21
Sun, Jul
19 Artikel Baru

IJTIMAK Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia yang berakhir petang ini mencetus resolusi bagi menubuh sektretariat yang berpusat di Kuala Lumpur untuk menyelaras isu-isu berkaitan dengan umat Islam.

Kedua, mewujudkan permuafakatan antara negara minoriti dan negara majoriti umat Islam agar kekuatan Islam dapat digarap secara lebih berkesan dan sekali gus dapat menaungi umat Islam yang lemah.

Ketiga, memastikan segala isu dan permasalahan dalam setiap negara Islam dan umat Islam tidak perlu dilibatkan campur tangan pihak luar terutamanya negara barat dalam  menanganinya.

Keempat, mempelopori usaha untuk mempelopori bagi mengharmurnikan isu-isu khalafiah dalam kalangan masyarakat supaya tidak memberi ruang kepada musuh memecah belahkan kesatuan umat Islam.

Kelima, mempergiatkan pengembangan ilmu Islam dalam kalangan masyarakat di negara masing-masing dengan pelbbagai wasilah yang ada.

Keenam, mengambil inisiatif secara bersungguh-sungguh untuk melahirkan ulama pelapis yang akan mewarisi kepimpinan ulama di seluruh rantau Asia.

Ketujuh, menangani isu dan permasalahan dan umat Islam yang ditindas di negara-negara minoriti Muslim seperti Chenhen, Rohingya, Kashmir, Ubezkistan dan lain-lain.

Kelapan, mengecam sekeras-kerasnya perbuatan terkutuk yang dilakukan rejim Zionis Israel yang menutup Masjid Aqsa bagi tujuan untuk meroboh dan memusnahkannya.

Kesembilan, memahamkan masyarakat khasnya umat Islam, Islam agama yang membawa kesederhanaan, ke arah mengekang pengaruh radikal Islam dalam kalangan umat Islam.

Kesepuluh, mengemblingkan ulama di rantau ini bagi mengembalikan peradaban Islam sebagai model peradaban Islam sejagat.

Resolusi itu dibaca Pengarah Nadwah Ulama dan Konfren Dakwah, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh sebaik sahaja selesai forum di KTC petang ini.

Forum tersebut mengundangkan Dr Bilal Sabil dari Palestin; Presiden Parti Saadat Turki, Dr Temel Karamulla Uglu dan Dr Nik Zawawi. Prof Dr Badlishah bertindak sebagai moderator. - HARAKAHDAILY 22/7/2017

HARI Kemerdekaan Sarawak adalah hari cuti yang telah ditetapkan pada 22 Julai setiap tahun oleh Kerajaan Sarawak sebagai meraikan penubuhan kerajaan sendiri di Sarawak pada 22 Julai 1963 oleh Alexander Waddell, Gabenor Koloni yang terakhir di Sarawak. Ia dinamakan demikian untuk meningkatkan kesedaran tentang masa lalu dan sumbangan pemimpin masa lalu Sarawak.
 
Terdapat juga mereka yang kurang menyedari kesahihannya, manakala ada yang mencadangkan bahawa ia tidak tepat pada masanya, memetik undang-undang British kepada pemerintahan sendiri di Sarawak dan tidak memberi kebebasan sepenuhnya sebelum ia menyertai Persekutuan Malaysia.
 
JOFRISarawak telah diberikan kerajaan sendiri pada 22 Julai 1963, dengan syarat ia akan bergabung menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September pada tahun yang sama.
 
Sebelum majlis kendiri pada 22 Julai 1963, Alexander Waddell, Gabenor Koloni terakhir, meninggalkan Astana dan menaiki sampan putih untuk menyeberangi Sungai Sarawak, kemudian menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada rakyat Sarawak, dengan bendera kolonial diturunkan dan bendera Sarawak dinaikkan. Sebelum dia pergi, Gabenor melantik Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama.
 
Pada tahun 2016, Ketua Menteri Adenan Satem mengumumkan pada 22 Julai sebagai cuti umum di Sarawak bermula dari 2016.
 
20 perkara telah ditulis bagi tujuan menjaga kepentingan, hak dan autonomi rakyat Borneo Utara semasa pembentukan Persekutuan Malaysia. Cadangan yang sama, dengan perbezaan kandungan tertentu, dibuat oleh Sarawak dan biasanya dirujuk sebagai Perjanjian 18 Perkara.
 
Ia telah dipertikaikan sebagai hipotesis seperti Memorandum 20 Perkara Sabah yang dikemukakan secara bersama oleh para pemimpin politik pada tahun 1962, di mana dokumen sebenar wujud dan yang sedang mempersiapkan dan menandatangani memorandum 18 perkara masih belum lengkap.
 
Beberapa perkara telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia manakala selebihnya 18 perkara Sarawak yang digariskan seperti berikut:
 
Perkara 1: Agama
Tiada bantahan terhadap Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia tetapi Sarawak sepatutnya tidak mempunyai agama rasmi. Segala bidang kuasa Malaya yang berkaitan dengan Islam tidak patut dikuatkuasakan di Sarawak.
 
