21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

LAJNAH Asas Tani dan Alam  Sekitar PAS Pusat (LATAS) merakamkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Anggota Jabatan Amal Kelantan dan Pahang yang mengambil inisiatif mengutip sampah di lebuh raya Lipis- Merapoh-Gua Musang hari ini.

Sampah yang dibuang pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut menjelang sambutan Aidilfitri baru-baru ini telah mencemarkan persekitaran dan menyakitkan mata yang memandang.

Sikap ini amat dikesali dan tidak boleh dibiarkan berulang lagi. LATAS ingin menasihati pengguna jalan raya supaya menyediakan beg sampah di dalam kenderaan masing-masing dan dibuang ke dalam tong sampah bila tiba ke destinasi masing-masing.

Tindakan membuang sampah di jalan raya ini seolah-olah cuba menghambakan orang lain yang terpaksa memungut sisa yang dibuang  dari kenderaan sesuka hati. Ini bukan dari ajaran Islam dan nilai mulia masyarakat bertamaddun. Tabiat ini harus dihentikan.

Sikap ini boleh diubah dengan kesedaran diri, keluarga dan masyarakat untuk beramal dengan tuntutan Islam yang mementingkan kebersihan dan tidak menyusahkan orang lain.

Tindakan anggota Jabatan Amal Kelantan dan Pahang ini wajar adalah sikap terpuji dan salah satu proses mendidik masyarakat supaya ringan tulang, sentiasa membantu orang ramai dan mementingkan kebersihan.

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi LATAS – HARAKAHDAILY 28/6/2017

SAYA mencadangkan Perdana Menteri menggantikan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sekarang dengan seseorang yang lebih profesional.

Menteri sekarang, Tan Sri Noh Omar lebih suka bermain politik dan mengambil sikap berkonfrontasi dengan kerajaan negeri. Ini adalah satu sikap yang akan merugikan rakyat.

Saya melihat Timbalan Menteri sekarang, Datuk Halimah Mohamed Sadique lebih berwibawa dan terbuka. Lagipun beliau telah menjadi Timbalan Menteri sejak 2013 maka lebih berpengalaman dari Tan Sri Noh. Maka adalah wajar beliau menggantikan Tan Sri Noh.

Tetapi jika perlu melantik pemimpin dari Selangor, terdapat juga pemimpin BN yang layak mengganti Tan Sri Noh. Datuk Seri Dr Irmohizan Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor adalah salah seorang calon pengganti Tan Sri Noh.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan di dalam isu-isu perumahan demi kebajikan rakyat.

Kami tidak bercakap kosong kerana telah memberikan keistimewaan kepada projek Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Perkhidmatan Awam 1 Malaysia (PPA1M) sama seperti projek Rumah Selangorku. Tetapi Menteri yang terlibat lebih suka mengambil sikap untuk berkonfrontasi dengan kerajaan negeri.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri tidak boleh disalahkan jika mengambil tindakan balas.

Perlu diingatkan kerajaan negeri tidak menghalang pelaksanaan projek-projek PR1MA dan PPA1M di Selangor. Mereka hanya perlu patuh kepada peraturan yang sama seperti pemaju swasta yang lain.

DATUK ISKANDAR A. SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
28 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 28/6/2017

Firman Allah swt dalam surah al Isra' ayat 67:

وَإِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُونَ إِلَّا إِيَّاهُ ۖ فَلَمَّا نَجَّاكُمْ إِلَى الْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ ۚ وَكَانَ الْإِنْسَانُ كَفُورًا

Maksudnya, ".. Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah)..."

norazli1. Pertubuhan Pendukung dan Pencinta [email protected] USTAZ bersyukur dan merakamkan tahniah kepada juruterbang pesawat A330 yang merupakan seorang Muslim yang meminta agar penumpang membacakan doa ketika pesawat berkenaan manghadapi masalah teknikal dalam penerbangannya dari Perth ke Kuala Lumpur baru-baru.

2. Tindakan spontan setiap manusia apabila dalam situasi lemah, terdesak dan ketakutan, nescaya mereka akan kembali kepada pencipta iaitu Allah azza wajalla.

