21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

PERISTIWA di depan hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui, tetapi selama Islam digenggam, kejayaan mutlak akan menjadi milik umat Islam.

Setuasi semasa memang rumit dan kompleks. Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan satu resolusi untuk dipatuhi, tetapi Myanmar tegas menolaknya. Ketua turus tentera Myanmar berselindung di sebalik alasan bodoh - Rohingya tidak boleh balik ke Arakan (Rakhine State) sehingga penduduk asal Myanmar menerima mereka.  Siapakah penduduk asal Arakan kalau bukan orang Rohingya?

Presiden pertama Burma, Sao Shwe Thaik pernah menegaskan di awal pembentukan Burma yang merdeka bersama Arakan yang dimasukkan ke dalam negara itu - "Jika kita tidak mengakui orang-orang Rohingya adalah penduduk asal Burma, maka tidak ada satu kaum pun di negara ini berhak mengakui mereka adalah penduduk asal Burma". Kenyataan ini kemudiannya 'dipadamkan' dari catatan sejarah, seiring dengan matlamat baru Regim Myanmar iaitu melaksanakan genocide terhadap muslim Rohingya.

Terkini, jiran-jiran musyrikin Myanmar - Viatnam, Kemboja, Laos dan Filipina turut menyertai China, Russia, Zimbabwe, Syiria dan Belarus menentang usul negara-negara OIC di persidangan Hak Asasi PBB, supaya Myanmar menghentikan operasi tentera ke atas etnik Muslim Rohingya. Usul itu juga adalah mengenai hak etnik Rohingya untuk pulang ke Arakan, hidup dengan aman dan kewarganegaraan mereka dikembalikan.

135 negara anggota menyokong, 26 lagi berkecuali. 10 negara yang menentang usul hak asasi ini sebahagiannya adalah jiran-jiran Myanmar.

Walaupun telah terbentang kekejaman dan kezaliman Myanmar terhadap Muslim Rohingya, tetap ada negara kuasa besar dunia, diikuti negara-negara jiran berpendirian menyebelahi Myanmar.

Isu besar sekarang adalah, negara-negara ini juga adalah anggota Asean. Apakah sebabnya mereka yang berjiran dengan Myanmar, tidak nampak kekejaman Myanmar dan penderitaan jutaan Muslim Rohingya? Apakah mereka juga telah dibutakan oleh China?

China diketahui membantai muslim di Xinjiang, dan tekanan demi tekanan dikenakan kepada Muslim China termasuk larangan beribadat.

Syria juga membantai rakyatnya pasca Arab Spring dengan alasan mereka sendiri, jutaan mati dan menjadi pelarian. Hampir saja krisis di Syiria mencetus perang dunia. Sehingga sekarang belum selesai, apinya masih menyala.

Apa pula alasan negara jiran Myanmar dalam Asean? Apakah sudah menjual diri kepada China?

Apakah mereka sedang mengharapkan manfaat projek mega dalam pelaburan besar China di Myanmar. Laluan paip minyak, laluan keretapi, perlombongan, deposit minyak dan gas yang besar dan yang terbaru, penemuan uranium di Arakan akan melimpahkan kemajuan kepada negara serantau? Ataupun mereka sebetulnya telah masuk ke poket China dengan projek-projek pembangunan berskala mega yang dibiayai oleh China juga.

Patutlah dalam sidang Asean di Manila tiga hari lalu isu Rohingya tidak dibangkitkan langsung.

Isu yang lebih besar sekarang ialah kita di Malaysia sedang berada dalam lingkungan negara-negara jiran yang menyebelahi kekejaman, menolak hak asasi manusia dalam isu Rohingya dan mempertahankan pembunuhan dan genocide ke atas umat Islam.

Jika demikian, apakah masa depan Muslim Rohingya, dan bagaimana pula Malaysia pada masa depan?

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengarah PASRelief
AJK PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 19/11/2017

TARIKH 19 November 1985, Peristiwa Memali. Generasi WeChat dan Whatsapp belum lahir lagi ketika ini. Persepsi dan pemahaman mereka tentang Peristiwa Memali ialah berdasarkan apa yang mereka dengar. Ramai yang tersilap dan tersasar.

Sekadar saya nak maklum, kubur As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan sahabatnya pernah diziarahi oleh Almarhum DYMM Tuanku Abdul Halim Sultan Kedah. Siapa yang berani kata bahawa DYMM Tuanku Sultan Kedah menziarahi kubur penjenayah dan penderhaka?