Perkara 2: Bahasa
a. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan bagi Persekutuan
b. Bahasa Inggeris boleh diteruskan dalam tempoh 10 tahun selepas Hari Malaysia
c. Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa rasmi Sarawak untuk pelbagai tujuan negeri dan persekutuan tanpa had masa
 
Perkara 3: Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada diterima sebagai asas Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia hendaklah merupakan satu dokumen yang baru sama sekali. Sebuah perlembagaan negeri adalah perlu bagi Sarawak.
 
Perkara 4: Ketua Persekutuan
Ketua bagi Sarawak tidak berhak atau tidak layak untuk dipilih menjadi ketua persekutuan.
 
Perkara 5: Nama Persekutuan
Nama persekutuan ialah Malaysia, bukan Melayu raya.
 
Perkara 6: Kuasa Imigresen
Kawalan ke atas imegresen ke mana-mana bahagian Malaysia daripada luar hendaklah berada dalam kuasa kerajaan persekutuan tetapi kemasukan ke Sarawak hendaklah juga mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri. Kerajaan persekutuan tidak boleh membatalkan kemasukan sesiapa ke Sarawak untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas alasan keselamatan yang kukuh. Sarawak hendaklah mempunyai kawalan yang tidak terbatas terhadap pergerakan manusia, kecuali kakitangan Kerajaan Persekutuan.
 
Perkara 7: Hak Untuk Berpisah
Sarawak tidak mempunyai hak untuk berpisah daripada Malaysia.
 
Perkara 8: Borneonisasi
Pegawai Borneo yang dilantik merupakan penduduk tempatan.
 
Perkara 9: Pegawai-pegawai British
Segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan pegawai British kekal dalam perkhidmatan awam sehinggalah tempat mereka diambil alih oleh mereka yang layak dan sesuai dari kalangan rakyat negeri berkaitan.
 
Perkara 10: Kewarganergaraan
Cadangan dalam perenggan 148 (K) dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah mentadbir hak-hak kewarganegaraan dalam negeri Sarawak tertaluk kepada pindaan-pindaan berikut:
a) Sub-perenggan (i) hendaklah tidak mengandungi peruntukan sehinggalah pemastautin lima tahun.
b) Dalam usaha hendak menyelaraskan dengan undang-undang kita , sub-perenggan (ii) (a) hendaklah dibaca tujuh daripada sepuluh tahun dan bukannya lapan daripada dua belas tahun.
c) Sub-perenggan (iii) hendaklah tidak mengandungi sekatan yang terikat dengan kewarganegaraan ibu bapa bagi yang lahir di Borneo utara selepas Malaysia, mesti menjadi rakyat persekutuan.
 
Perkara 11: Tarif dan Kewangan
Sarawak hendaklah mengawal kewangan, tabung-tabung, pembangunan dan tarifnya sendiri.
 
Perkara 12: Kerajaan Negeri
(a) Ketua menteri hendaklah dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Dewan Perundangan,
(b) Hendaklah diwujudkan satu sistem kementerian sebenar di Sarawak oleh kerajaan Persekutuan.
 
Perkara 13: Tempoh Peralihan
Selama tujuh tahun kuasa perundangan hendaklah dipegang oleh kerajaan Sarawak melalui perlembagaan bukan diwakili kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan (tempoh itu sudah tamat).
 
Perkara 14: Pendidikan
Sistem pendidikan yang sedia ada di Sarawak hendaklah dikekalkan dan untuk tujuan itu hendaklah diletakkan di bawah kerajaan negeri (sistem pendidikan Sarawak , Dewan Undangan Negeri Sarawak telah mengintegrasikan pendidikan kedalam sistem kebangsaan pada 6 julai 1976).
 
Perkara 15: Jaminan Perlembagaan
Tidak ada pindaan, perubahan, penarikan sebarang jaminan istimewa yang diberi kepada Sarawak oleh kerajaan Persekutuan tanpa persetujuan positif kerajaan negeri yang berkaitan.
 
Perkara 16: Perwakilan di Parlimen
Ianya perlu mengambil kira populasi penduduk Sarawak, saiz dan potensinya. Dalam apa keadaan sekalipun ianya hendaklah tidak kurang daripada perwakilan Singapura.
 
Perkara 17: Gelaran Ketua Negeri
Gelaran Ketua Negeri bagi Sarawak ialah yang Dipertuan Negara.
 
Perkara 18: Tanah, Perhutanan, Kerajaan Tempatan dan lain-lain
Peruntukan dalam kerajaan Persekutuan bersangkutan dengan Kuasa Majlis Tanah Negara tidak boleh diguna pakai bagi Sarawak. Begitu juga dengan Majlis Kerajaan Tempatan Negara hendaklah tidak boleh diguna pakai di Sarawak.
 
Adakah masih relevan dengan tuntutan 18 perkara Sarawak hari ini, tidak semua tuntutan 18 perkara Sarawak masih diamalkan hari ini. Terdapat juga beberapa perkara yang telah berubah dengan ketara selepas 10 tahun Sarawak menyertai Malaysia.
 
