17
Wed, Jul
40 Artikel Baru

PAS menafikan dakwaan yang dibuat oleh Dr Rais bahawa perundingan antara PAS dan Bersatu gagal disebabkan lima individu yang disenaraikan beliau, sebaliknya punca utama ialah sikap dan kenyataan pimpinan utama Bersatu berhubung agenda memperkasakan dasar Islam dalam pentadbiran dan perundangan termasuk RUU355, dan serangan terhadap PAS itu sendiri oleh tokoh mereka.

Perundingan antara PAS dan Bersatu adalah mandat Jawatankuasa PAS Pusat yang telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perundingan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden manakala Dr Ahmad Samsuri, YB Dato' Dr Khairuddin, YB Ustaz Nasaruddin Hassan adalah anggota JK Perundingan tersebut.

Adalah tidak benar meletakkan kegagalan perundingan kepada anggota JK Perundingan.

PAS menggantung perundingan disebabkan beberapa kenyataan Tun Mahathir khasnya yang bertentangan dengan dasar dan perjuangan PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
16 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 16/5/2017

Institut Jantung Negara,
16 Mei 2017.

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah berjaya menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Dato' Seri Abdul Hadi telah mengalami peningkatan simptom disebabkan oleh injap jantung yang bocor. Keadaan ini telah menjejaskan aktiviti harian beliau, maka doktor menasihatkan agar pembedahan injap jantung tersebut dilakukan.

Pada masa ini Dato' Seri Abdul Hadi dirawat di Unit Rawatan Rapi IJN di mana keadaan beliau akan dipantau untuk beberapa hari sebagai sebahagian daripada rutin bagi pembedahan jantung.

48 jam akan datang adalah tempoh yang penting selepas pembedahan dan beliau akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan jururawat di Unit Rawatan Rapi.

Awal pagi tadi, Dato Seri Abdul Hadi telah menjalani pembedahan jantung selama 3 jam dilakukan oleh panel doktor yang diketuai oleh:

Dato' Seri Dr Mohd Azhari Yakub - Perunding Kanan dan Pakar Bedah Kardiotorasik yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IJN,

Dato' Sri Dr Jeffrey Jeswant Dillon - Ketua Pembedahan Kardiotorasik dan Dato' Dr Suhaini Kadiman - Timbalan Ketua Jabatan Anestesiologi.

Para doktor merasa gembira dengan prosedur yang berlangsung seperti yang dijangkakan dan setakat ini parameter penting menunjukkan beliau stabil dan (doktor) telah menasihatkan supaya Dato' Seri Abdul Hadi tidak menerima pelawat (luar) kecuali daripada ahli keluarga terdekat.

Sekian.

Terjemahan dan Edaran
Oleh: Lajnah Penerangan PAS Pusat

DETIK 16 Mei merupakan tarikh penting bagi menghargai jasa seorang pendidik melalui sambutan Hari Guru. Sambutan khas sebagai pengiktirafan terhadap perjuangan seorang guru ini merupakan sambutan yang seharusnya diingati bersama.

Sesungguhnya tugasan menyampaikan ilmu sangat mulia di sisi Islam sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" [Surah Fussilat: 33]

Segala pengorbanan dan keikhlasan kalian sangat kami hargai dan tiadalah ucapan terbaik melainkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami sampaikan. Semoga segala amalan dan jerit perih melalui perjuangan seorang guru mendapat balasan di akhirat kelak.

Ketahuilah, keikhlasan dan sumbangan kalian yang tidak jemu dalam mendidik dan mengajar ilmu akhirat dan dunia inilah yang sebenarnya melahirkan jiwa-jiwa yang takutkan Allah dan cintakan Rasulullah SAW sejak dari kecil lagi.

Sesungguhnya Allah menjanjikan nilaian ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang tidak jemu menyampaikan ilmu. Hayatilah kisah junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah berputus asa menyampaikan ilmu melalui dakwah Baginda.

Nabi Muhammad SAW sudah berjaya pada hari Baginda membentuk insan bertunjangkan pemikiran Islam. Ramai kalangan musuh yang awalnya menentang perjuangan Baginda, namun pada akhirnya cinta terhadap Islam. Semua ini adalah hasil usaha menyampaikan ilmu tentang keindahan Islam secara berterusan.