Sukacita juga untuk dimaklumkan bahawa Ketua Polis Daerah Baling ketika berlakunya Peristiwa Memali telah menyertai PAS pada tahun 2002. Beliau ialah watak penting yang terlibat secara langsung dengan tragedi berdarah yang menyedihkan ini. – HARAKAHDAILY 19/11/2017

GOMBAK: Penubuhan Assabiqun PAS Pusat melengkapkan pakej kepelbagaian PAS yang menunjukkan parti itu diwakili serta didokong segenap lapisan masyarakat.
 
Antara golongan menyertai Assabiqun adalah ahli PAS berusia 55 tahun ke atas dengan mengisi borang Keahlian Assabiqun yang boleh diperolehi dari Setiausaha PAS Negeri dan Kawasan.
 
Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hasan berkata demikian ketika menyempurnakan pelancaran Assabiqun PAS sempena Konvensyen Sekretariat PAS Kebangsaan Kali Ke-3 di Dewan Dato' Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, di sini hari ini.
 
Katanya, PAS mempunyai pelbagai sayap di mana masing-masing berperanan membawa mesej Islam dengan pendekatan yang seiring tuntutan parti bagi memastikan PAS menjadi pilihan rakyat.
 
"Kita mempunyai sokongan bukan Islam yang diselia dibawah Dewan Himpunan Penyokong PAS, bahkan baru-baru ini ada dalam kalangan mereka telah menyempurnakan pengajian di Institut Latihan Kepimpinan dan Pengkaderan Dakwah Islamiyyah minggu lalu.
 
"Penubuhan Assabiqun PAS adalah satu usaha menggabungkan tenaga orang lama serta berpengalaman membantu parti untuk meneruskan perjuangan Islam di tanah air," jelasnya.
 
Pelancaran Assabiqun disaksikan oleh Pengerusi Assabiqun PAS, Subky Latif bersama semua peserta konvensyen serta diakhiri dengan sesi bergambar. - HARAKAHDAILY 18/11/2017

KUALA LUMPUR: Akademi Penulisan Harakah akan meneruskan lagi siri kursus Bengkel Penulisan Haraki (BPH) melibatkan penganjuran di negeri-negeri serta zon bermula pertengahan Disember depan hingga pertengahan Januari 2018.
 
Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob berkata, siri-siri lalu menunjukkan hasil memberangsangkan khususnya melibatkan interaksi maklumat antara pihak PAS Kawasan dengan Harakah.
 
"Hingga lahirnya legasi 'Wartawan Rakyat' yang sangat aktif hingga kami di Harakah tidak menang tangan mengurus penyaluran maklumat diberikan, selain wujud kolum baharu penyiaran.
 
"Bermakna hasrat awal untuk rangkaian persediaan bagi menghadapi PRU14 telah berlaku. Kini memerlukan lagi latihan kepada wakil-wakil PAS Kawasan seluruh negara secara lebih intensif.
 
"Jadi siri berikutnya kami sendiri turun ke zon-zon selain negeri yang membuat permintaan secara khusus. Atas reaksi dan permintaan juga, kami tambah modul-modul penulisan berkaitan aspek penerangan," jelas beliau.
 
Menurutnya, seluruh kursus dibengkelkan sendiri fasilitator Harakah yang berpengalaman dalam parti melibatkan modul pengurusan isu, hubungan media, draf kenyataan media, kewartawanan pemberitaan, bentuk dan dokumen penulisan serta propaganda media pilihan raya.
 
Maklum beliau, siri berikutnya akan bermula untuk Zon Utara di An-Nahdhoh Inn, Kubang Semang pada Sabtu, 16 Disember mensasarkan penyertaan PAS Kawasan-kawasan dalam Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis.
 
Manakala Zon Timur katanya, akan diadakan di Dewan Zulkifli Muhammad, Kota Bharu untuk Kelantan dan Terengganu pada Sabtu, 23 Disember diikuti esoknya Ahad, 24 Disember di Temerloh khusus untuk Pahang dan Sabtu, 30 Disember di Johor.
 
Bagi Zon Borneo pula beritahunya, akan diadakan di Bintulu, Sarawak pada Sabtu, 13 Januari 2018 dan Sabah keesokannya Ahad, 14 Januari di lokasi yang akan dimaklumi kemudian.
 