Antara 18 tuntutan yang telah berubah dan diterima sebagai 20 perkara tuntutan ke atas Sabah, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi Sarawak selepas 10 tahun penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.
 
Tuntutan 18 perkara lain yang telah menerima perubahan ialah tuntutan dalam aspek  pendidikan apabila Sarawak mahu mengekalkan pendidikan mesti diletakkan di bawah kuasa negeri itu pada mulanya. Tuntutan lain 18 perkara yang telah berubah adalah permintaan dari segi pendidikan apabila Sarawak mahu mengekalkan pendidikan mesti diletakkan di bawah kuasa kerajaan negeri pada mulanya.
 
Banyak lagi tuntutan dalam 18 Perkara Sarawak yang perlu dilaksanakan tanpa perlu ada perundingan kerana ianya sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan tuntutan dan memberi kuasa autonomi yang sudah termaktub dalam perlembagaan kalau ingin melihat Sarawak boleh berdikari dan maju ke hadapan.
 
Sarawak masih perlu kekal dalam Malaysia demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Apa yang perlu dilaksanakan ialah segala tuntutan yang termaktub dalam perlembagaan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa perlu ada campur tangan luar yang boleh menjejaskan keharmonian dan keselamatan rakyat Sarawak. - HARAKAHDAILY 22/7/2017
 
Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak.

PARA ulama perlu memahamkan seruan ‘at-Tafaqquh fid-Din’ di kalangan umat dalam semua urusan Islam dan mengingatkan mereka peringatan agar berwaspada supaya tidak melakukan perkara-perkara bercanggah dengan Islam.

Demikian penegasan diutarakan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-4 (Rantau Asia) di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini sebentar tadi.

“Banyak kalangan kita memahami ‘at-Tafaqquh’ (sekadar) hukum ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, itu sahaja tafaqquh. Tanpa memahami (bahawa) generasi awal Islam menafsirkan ‘at-Tafaqqahu Fid-Din’; semua ‘ad-Din’, semua ajaran ada dalam Islam.

“Akidahnya, syariatnya, akhlak ataupun tasawwufnya, mesti memahami semua urusan Islam, bukan hukum feqah (sahaja). Ini makna ‘Tafaqquh Fid-Din’. Dengan sebab itu, urusan ‘Tafaqquh Fid-Din’ merangkumi segala aspek ajaran Islam.

“Menunjukkan ulama-ulama yang ‘Tafaqquh Fid-Din’ itu bukan sekadar mengajar sahaja; buka kitab, mengajar, ceramah, habis di situ. Tetapi perkataan “liyunziru”, ada ‘inzar’ di situ, (iaitu) amaran bahaya.

“Di sini ada aspek dakwah, aspek perjuangan yang perlu ditangani oleh ulama yang memahami ilmu itu. Di sini kekurangan yang berlaku kepada kita hari ini,” ujarnya merujuk ayat 122 surah at-Taubah itu.

Apatah lagi katanya, umat kini sedang menghadapi serangan media sehingga musuh berjaya menyebarkan Islamofobia yakni benci terhadap Islam, ‘al-Karohiyyah lil Islam’ yang disebarkan tanpa peduli kepada ajaran Islam itu sendiri.

Sedangkan menurut beliau, jika dikaji ajaran Islam, masalah Islamofobia dapat dihapuskan termasuk sekiranya dibuat perbandingan kumpulan lain daripada Islam, akan didapati mereka sebenarnya yang ganas dan bukannya Islam.

Tuan Guru mengemukakan tragedi Hiroshima dan Nagasaki yang menerima kesan ciptaan senjata nuklear hingga membawa kemusnahan kepada bumi dan manusia hasil daripada Tamadun Barat mencuri Tamadun Islam tetapi meninggalkan Islam dengan sekadar mengambil tamadun duniawi.

Katanya, walaupun Barat mengambil Tamadun Islam dan menyebarkan Islamofobia pada hari ini, maka perlunya Islam terus diperkenalkan secara ‘tafaqquh’ yakni dengan memahaminya melalui peranan para ulama dan pendakwah.

Masalah Dalaman Umat

Beliau yang juga Presiden PAS turut mengutarakan masalah dalaman dihadapi umat di mana sibuk dengan masalah khilafiah dan furu’ melibatkan akidah, syariah, tariqat dan politik sedangkan semua itu telah melahirkan mazhab-mazhab dalam Islam sejak awal lagi.

Menurutnya, permasalahan timbul soal mazhab furu’ dalam feqah Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki, sehingga masing-masing mazhab mempertahankan mazhab masing-masing.

“Padahal Imam Syafie mengaji dengan Imam Malik. Imam Syafie belajar dengan Imam Muhammad Hassan Asy-Syaibani mazhab Hanafi. Abu Hanifah berjumpa dengan Al-Baqir mazhab Imamiyyah Syiah, belajar, ini dalam sejarah dia. Imam Ahmad Bin Hanbal mengaji dengan Imam Syafie.