3. Sebagai seorang Muslim, doa adalah "tool" penting dalam setiap urusan. Malah doa dianggap kemuncak pengharapan diletakkan dalam jiwa manusia sesudah mereka melakukan sesuatu perkara. Keyakinan itu bertambah dalam setiap Muslim apabila mereka berdoa kepada Allah swt.

4. Geng Ustaz memuji Kapten dan Juruterbang Airbus A330 berkenaan yang mendidik jiwanya dan seluruh penumpang agar menyerahkan diri kepada Allah swt di kala situasi yang sangat berhajat kepada pertolongan sang Pencipta. Inilah sikap dan seorang Muslim Mukmin.

5. GENG USTAZ juga kesal terhadap Datuk Zaid Ibrahim yang membidas juruterbang berkenaan seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini. Apakah Datuk Zaid tidak menyukai seorang juruterbang yang beriman dan memiliki perasaan jiwa takut kepada Tuhan memandu pesawat? Tidak wajar seorang yang mengaku Islam mempertikai juruterbang berkenaan hanya kerana dia meminta doa dibacakan.

6. Apakah Datuk Zaid ini ketinggalan zaman atau terlepas info, bahawa sudah banyak syarikat penerbangan antarabangsa bertaraf dunia kelas pertama yang memasukkan doa menaiki pesawat dalam prosedurnya? Adalah memalukan sikap Datuk Zaid ini, membuat komentar dalam perkara sebegini. Janganlah sampai tidak menyukai, skeptikal dan prejudisnya terhadap unsur agama Islam. Mungkin Datuk Zaid tidak sedar diri dia berada di darat dalam zon selesa. Cubalah merasai perasaan dan cemasnya penumpang di udara ketika itu,  nescaya Datuk Zaid pun pasti teringat pada Allah swt dengan menadah tangan berdoa.

8. GENG USTAZ juga merasakan syarikat penerbangan di Malaysia yang memasukkan bacaan doa dalam salah satu prosedur memulakan penerbangan atau ketika situasi cemas sebagai langkah yang mulia dan harus dipuji dan dicontohi.

9. GENG USTAZ juga memuji kenyataan Kamaruddin Meranun Ketua Eksekutif AirAsia yang mempertahankan kapten pesawat AirAsia A330 berkenaan atas respons negatif Datuk Zaid Ibrahim. Kenyataan ini adalah gambaran bagaimana masyarakat menolak sikap sebahagian orang yang membenci terhadap Islam.

Tahniah dan Syukur Alhamdulillah.

Daripada:
Ustaz Norazli Musa
Presiden Pertubuhan Pendukung dan Pencinta [email protected] USTAZ
3 Syawwal 1438H / 27 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 27/6/2017

PELUANG pulang ke tanah rancangan Felda di Terengganu adalah ruang yang paling sesuai untuk warga anak Felda di perantauan menyampaikan maklumat perkembangan terkini yang melanda Felda kepada ibu bapa mereka dan juga rakan-rakan sebaya yang menetap di tanah rancangan.

Walaupun zaman gajet dan smat phone memudahkan mereka yang tinggal di Felda mengakses maklumat terkini, cara perkongsian terus adalah cara yang sangat meninggalkan kesan mendalam apabila warga perantau bawa hujah atau maklumat dengan bersahaja dalam setiap sembang bersama teman atau ibu bapa.

Kedudukan mereka berjawatan dan berada di bidang profesional menambahkan lagi keyakinan warga Felda bila golongan ini bercerita dan menyampaikan maklumat sebenar.

Krisis FGV dan Tan Sri Isa Abd Samad yang telah sampai kemuncaknya beberapa minggu lalu meninggalkan satu sejarah hitam bagi warga Felda apabila FGV dan Felda sebelum ini diuruskan di bawah Isa Samad telah mengubah langkap Felda secara menyeluruh.

Aset-aset Felda yang sebelum ini mendatangkan pendapatan atau pulangan kepada Felda dan secara langsung kepada warga Felda kini sudah berpindah tangan kepada FGV. Sejak FGV disenaraikan di BSKL kebajikan pembangunan sosial peneroka Felda terjejas teruk.