Begitu juga katanya, untuk Negeri Sembilan dan Melaka belum diputuskan tarikh dan tempat, tetapi turut akan dimaklumi kemudian, di mana semua menyertaan mestilah melalui pengesahan oleh pihak PAS Kawasan masing-masing.
 
Setiap peserta hanya dikenakan yuran RM50 bagi kos pengurusan, nota serta makan minum di mana pendaftaran mesti dibuat dengan menyertakan butiran diri melalui email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
"Kami di Harakah pada masa ini sedang mempergiatkan persediaan untuk memastikan maklumat parti khususnya pada PRU14 nanti berada di tahap paling maksimum untuk memastikan info dari setiap Dun dan Parlimen dapat disiarkan," ujarnya optimis. - HARAKAHDAILY 18/11/2017

MA'AHAD Al-Munir merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang menyediakan pendidikan percuma buat asnaf fakir dan miskin di mana telah ditubuhkan pada tahun 2008 di Sana’a, Republik Yaman.  
 
Bermula di negara Yaman sebagai asrama penempatan pelajar Malaysia sehingga berlaku peperangan saudara di negara itu pada 2011, para pelajarnya pulang ke Malaysia meneruskan jihad ilmu di sini. Pada 2015 Ma’ahad al-Munir memulakan operasinya kembali di Taman Bukit Permai, Cheras, Selangor.
 
Silibus pendidikan di Ma’ahad Al-Munir adalah hafazan Al-Quran, hafazan Hadis, mutun (matan-matan fiqh, aqidah, nahu, sarf dan lain-lain) dan Talaqqi Turath. Sehingga kini para pelajar telah menghafaz 42 hadis himpunan Imam Nawawi rahimahullah.
 
Ma’ahad Al-Munir kini masih menyewa rumah 3 tingkat di Laman Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Cheras. Sebagaimana juga urusan lain, kos pengurusannya juga bertambah dari tahun ke tahun. Setiap bulan kos pentadbiran, pengurusan dan lain-lain mencapai RM18,000. 
 
Kini, pihak ma’ahad dalam perancangan untuk membangunkan premis tetap Ma’ahad Al-Munir di Kampung Baru Lanjut, Sepang. Di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi, bangunan setinggi 4 tingkat akan dibangunkan dengan kos RM 2,000,000.
 
Wakaf lot bangunan yang baharu sahaja dilancarkan pada bulan ini, sangat berhajatkan sumbangan orang ramai. Dalam perancangan pihak ma’ahad, bangunan ini diharap dapat dibina sesegera yang mungkin bagi menempatkan lebih ramai pelajar. Kerana rumah sewa sedia ada tidak mampu lagi menampung penempatan pelajar yang lebih ramai.
 
Mudir Ma’ahad Al-Munir, Ustaz Mohamed Sukri Omar memberitahu, setiap tahun permohonan kemasukan pelajar begitu ramai, tetapi tidak dapat dipenuhi kerana terhadnya dana dan penempatan pihak ma’ahad. Beliau berkeyakinan pendidikan percuma ini dapat dijayakan bagi melahirkan generasi al-Quran yang akan merubah keadaan masyarakat di mana masih jauh dari praktis al-Quran. Maklumnya juga, ramai dari kalangan ibu bapa menggesa agar ditubuhkan ma'ahad bagi pelajar muslimat.  Tetapi disebabkan kekangan dana, telah membantutkan usaha itu.
 
Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan menyeru para dermawan untuk terus menyuburkan infak dan wakaf agar bangunan tetap ma’ahad segera dapat dibina bagi manfaat pelajar. Berkat sumbangan orang ramai Ma’ahad al-Munir memasuki tahun ke-3 menyediakan pendidikan percuma walaupun peringkat awal di anggap mustahil oleh masyarakat.
 
Ustaz Mohamed Sukri menyatakan keyakinannya bahawa setiap sumbangan yang dilaburkan bagi pembangunan dan operasi Ma’ahad Al-Munir akan memberikan kesan besar buat masyarakat. Terutamanya kedudukan ma’ahad di tengah-tengah bandar yang pesat dengan pembangunan fizikal tetapi tenggelam hilang pembangunan spiritualnya.
 