“Mazhab ini beza, tapi perguruannya, pengajiannya dapat menyatukan umat. Hari ini masalah khilafiyah membalahkan pondok dengan pondok, tok guru dengan tok guru, ulama dengan ulama. Bahas pasal qunut dan talqin, pasal masalah furuk, sehingga lupa hal-hal yang penting yang perlu diselesaikan oleh umat Islam.

“Masalah jenayah, dadah, politik pemerintahan Islam dilupakan. Masalah aqidah, melahirkan mazhab salaf dan khalaf tanpa mempelajari sejarah perkembangan akidah generasi salaf, generasi yang tidak ada masalah fahaman-fahaman falsafah.

“Selepas timbulnya fahaman falsafah, gelombang penterjemahan buku-buku asing, timbulnya mazhab-mazhab Jabariyyah, Qadariyyah, Muktazilah, maka lahirnya mazhab khalaf yang menghujahkan falsafah, lahir kalangan ahli sunnah. Kalau sudah baca kitab jawi, kitab Arab payah nak baca, kitab jawi, ‘Aqidatun Najin’.

“Saya mengaji kitab ‘Aqidatun Najin’ ini (sampai) lebu. Padahal saya mengaji Universiti Madinah, universiti yang paling kuat wahabi, saya belajar di Madinah. Madinah itu wahabi, (tetapi) saya tak ikut waabbi, saya baca ‘Aqidatun Najin’, baca juga ini,” jelasnya.

Tajdid & Pendekatan

Terangnya, pertembungan yang berlaku itu adalah dengan sebab perubahan masyarakat, disebabkan tajdid gerakan pembaharuan di zaman masing-masing.

Katanya, dalam mazhab Syafie sendiri antaranya Imam Nawawi dan Ibnu Katshir pegangan tauhidnya adalah mazhab salaf berbeza Imamul Haramain antaranya Imam Ghazali di mana feqahnya Syafie, tetapi tauhidnya kepada mazhab Khalaf.

Begitu juga tambahnya, Abu Hanifah fekahnya mazhab salaf iaitu sebelum zaman Asy-Syairah Maturidiyyah, tetapi mutakhir kini adalah daripada Hanafi mazhab Maturidiyyah.

Tegas beliau, orang zaman dulu tidak berkelahi, berbalah dan berpecah, tetapi sekarang berbalah mengenai salaf dan khalaf kerana tidak membaca sejarah dan ilmu ijtimak serta tidak membaca ilmu masyarakat.

“Kita menghadapi masalah pendekatan, ada yang ‘tasyaddud’, melampau. Tinggi sangat semangat, nak berperang sahaja, tak boleh pilihan raya ini, haram. Akhirnya berperang sama sendiri, berperang secara proksi. Apa yang berlaku di Syria, di Yaman, di Libya, peperangan secara proksi.

“Berperang sesama sendiri dengan senjata Barat, (guna) duit kita, bunuh (orang) kita, cerdik ke ini? Berperang sesama kita dengan senjata kita beli barang, bayar duit kepada orang Barat, perang sesama kita, Barat dapat duit, kita mampus. Ini berlaku di Asia Barat pada hari ini.

“Kita mengharapkan Asia Tenggara dilindungi oleh Allah. Ulama-ulama Asia Tenggara mesti memahami perkembangan politik, jangan baca kitab kuning sahaja, surat khabar kena baca juga, (tapi) jangan ditipu oleh surat khabar pula, ditipu oleh internet. Ada ulama yang kuat baca ‘facebook’, tak baca Quran. Quran tak baca, ‘facebook’ baca, ini satu hal,” nasihatnya.

Tegas beliau, mengikut perkembangan itu, di samping menghadapi serangan pemikiran atau ‘al-Ghazwul Fikri’, perlu juga mengatasi masalah orang Islam yang jahil dan bebal menganut Komunisme, Sosialisme dan Pragmatisme serta seumpamanya.

Kerana katanya, berlaku kumpulan Komunisme yang berada dalam hutan, tetapi melaksanakan ibadah Islam lainnya.

Malah ceritanya, pernah ditulis Pak Hamka di Indonesia terdapai Kiyai yang bersyarah di atas pentas Komunis kerana menganggap tidak ada kena mengena dengan akidah.

“Dia mengaji kitab akidah tidak ada Komunis dalam itu, tak ada Sosialis, yang adanya Asy-Syairah, Maturidiyyah, Muktazilah, Jabariyah, kampung dia tak ada, Muktazilah, jadi komunis. Di sini pun apa kurangnya? Ini kerana kita tidak mengikut perkembangan ‘at-Tafaqquh’ dalam masalah Islam yang perlu kita dalami, kita betulkan,” seru beliau.

Muhasabah & Bangkit Semula

Terdahulu dalam ucapannya itu, beliau menyeru agar dilakukan muhasabah diri dan kerja dilaksanakan dalam melangsungkan tugas Islam melihat sebab kejayaan generasi awal Islam yang tidak dicapai oleh generasi hari ini.

