan oleh Bishop Bernard Paul mahupun oleh Melaka Johor Diocese walaupun komentar mengenai isu ini telah dibuat pada 12 April lagi dan walaupun laporan polis telah dibuat pada 13 April lagi.

Bagaimanapun, semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, telah mengeluarkan kenyataan cukup mantap bagi mengulas isu ini dengan menyebut:

●     Mereka sebenarnya termasuk bala tentera penjajah yang dilatih bagi mengekalkan teori atau ideologi Sekularisma yang dianut oleh penjajah itu mengikut kitab Bible yang menjadi rujukan dan pegangan mereka.

●    DAP mendapat bayangan kalangan mereka itu, menjadikannya sangat galak berjuang merobek Perlembagaan Persekutuan, mendesak supaya merendahkan kedudukan Islam dan melemahkan Institusi Raja-raja Berperlembagaan secara senyap dan sindiran.

●     Kalau para Ulama PAS yang berjubah dan berserban turun ke medan bertanding pilihan raya menjadi calon, maka saya juga mencabar supaya mereka itu terjun ke medan politik bersama parti yang dipilihnya tanpa mencabut jubah Paderi yang dipakai itu.

●     Maka usaha meminggirkan Islam daripada Perlembagaan Persekutuan, melemahkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, melumpuhkan atau membatalkan institusi yang berkaitan dengan Islam hendaklah ditentang habis-habisan.

●     PAS tetap beristiqamah di atas dasar dan konsep tersebut walaupun menang atau kalah sehingga laksana burung yang bertongkat paruh sehingga akhir hayat.

Alhamdulillah, lanjutan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi ini Pekeliling Uskup BP/2018/014 dan Pekeliling Uskup BP/2018/015 kini telah tidak boleh diakses lagi dari laman-laman web yang mengeluarkannya sekali gus menunjukkan ‘izzah yang dipunyai oleh beliau.

Selain daripada itu, tindakan Bishop Bernard Paul dan Melaka Johor Diocese menyembunyikan tiba-tiba Pekeliling Uskup BP/2018/014 dan Pekeliling Uskup BP/2018/015 ini juga merupakan satu pengakuan bersalah daripada pihak mereka. Jika tidak mengandungi apa-apa kesalahan mengapa pula pekeliling ini disembunyikan?

Apa pun, saya telah merujukkan perkara ini dengan pihak berkuasa dan saya telah dimaklumkan bahawa tindakan menyembunyikan Pekeliling Uskup BP/2018/014 dan Pekeliling Uskup BP/2018/015 ini tidak akan menjejaskan siasatan yang dijalankan. Jangan bermain dengan api, kelak terbakar diri. - HARAKAHDAILY 17/4/2018

More Articles ...