Bagi yang berminat untuk menyumbang, Ustaz Mohamed Sukri Omar boleh dihubungi ditalian 0104341617 atau segala sumbangan boleh disalurkan pada akaun Maybank 5643 8855 7430 diatas nama Al Munir Centre. - HARAKAHDAILY 19/11/2017

INI adalah kenyataan-kenyataan Senator DAP, Dr Ariffin Omar, mengenai Raja-Raja Melayu pada 15 Ogos 2014:

“Bagaimanapun bila mereka (Raja-Raja) bersikap kepartian dalam proses politik dan menyokong individu-individu atau parti-parti yang diketahui telah menyalahgunakan kuasa-kuasa mereka Raja-Raja ini membawa institusi Kesultanan ke dalam kehinaan dan secara realiti menyegerakan hari-hari bila Kesultanan akan diletakkan di muzium.”

(Kenyataan asal: “However when they (their Highnesses) become partisan in the political process and support individuals or parties known to have abused their powers theses rulers are bringing the institution of the monarchy into disrepute and in reality hastening the days when the monarchy will be consigned to the museum.”)

“Jika ini berlaku Perlembagaan sekalipun tidak boleh menghalang kemarahan rakyat daripada mengambil langkah tidak dapat dielakkan di dalam menghapuskan sebuah institusi yang telah mendatangkan kos yang banyak kepada rakyat untuk menjaga dan yang telah memberikan pulangan yang sedikit kepada rakyat sebagai timbal-balas.”

(Kenyataan asal: “If ever that should happen not even the Constitution can prevent the wrath of the rakyat from taking the inevitable step in abolishing an institution that has cost so much for the rakyat to maintain and has given little back to the rakyat in return.”)

Ini pula adalah kenyataan-kenyataan Senator DAP, Dr Ariffin Omar, mengenai Raja-Raja Melayu pada 24 Mac 2016:

“Kebanyakan daripada mereka (Raja-Raja) adalah pengejar kepentingan sendiri yang memikirkan kepentingan-kepentingan mereka sendiri”.

(Kenyataan asal: “Most of them (the royalty) are self-seekers thinking of their own interests.”)

“Keluarga-keluarga diraja adalah satu bebanan kewangan yang serius kepada negara dan apa yang mereka sumbangkan kepada kesejahteraan rakyat?”

(Kenyataan asal: “The royal houses are a serious financial burden to the country and what do they contribute to the wellbeing of the people?”)

Apakah agaknya yang boleh kita faham dan buat kesimpulan dari kenyataan-kenyataan Senator DAP ini?. – HARAKAHDAILY 18/11/2017

AGENDA pendidikan adalah antara aset terpenting bagi pembangunan tamadun manusia yang merangkumi pendidikan akademik , kerohanian dan akhlaq.

PAS Sarawak melihat bahawa agenda pendidikan sebagai antara agenda utama yang seharusnya di beri fokus oleh kerajaan negeri Sarawak. Bajet 2018 bagi negeri Sarawak yang di umum oleh YAB Ketua Menteri Sarawak sebanyak RM5.78 bil seharusnya mengambil kira pembangunan institusi pendidikan di semua peringkat.

Kerajaan negeri di bawah Kementerian berkaitan seharusnya mengambil serious dalam melihat berapa ramai kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam akses kepada pendidikan pra-sekolah. Pihak berkaitan seharusnya berusaha sedaya upaya supaya tiada keciciran dalam mendapat hak pendidikan awal ini.

PAS Sarawak sejak 2005 telah menubuhkan Pusat Pendidikan Pra Sekolah yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan sehingga 2017 telah mempunyai sebanyak 42 pusat pendidikan pra sekolah yang di kelolakan di bawah Dewan Pemuda PAS Sarawak.

Melalui Visi bagi Melahirkan Insan Soleh di Malaysia Melalui Pendidikan Pra Sekolah Sebagai Elemen Terpenting, PAS Sarawak yakin bahawa keutamaan dalam pembangunan pendidikan pra sekolah adalah pencetus kepada kecemerlangan insan dari sudut akademik dan sahsiah.

Bersempena Majlis Konvokesyen bagi kesemua PASTI Seluruh negeri Sarawak yang bakal berlangsung, PAS Sarawak ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan anda dalam visi menjadi Insan yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat.

MUHAMMAD AFIQ MHD KHAZAR
Ketua Penerangan PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 17/11/2017

More Articles ...