Menurutnya, generasi awal iaitu Rasulullah SAW dan para Sahabat hidup di tengah masyarakat jahiliyah yang paling keras hingga sanggup menanam anak hidup-hidup, berperang sesama sendiri, hidup dalam keadaan berpegang kepada undang-undang rimba,

Malah katanya, betapa keras hati mereka itu seperti keras batu-batu di padang pasir, namun generasi awal berjaya melembutkan mereka dengan Islam.

Terangnya, generasi awal yang menyampaikan Islam selepas kejatuhan Parsi dan Rom, masuk ke Benua India, Pakistan dan Utara India, Asia Tengah atau dikenali dengan Jalan Sutera.

“Bukan sahaja cahaya Islam tidak boleh dipadamkan, bahkan Islam meranapkan ajaran-ajaran yang lain. Sampai hari ini, kawasan itu majoriti umat Islam. Khusus bagi rantau Asia Tenggara, Islam masuk bersama dengan pendakwah-pendakwah, pedagang-pedagang dan peniaga, sehingga Rantau Asia Tenggara menjadi majoriti Islam yang terbesar dalam dunia.

“Hari ini dengan jumlah 300 juta umat Islam. Di mana rahsia kejayaan-kejayaan mereka? Kita hari ini pencapaian yang terlalu ‘slow’, lambat, mengapa? Sudah tentu di sana ada perkara yang tidak kena, yang perlu kita lakukan muhasabah. Saya sebut satu contoh yang menarik bagaimana pendakwah-pendakwah yang membawa Islam di Asia Tenggara ini adalah kalangan orang Islam bermazhab Syafie.

“(Tetapi) berdepan dengan penduduk Asia Tenggara yang menganut agama Hindu Buddha. Kalau kita baca feqah mazhab Syafie tidak menerima ahli zimmah, tak menerima orang bukan Islam melainkan ahli Kitab; Kristian, Yahudi dan Majusi, ini feqah mazhab Syafie. Namun pendakwah yang menegakkan pemerintahan Islam di Asia Tenggara, di Malaysia, di Indonesia, berjaya meng-Islamkan penduduk Hindu dan Buddha,” jelas beliau.

Tegas beliau, perkara itu menunjukkan di sana ada fiqhud Dakwah, fiqhus Siasah dan fiqhul Jihad, iaitu tidak semata-mata fiqhul Ahkam di mana ia sangat perlu difahami oleh ulama-ulama pada hari ini.

Beliau turut menyeru supaya memahami bahawa umat kini sedang mewarisi kerja Islam di zaman Islam sedang dikepung oleh bala tentera Ahzab di zaman terkini dengan cara yang lebih canggih daripada Ahzab di zaman dahulu.

Terangnya, kepungan politik, ekonomi, ketenteraan, media dan lain-lain sedang berlaku namun umat perlu terus yakin bahawa usaha musuh memadamkan cahaya agama Allah tidak akan berjaya. – HARAKAHDAILY 21/7/2017

TUAN Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia tampil buat kali pertama setelah bercuti agak lama di IAPU  dan 'berucap dengan gear 2'.

Kata Tuan Guru, Islam sedang dikepung oleh Tentera Ahzab di zaman kini yang lebih canggih dari ahzab zaman dulu. Walaupun ramainya musuh, cahaya Islam tak akan padam. Jangan anggap cahaya Islam seperti cahaya pelita minyak tanah, boleh dihembus dan padam.

Kita perlu muhasabah, mengapa generasi awal para sahabat bersama Rasulullah s.a.w mencapai kejayaan yang hebat sedangkan mereka hidup dalam masyarakat jahiliyah yang berhati keras dan hidup dengan undang-undang rimba. Kita sekarang pula tak mencapai kejayaan sehebat mereka.

Islam telah tersebar sehingga sampai ke rantau Asia Tenggara dan mengislamkan penduduk di rantau ini yang asalnya menganut ajaran Hindu dan Budha sehingga jadilah Asia Tenggara kawasan majoriti Islam terbesar di dunia dengan kira-kira 300 juta umat Islam. Cahaya Islam bukan setakat tak mampu dipadam malah ia telah meranapkan agama-agama lain.

Tanggungjawab bagi pendakwah yang memahami Islam bukan setakat mengajar tetapi memberikan 'inzar' atau peringatan kepada kaum mereka. Dalam inzar ada unsur dakwah. Inilah peranan yang telah dimainkan oleh ulama dan pendakwah terdahulu. Tanggungjawab memberikan inzar ini telah semakin terhakis dari pendakwah dan ulama kini.

Kita berhadapan dengan masalah dalaman bila ummat sibuk dengan masalah khilafiah dan furu' lalu mempertahankan mazhab masing-masing padahal Imam Syafie belajar dengan Imam Malik dan Imam Hanbali mengaji dengan Imam Syafie lalu para ulama ini telah memainkan peranan menyatukan ummah. Ummah yang terkemudian pula kini sibuk berbahas dalam perkara khilafiah antara mazhab sehingga menimbulkan perpecahan dan perbalahan. Mereka yang berbalah ini tak belajar ilmu sejarah dan tak belajar ilmu kemasyarakatan.