Transaksi atau perpindahkan ringgit berjumlah RM17.6 bilion hasil penyenaraian FGV gagal memberi hasil besar kepada warga Felda terutama golongan generasi kedua Felda. Peluang pekerjaan dan sosial ekonomi golongan ini juga gagal dipertingkatkan tidak seindah janji tranformasi yang dijanjikan Perdana Menteri sebelum penyenaraian FGV dibuat.

Kehilangan 360,000 hektar tanah perladangan Felda Plantation yang mendatangkan pendapatan besar kepada kumpulan sebelum ini adalah satu kehilangan aset kepunyaan warga Felda yang tidak dipandang serius oleh peneroka. Hasil tahunan dari tanah ini sebelum ini mencecah RM1.8 bilion setiap tahun.

Sepanjang tempoh tanah ini diserahkan kepada FGV, Felda sudah kehilangan pendapatan melebihi RM6 bilion sehingga kini. Ada sumber mendakwa FGV sepatutnya membayar  saguhati  hasil dari penyerahan ini sebanyak RM500 juta setahun kepada Felda. Namun maklumat dari sumber dalaman menyatakan FGV gagal melunaskan saguhati ini sejak beberapa tahun lalu.

Isu Perumahan Generasi Baharu Felda PGBF di Terengganu juga sangat kritikal. Daripada 21 tanah rancangan Felda di Terengganu, PGBF sehingga kini gagal dilunaskan janji kepada generasi kedua Terengganu.

Satu-satunya PGBF yang sudah siap di Felda Neram, sehingga Jun 2017 masih gagal diagihkan walaupun pembinaanya sejak zaman Pengerusi Felda sebelum ini iaitu Tan Sri  Mohd Yusof Noor. Projek ini sebelum ini dikenali Perumahan Warga Felda PWF sebelum ditukar kepada PGBF.

PGBF di Felda kertih 5 juga terbengkalai sehingga sekarang. Sepatutnya projek ini siap dan boleh diduduki beberapa tahun lalu. Begitu juga di tempat lain seperti Felda Bukit Bading, Chalok Rahmat dan Chalok Barat, hanya papan tanda tanpa sebarang aktiviti pembinaan di atas tapak yang dirasmikan sebelum PRU13 yang lalu.

Projek sentuhan kasih di Felda Tenang juga antara koleksi kegagalan projek ini di Terengganu dan diakui sendiri oleh Exco kerajaan Terengganu tahun lalu dalam satu kenyataan selepas pihak Kongres Rakyat membangkitan isu ini dalam satu persidangan mereka.

Ini antara isu yang perlu diketengahkan oleh Perantau Felda yang masih ada seminggu lagi untuk bersama warga Felda di tempat masing-masing. Ambil lah peluang ini sebaik mungkin dan sudah tentu ianya akan memberi kesan besar dan mendalam jika ianya mampu disampaikan kepada golongan sasaran.

Justeru itu kami Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan Terengganu merayu semua Perantau Felda tidak melepaskan peluang ini, gunakanlah apa jua pendekatan agar kesedaran maklumat ini terus digerakan demi pembelaan kepada kita semua warga Felda Terengganu.

'SELAMAT HARI RAYA'

NARAZA MUDA
Pengerusi GENERASI Terengganu

Surat Terbuka Buat Penduduk Terlibat Zon A Lembah Binjai: Kepentingan Tuan Puan Dijamin Perlembagaan Persekutuan

Ke Hadapan Tuan dan Puan Pemilik Tanah Zon A,

Tuan dan puan, para penduduk Kampung Chepa, Mukim Mentuan yang terlibat dalam Zon A pembangunan Lembah Binjai seluas 45 ekar tidak harus takut, bimbang serta membiarkan diri dipengaruhi oleh hasutan dan salah maklumat yang cuba dimainkan oleh parti pembangkang negeri ini. Dalam konteks pemilikan hartanah, Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa tiada seorangpun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada sesuatu undang-undang boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa membayar pampasan yang mencukupi.

Tuan, Undang-undang yang dimaksudkan di sini adalah undang-undang yang mengurus tadbir soal pengambilan tanah dan mahkamah akan berperanan untuk menentukan perjalanan prosedur yang betul dijalankan dalam hal-hal berkaitan. Tanah itu tidak boleh diambil atau digunakan secara paksa oleh sesiapapun kecuali ada undang-undang yang membenarkan ia dilakukan dengan syarat pemilik tanah dibayar pampasan yang memadai.