Justeru, kami DMPM mendoakan para guru diberikan kesabaran dan dipermudahkan segala urusan demi melahirkan modal insan yang berjaya dunia dan akhirat. Teruskanlah perjuangan dan usaha kalian, yakinlah, Allah taala sahajalah sebaik-baik pemberi balasan.

Akhir kata, DMPM juga berharap sistem pendidikan negara dibaikpulih supaya ia tidak membebankan pelajar dan pendidik. Besar harapan kami untuk melihat keberhasilan pendidikan negara melalui pembudayaan ilmu yang sebenar, bukan sekadar berorientasikan kejayaan peperiksaan semata-mata.

"Guru Pembina Negara Bangsa"
“Muslimat Memacu Kemenangan”

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
20 Syaaban 1438 / 16 Mei 2017

DEWAN Ulamak PAS Negeri Selangor memandang dengan prihatin dan serius kejadian pendakwah dan penceramah yang ditahan oleh Jabatan Agama Negeri Selangor berkenaan isu tauliah mengajar sebagaimana dilaporkan dalam Berita Harian 14 Mei 2017.

Difahamkan bahawa kejadian penahanan Jabatan Agama terhadap para penceramah disebabkan ketiadaan tauliah mengajar menurut Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah menjadi sesuatu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor pernah menganjurkan program tauliah berkelompok bagi kemudahan para asatizah memperolehi tauliah mengajar daripada JAIS.

Oleh itu, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyeru semua asatizah dan pendakwah agar mendapatkan tauliah mengajar negeri Selangor bagi menghormati undang-undang Enakmen dan peraturan Pentadbiran Agama Negeri Selangor.  

Diharap para asatizah dan pendakwah terus istiqamah menyumbang dakwah dan tarbiyyah kepada rakyat negeri Selangor yang dambakan sentuhan ilmu di negeri yang terkenal dengan kesuburan majlis ilmu.

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
Setiausaha
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 16/5/2017

PEMBEBASAN bumi Palestin kembali ke pangkuan yang berhak perlu menjadi komitmen umat Islam dan warga dunia. Hasrat keamanan mesti terus bersinar dan berkobar dalam sanubari manusia sejagat agar tragedi 15 Mei 1948 atas kemanusiaan dari kezaliman regim Zionis itu tidak berulang di mana-mana bahagian dunia.

Kami percaya, pembelaan terhadap keganasan berusia 69 tahun itu wajib diingati dan diperjuangkan sehingga Israel menghentikan penindasan dan pencabulan hak ke atas bumi umat Islam itu. Dunia yang membisu perlu terus dikritik atas sikap hipokrit dan mengabaikan hak secara diskriminasi serta menutup mata atas kejahatan di satu pihak.

Hati nurani dunia sedang mengadili dan memerhati cita-cita murni agar kerakusan dan tindakan ketenteraan yang terjadi ditangani secara saksama. Oleh itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa melaksanakan resolusi-resolusi yang telah dipersetujui selama ini tanpa alasan lagi.

Kami kesal, di sebalik pelbagai rundingan keamanan dan gencatan senjata, Palestin terus ditekan dan dikasari. Wilayah negara itu kian mengecil dan disulitkan untuk menerima akses secara bebas. Ia kongkongan tidak wajar yang memerlukan penegasan dan tindakan badan dunia agar kesengsaraan itu ditamatkan segera.

Masyarakat dunia juga wajib mengambil iktibar dari tragedi dan kekerasan yang masih berlangsung bahawa pada bila-bila masa perkara seumpama boleh berlaku di mana sahaja sepertimana kini di Rakhine, Myanmar. Tindakan keganasan sepertinya yang tidak ditangani hanya akan mengundang ektremisme lebih menakutkan.

USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 16/5/2017

GURU Ibarat Lilin... Memamg ini perumpamaan yang dekat dengan sifat seorang guru,  dia membakar diri menerangi kegelapan malam.

Namun siapa sahaja yang tahu kepenatan, jerih perit seorang guru pada ketika ini berdepan cabaran mendidik anak bangsa.

Apatah lagi dengan pelbagai dasar bertukar ganti setiap kali tukarnya Pak Menteri. Mereka yang membuat dasar secara sewenang mendesak guru segera mengaplikasi dasar baharu hingga guru juga terkorban,  berdepan tekanan.

Anak, isteri atau suami sudah kerap kali menjadi perkara kedua dalam hidup mereka kerana memfokuskan diri kepada kerjaya yang mulia ini.