Ada yang terlalu 'tasyaddud' dan keras sehingga hanya fikir nak berperang saja. Akhirnya kita beli senjata dari barat untuk berperang sesama sendiri.

Catatan:
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat @ IAPU Kelantan 2017

ij3

ij1

ij4

ij2

 (Foto daripada fb Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah)

KITA berada dalam majlis yang disifatkan dalam hadis sebagai taman syurga, juga ada malaikat yang khusus mencari majlis ilmu.

Saya ingin sebutkan apa yang saya rasakan dalam hati dan yang dapat saya perhatikan iaitu orang Melayu yang baik, terutama ketika musim haji di mana orang Melayu sangat penyantun.

Jari-jemari kita ini tidak sama, ada pendek dan panjang. Justeru, orang Melayu Islam juga ada kelebihan tersendiri.

Orang lain melihat kamu sebagai orang yang baik. Kalau ini yang disangkakan oleh orang lain, maka kita berusaha untuk lebih membaiki sifat ini.

Kami menyaksikan bahawa kami juga mengasihi kamu. Ini berdasarkan hadis yang disebut oleh Nabi berkenaan mereka yang mendapat perlindungan di bawah naungan Allah iaitu salah satunya ialah dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.

Dorongan yang menyebabkan kami lebih mengasihi kamu ialah walaupun tidak sama dari segi warna kulit, bahasa, jarak yang jauh dari segi geografinya, tetapi Islam mempertautkan kita.

Tidakkah tuan-tuan terasa bagaimana Islam ini yang bermula dengan dakwah di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, sahabat yang merasai takut dan apabila mengucap dua kalimah syahadah, bukanlah satu perkara mudah hingga akhirnya Islam ini masuk ke semua rumah yang ada di timur dan barat sebagaimana yang disebut oleh Nabi.

Dalam Nadwah ini dibincang mengenai kesatuan umat Islam dan kefahaman.

Musuh Islam fokus kepada kelemahan kita. Lihat dua orang anak Adam, Habil dan Qabil, berapa ramai orang yang ada pada masa itu? Tetapi syaitan mewas-waskan antara mereka berdua hingga salah seorang adik beradik itu membunuh saudaranya sendiri.

Maka begitu juga dalam masyarakat yang lebih luas. Permusuhan diwas-waskan oleh syaitan.

Begitu juga kita membaca dalam Al-Qur’an, surah Yusof menggambarkan adik beradik Nabi Yusof benci kepada Yusof dan Bunyamin atas dasar perasaan semata-mata yang diwas-waskan oleh syaitan.

Bila turun surah Yusof? Yahudi bertanya kepada Nabi berkait dengan Bani Israel.
Allah terang bahawa syaitan sentiasa mewas-waskan dalam hati, namun Yusof tidak pernah putus asa dari rahmat Allah.

Penawar kepada Nabi SAW ialah bahawa mereka juga akan dapat kemenangan dan pertolongan Allah seperti Allah telah membantu Nabi Yusof.

Awal abad ini, Perjanjian Sykes-picot ditandatangani. Siapakah di belakang perjanjian ini? Bagaimana keadaan umat Islam ketika itu?

Islam berkembang dari zaman Nabi sehingga zaman Uthmaniyah. Uthmaniyah bermakna timur dan barat dunia di bawah kekuasaan Islam.

Perjanjian ini bermaksud membahagikan tanah umat Islam seperti membahagi pesaka.

Selepas 100 tahun, semenjak dari tahun 1917, kita sekarang pada tahun 2017, kita melihat ada perjanjian lain seolah-olah Sykes-picot baharu. Sejak lebih suku abad, musuh berusaha memecah-mecahkan umat Islam.

Kita melihat peta baharu dunia Arab. Negara baharu muncul, seperti Iraq yang mahu dijadikan tiga buah - mewakili Sunnah, Syiah dan Kurdi. Begitu juga Pakistan yang cuba dipecahkan Baluchistan darinya, demikian juga negara-negara lain. Ini bukan rekaan, tapi perkara yang boleh dilihat terang-terang.

Adakah mereka yang melakar peta ini gila? Syria dibahagi enam, Libya dibahagi lima dan begitulah seterusnya. Macam mana ini boleh berlaku? Penduduk Iraq dibunuh 1.5 juta orang. Setiausaha PBB yang baharu berkata kita mahu tanya adakah orang Kurdi mahu Kurdistan sebagai negara sendiri?

Kita baca Perang Salib atau pelbagai perang, kita dengar ramai yang dibunuh. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Kita rasa pelik. Tapi itulah yang pernah berlaku dalam sejarah.

Dalam dunia moden yang hebat teknologi maklumat, perang Syria telah memakan korban 600,000 nyawa.

Di zaman Nabi, pemuda Aus dan Khazraj pernah bergaduh. Nabi berucap supaya tidak berlaku perang. Bagaimana ia boleh berlaku sedangkan aku masih berada di kalangan kamu?

Musuh ambil peluang dari kelemahan kita. Kita ada masalah dari segi perkauman, mazhab dan lain-lain.