Pampasan yang memadai ataupun mencukupi ialah suatu perkara yang akan ditentukan oleh mahkamah kerana pampasan merupakan suatu perkara yang subjektif namun pihak pentadbir tanah akan mengambilkira pandangan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), penilai berdaftar atau apa-apa fakta berkaitan yang munasabah untuk diambilkira semasa perbicaraan nanti sebelum mengeluarkan perintah.

Untuk pengetahuan pihak tuan dan puan juga, para pemilik tanah boleh membuat bantahan kepada pentadbir tanah atau mahkamah sekiranya pampasan yang diberikan tidak mencukupi dan dirasakan tidak memadai. Inilah dia keadilan yang terkandung di dalam Perkara 13 (1) dan 13 (2) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mempertahankan hak tuan tanah serta jaminan dengan maksud pengambilan yang dibuat hendaklah dibayar pampasan yang mencukupi di mana keadaan ekonomi tuan tuan sebagai pemilik tanah tersebut tidak menjadi kurang atau kerugian akibat daripada pengambilan tersebut.

Sebarang pengambilan yang dibuat sekiranya tidak dibayar dengan pampasan yang sewajarnya dan tidak mencukupi akan dianggap sebagai "Ultra Vires" dan boleh dianggap batal atau tidak sah mengikut Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan negara ini.

Apakah pula kaitan dengan tuduhan kerajaan negeri mewartakan kawasan ini kononnya secara "senyap-senyap"? Perlu diketahui bahawa proses pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 ini sememangnya bermula dengan pengeluaran warta dan diikuti dengan siasatan di Pejabat Tanah. Pihak tuan tuan, sebagai individu yang berkepentingan perlu hadir semasa siasatan bagi membolehkan Pentadbir Tanah menentukan pihak pihak yang berkepentingan di atas tanah bagi tujuan bayaran pampasan. Jadi tidak timbul isu dan tuduhan "mewarta secara senyap" seperti yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak kerana kerajaan telah bertindak melalui saluran undang undang yang sah.

Dan mengikut laporan, pihak MPKB baru sahaja memanggil pemilik kepada 14 buah rumah yang terlibat dalam tanah seluas 45 ekar ini untuk satu dialog khas, mungkin ada antara tuan puan terlibat dalam program tersebut. Manakala selepas notis keluar nanti, tuan akan di panggil semula oleh Pejabat Tanah bersama sama dengan semua pemilik berdaftar yang lain yang mana setiap daripada tuan akan diberi peluang untuk menjawab bagi pihak diri masing masing. Ini sekaligus menolak dakwaan dan tuduhan kononnya kerajaan melalui agensinya hanya memilih untuk memanggil beberapa orang sahaja untuk berbincang.

Semoga surat ini sedikit sebanyak memberikan pencerahan kepada tuan puan sekalian. Dan memberikan satu sudut pandang bahawa kerajaan negeri serta pihak yang berwajib telah dan sedang mematuhi segala undang undang dan peraturan sedia ada.

NAZMAN CHE IBERAHIM
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan. – HARAKAHDAILY 27/6/2017

SAYA cuba mengagak bila agaknya Datuk Zaid Ibrahim berdoa kepada tuhannya? Bila saatnya?

Nik AbduhDemikian pertanyaan dilontarkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi laman facebook, malam tadi ekoran catatan Zaid di twitter berhubung insiden membabitkan pesawat AirAsia Airbus A330 dari Perth ke Kuala Lumpur pada pagi kelmarin.

Berikut tulisan Nik Abduh.

Saya cuba mengagak bila agaknya Dato Zaid Ibrahim berdoa kepada tuhannya? Bila saatnya?

Di dalam al Quran di banyak tempat, Allah menggambarkan saat kegetiran terumbang-ambing dibadai gelora besar di tengah lautan (apatah lagi kalau di langit tinggi seperti kes penerbangan AirAsia semalam), seluruh penumpang kapal yang tak pernah ingat Allah pun akan mengangkat tangan berdoa memohon pertolongan dan pembabasan daripada kecelakaan.