Isu ini tidak akan berakhir dalam masa terdekat. Mungkin ia akan terus parah. Justeru, apa kewajiban kita? Kita mesti yakin dengan bahawa Allah bangkitkan Nabi, Allah akan menzahirkan agamaNya.

Dalam al-Quran, diceritakan Nabi Yusuf sebut supaya orang yang dijangka selamat dari penjara jangan lupa sebut nama Nabi Yusof kepada pembesar, tetapi apabila lelaki itu keluar dari penjara, dia lupakan Nabi Yusof.

Nabi Yusof tinggal beberapa lama dalam penjara. Dalam dunia kini, puluhan ribu pejuang Islam dalam penjara di Mesir, ramai yang dizalimi dalam penjara di negara haram Israel beberapa lama, di Bangladesh juga demikian.

Mereka bertahun-tahun dalam penjara, tetapi tetap yakin dengan janji Allah. Kita membaharui keyakinan itu kalau kita mahu masa depan kita lebih baik. Perbaharui dengan iman yang sungguh kepada janji Allah.

Kita juga mesti hidup sebagai umat, bukan secara peribadi dan keseorangan. Azan sama di mana-mana. Allah mahu kita hidup bersama-sama. Kita diajar solat berjemaah. Kenapa solat berjemaah lebih berpahala dari solat seorang? Hari Jumaat ada solat Jumaat. Umat Islam wajib berpuasa dalam Ramadhan, walaupun berbeza masa dari satu tempat ke satu tempat.

Semua amal ini ada faedah jemaah, tidak membezakan, dalam satu saf, umat yang satu.

Moga Allah tuliskan kita yang ada dalam majlis ini dalam kalangan yang berfikir tentang umat.

Sebelum undur diri saya pohon saudara sentiasa berdoa untuk saudara-saudara Islam kita, saudara kita di Syria, Gaza, Kashmir, Arakan dan lain-lain. Doa itu senjata orang mukmin, doa itu otak ibadah.

Doa Ashabul Kahfi minta beri petunjuk, apa yang ditakdirkan selepas itu ialah generasi berubah tapi mereka (Ashabul Kahfi) kekal dalam gua dan terus hidup selepas itu. (http://ijtimak.asia/)

Petikan ucapan Penolong Setiausaha Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Dr Ghaffar Abdul Aziz pada Persidangan Dakwah Rantau Asia 2017 sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Kota Bharu, Kelantan.
Catatan: Ustaz Nik Muhammad Nasri

MENELUSURI sejarah pejuang kemerdekaan adalah kebiasaan apabila tibanya hari kebesaran negara seperti hari Merdeka. Jauh di sudut kemenangan dan kesenangan (mungkin) yang kita rasai kini tersimpan jerit payah dilalui mereka yang bersama memperjuangkan kemerdekaan.

Sejarah tidak mampu menipu sehinggalah ia dimanupulasikan untuk kepentingan mereka yang jahat. Rosli Dhobi seorang pembunuh, Rosli membunuh untuk merdeka, Rosli guna jalan pintas, dan bermacam lagi tuduhan liar yang tempang untuk generasi sekarang memahami usaha kumpulan pejuang kemerdekaan Sarawak dahulu.

Menuruut Sanib Said, "Peristiwa bersejarah yang harus dikenang dan dihargai adalah peristiwa Rosli Dhoby melancarkan asasinasi berani mati terhadap gabenor penjajah yang merampas hak kemerdekaan Sarawak Darul Hana."

Asasinasi menurut kamus bahasa Inggeris Cambridge ialah: the murder of someone famous or important: an assassination attempt the assassination of the opposition leader. Maka jelas ia adalah sebuah bentuk perjuangan atas dasar untuk menuntut hak asasi atau lebih tepat untuk apa yang dilakukan oleh Rosli Dhobi dan Rukun 13 adalah menuntut kemerdekaan dan kebebasan dari mana-mana penjajah British atau Keluarga Brooke sendiri.

Ada juga golongan yang menyifatkan kumpulan yang menentang British ini adalah mereka yang mahukan pemerintahan dikembalikan kepada Keluarga Brooke. Perlu diingatkan fakta yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak termasuk generasi baru kini adalah, kelompok pembesar Melayu Sarawak yang sedari zaman Kesultanan Brunei tidak mahu negeri ini jatuh ke tangan penjajah.

Mereka sanggup mempertahankan jawatan mereka sehingga di dalam pemerintahan Brooke mereka mampu dan masih lagi memegang jawatan tertinggi termasuk Majlis Tertinggi Kerajaan Negeri Sarawak. Gelaran seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Datu Hakim, Datu Imam dan sebagainya dikekalkan. Kuasa yang mereka pertahankan bukan kerana kedudukan dan kepentingan peribadi, tetapi ia jelas untuk kepentingan umat Islam yang ada di negeri ini.

Selepas penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke pada 1946 dengan habuan diterimamya sebanyak Pound Stelling 200,000 kumpulan Melayu Sarawak ini merasakan ia satu penghinaan kerana maruah Negara Sarawak boleh dijual beli. Maka munculah gerakan menghalau sepenuhnya penjajah dan saki bakinya dari Negara Sarawak. "Kebangkitan kebangsaan Melayu Sarawak pada mulanya dipimpim oleh Datu Patinggi Abang Abdillah dan disokong oleh Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS). Mereka kemudian telah disertai oleh Barisan Pemuda Melayu Sarawak, Persatuan Melayu Miri, Persatuan Melayu Limbang, Persatuan Melayu Simanggang dan Pergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPMS). Perjuangan ini telah menjadi sebuah pergerakan nasionalisme yang mereka namakan Gerakan Anti-Serahan."-Sanib Said

Lihat, kronologi penentangan itu bukan kerana penyerahan Negara Sarawak kepada British, tetapi ia telah lama membuak semenjak kali pertama kaki "orang putih" menjejak bumi Sarawak dan tangan yang banyak mengaut keuntungan hasil negara ini untuk kekayaan peribadi keluarga Brooke.

Keadilan untuk Rosli Dhobi tidak diberikan, dunia gempar seorang remaja bawah umur membunuh wakil kerajaan British yang pernah menjadi Gabenor di Palestin hanya kerana ingin menunjukan protes dan bantahan agar Sarawak di Merdekakan. Rosli dan rakan-rakan telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 2hb Mac 1950

Sekali lagi tarikh keramat untuk Negara Sarawak merdeka pada usia 54 tahun tahun ini. Bagaimanakah sumbangan generasi muda untuk memastikan kelestarian pembangunan dan kestabilan Sarawak akan terus dinikmati? Kesefahaman kita usahlah dicanang hanya sekadar kita pelbagai kaum di Sarawak boleh makan bersama walau berlainan agama dan bangsa, boleh meraikan perayaan bersama walau berbeza budaya namun, kesefahaman sebenar adalah bagaimana kita mahu Sarawak pasca merdeka pemerintahannya tidak menindas mana-mana agama dan kaum, adil dan saksama dalam memberi rasa hasil negeri kepada rakyat jelata, dan paling penting tiada mana-mana kaum yang menjadi penghasut untuk mendominasi dalam apa juak bentuk untuk merampas pemerintahan tanpa menggunakan jalan demokrasi yang sedia ada.

Semangat Sarawak tanah airku sepatutnya tersemat bagai keramat seperti semangat pejuang yang memerdekakan kita hari ini. Hayatilah dari sudut kebenaran sebenar usaha golongan pejuang terdahulu agar kita mengambil ibrah dari peristiwa sejarah dan bukan hanya untuk difilemkan, dikenang dan ditangisi serta terharu sahaja. Ingatlah sejarah mungkin berulang!

“SELIMUTILAH JENAZAH ANAKANDA DENGAN PANJI KEBANGSAAN SARAWAK.”-Isi Surat Rosli Dhobi

"MERDEKA TETAP MERDEKA!"- Isi Surat Awang Ramli. – HARAKAHDAILY 21/7/2017


PENGANJURAN Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-4 di Kota Bharu Kelantan membuktikan bahawa penyatuan umat Islam dalam memastikan Islam terus dipertahankan daripada pelbagai ancaman yang telah dirancang oleh musuh-musuh Islam.

Sejarah lalu berjaya membuktikan apabila umat Islam bersatu berjuang di atas paksi dan akidah yang sama lantas sistem pentadbiran Islam berunsurkan keadilan serta landasan syara' telah memberikan keamanan sehingga tidak wujud golongan tertindas.

Namun peta luka umat Islam mula terzahir tatkala jatuhnya khilafah pada tahun 1924 sehingga kini maruah umat Islam lama kelamaan menjadi boneka serta hilang identiti kekuatan Islam sebenar.

Umat Islam perlu bersama dalam usaha menjadi benteng barisan hadapan apabila Islam dipijak dan dihina tanpa mengira latar belakang budaya, sosio ekonomi, kedudukan geografi kerana ketika kita bersimpuh berdoa memohon bantuan serta pertolongan kita berkiblat kiblat yang sama.

Justeru penganjuran kali ini dengan penyertaan pelbagai negara memberikan isyarat awal , umat Islam perlu sedar betapa mereka adalah sebahagian daripada watak utama dalam memastikan kemenangan Islam lantas membawa panji-panji Islam seantero dunia.

Kejernihan Islam perlu ditampilkan, kekeruhan budaya barat wajib dilenyapkan, kekuatan Islam harus diperkasakan, musuh-musuh Islam perlu dihindarkan, kesucian Islam wajar dipamerkan, kekotoran jahiliyah terus dihapuskan nescaya kita mampu melihat generasi akan datang menikmati Islam sebaiknya.

Ayuh nyatakan solidariti perpaduan ummah dengan sama-sama hadir pada malam kemuncak serta bantahan terhadap tindakan Israel yang menghalang Solat Jumaat di Masjid Aqsa. Jika bukan kita siapa lagi, jika bukan sekarag bila lagi.

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
20 Julai 2017M  l 26 Syawal 1438H – HARAKAHDAILY 20/7/2017

More Articles ...