Ia adalah fitrah manusiawi yang tersembul keluar dari dalam diri manusia hatta mereka yang hidup penuh alpa daripada mengingati Allah sekalipun. Saat bersabung nyawa disapa takdir alam milik-Nya adalah saatnya Allah tunjukkan kepada manusia hakikat kehidupan. Mereka perlukan Allah. Allah-lah empunya langit bumi dan segala kejadiannya.

Saya doakan saatnya nanti, fitrah Dato Zaid Ibrahim akan tersembul keluar. Biar Allah tunjukkan dengan hikmat-Nya bahawa untuk menagih harapan hidup dan umur lebih panjang, dia akan dipaksa fitrahnya untuk turut berdoa kepada tuhannya.

Setakat ini, jawaban yang saya dapat ialah mengapa ada juga Melayu muslim yang begitu marah dan bencikan PAS. Ya, kerana PAS mengajar ahlinya untuk sentiasa BERDOA semoga PAS berjaya mara ke Putrajaya nantinya.

Orang berpuasa di bulan Ramadhan akan merindui doa. Orang tak puasa memang sah akan menolak doa. Saya tak jumpa lagi kes orang puasa tolak doa. Mungkin ini kes pertama?

PERHATIKAN siapa yang jadi agen Sarawak Report untuk tadah beg James Bond kutip crowdfunding di Malaysia bagi mencari dana untuk lawan Presiden PAS di Mahkamah London.

Dr AzmanYang bantu itulah mereka yang manusia sehati dan sejiwa dengan Sarawak Report untuk berkonfrantasi dengan perjuangan Islam yang didukung PAS di Malaysia.

Angka £30,000 tak sukar untuk dikumpulkan oleh Sarawak Report kerana kufar dan yang sewaktu dengannya akan bersatu hati bagi menentang Islam dan perjuangan Islam. Kalau tak cukup, boleh minta dengan deretan nama-nama besar tauke barat dan Yahudi yang kaya raya. Angka sebanyak itu sekadar celah gigi saja.

Mereka yang sayangkan Islam perlu melihat bahawa fitnah 90 juta ini bukan ditujukan kepada batang tubuh Presiden PAS seorang diri dan bukan juga kepada parti PAS kerana namanya PAS tetapi kerana peranan yang dimainkan oleh PAS sebagai benteng Islam di bumi Malaysia. Maka kerana itu imej PAS perlu dirosakkan. Fitnah ini ditujukan kepada PAS kerana perjuangan Islam. Berjaya merosakkan imej PAS bermakna berjaya merobohkan sebahagian dari benteng Islam yang berdiri teguh di Malaysia. Kalau PAS sebuah parti sekular, pastinya PAS tak akan berhadapan dengan fitnah yang jijik ini.

Tapi begitulah sunnah Allah. Dalam perjuangan getir ini, kalau kita merasa sakit maka musuh kita juga merasa sakit. Lebihnya di pihak PAS kerana kita ada Allah sebagai tempat berharap, apa yang mereka tak harapkan.

Kalau kita disindir tadah tin Milo, mereka pula tadah beg James Bond! Pokoknya kutip derma dari publik juga. Maknanya mereka pun sakit juga. Kalau kita tak tidur malam, apa kurangnya mereka.

Jangan ingat PAS ini parti Tok Lebai yang ahlinya 'orang darat' kilas kain pelikat berselipar Jepun. Bunyi Mahkamah London pun dah kecut perut. Nak jijak kaki di London pun sesat kebarat, apatah lagi nak failkan saman!

Untuk Rekod Presiden PAS pernah menang kes saman lawan Daily Mirror, sebuah akhbar berpangkalan di London pada tahun 2007 apabila akhbar yang berpangkalan di London tersebut menyiarkan gambar Presiden PAS dan mengaitkan Tuan Guru Presiden dengan beberapa siri keganasan dan pengeboman di United Kingdom. Akhirnya Daily Mirror terpaksa bayar ganti rugi dan mengemukakan permohonan maaf. Mungkin Sarawak Report miss dengan rekod ini. - HARAKAHDAILY 27/6/2017

More Articles ...