Setiap tahun, tanggal 16 Mei merupakan hari yang bermakna bagi menunjukkan perhargaan yang tidak terhingga buat insan bergelar guru yang tabah dan gigih dalam mendidik serta mempersada ilmu pengetahuan.

Tidak sedikit pengorbanan para guru saban hari melayan pelbagai kerenah anak didik di samping bebanan rutin kerja harian yang pastinya memenatkan.

Kami di Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan amat menyanjung tinggi tugas guru apatah lagi guru kerjaya mulia yang mana dalam sirah Nabi meletakkan Rasulullah SAW  Ikon seorang guru yang berjaya mendidik umat manusia menjadi insan yang berilmu dan bertakwa kepada Allah.

Lahirnya Perdana Menteri,  menteri,  wakil rakyat,  dan mereka yang tersohor, sanada profesor, jurutera,  doktor, dan segala kepakaran lain juga bermula dengan didikan guru, dengan izin Allah tanpa insan bergelar guru.

Masakan mereka semua mampu meniti kejayaan bergelar orang ternama tanpa didikan awal seorang guru.

Ini membuktikan sumbangan guru bukan kecil nilainya dalam rangka membentuk generasi terbilang yang pastinya menghasilkan masa depan bangsa, negara dan ummah yang gemilang.

Mahu tidak mahu, kita semua akui kerjaya seorang guru berdepan pelbagai rencam sama ada sikap masyarakat yang terkadang kurang memberi galakan,  malah menyerahkan sepenuhnya kepada guru dan mengibaratkan guru sebagai 'penjaga anak'menjadikan mereka semakin tertekan.

Kepada kerajaan yang memerintah,  jangan dilupai jasa guru ini kerana yang memerintah ini juga sebelum ini dilatih dan diasuh insan bergelar guru.

Berikan perhatian kepada kebajikan mereka,  samada perubahan elaun,  skim gaji yang lebih baik dengan peralihan yang lebih sesuai berdasarkan tekanan dan kerja buat guru ketika ini.

Kepada insan yang bergelar guru, teruskan usahamu mendidik anak bangsa. Biar terbakar umpama lilin menerangi kegelapan,  biar jasamu terus menjadi bukti melahir anak bangsa, demi nusa, bangsa dan agama-Nya.

Selamat Hari Guru

KHAIRUL YAZMAN YAHYA
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan – HARAKAHDAILY 16/5/2017

SENARAI penuh Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat Sesi 2017-2019

Mesyuarat Kali Pertama Dewan Ulamak PAS Pusat sesi 2017-2019 telah diadakan pada 14 Syaaban 1438H bersamaan 10 Mei 2017 (Rabu) bertempat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur telah bersidang dan bersetuju melantik AJK Harian, AJK Kerja Tambahan dan pembentukan portfolio-portfolio serta penjawat-penjawatnya seperti maklumat berikut:

A. AHLI JAWATANKUASA HARIAN:
 
1.Ketua: Ustaz Dato’ Dr. Haji Mahfodz bin Mohamed
2.Timbalan Ketua: Ustaz Dato’ Dr. Haji Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
3.Naib Ketua: YB. Senator Ustaz Dato’ Dr. Haji Johari bin Mat
4.Setiausaha: Ustaz Haji Nazri bin Zin
5.Penolong Setiausaha 1: Ustaz Wan Ahmad Rasyidi bin Wan Othman
6.Penolong Setiausaha 2: Ustaz Mohd Azwan bin Baidawi
7.Penolong Setiausaha 3: Dr. Ustaz Abdul Fatah bin Yusof
8.Bendahari: YB. Ustaz Dato’ Dr. Haji Mohd Khairuddin bin Aman Razali At-Takiri
9.Ketua Penerangan: Ustaz Mohd Asri bin Daud
10.Pengarah Pilihanraya Ulamak: Ustaz Haji Khirul Muntanazar bin Ismail

B. AHLI JAWATANKUASA KERJA:

1.Prof. Dr. Ustaz Haji Badruzzaman bin Yusof
2.Ustaz Haji Muhammad Zain bin Abdul Rahman
3.Ustaz Dato’ Haji Husin bin Awang
4.Ustaz Haji Ismail bin Osman
5.Ustaz Haji Zulkifli bin Ismail
6.Ustaz Haji Nazmi bin Nik Din
7.Dr. Ustaz Haji Azahari bin Aripin
8Ustaz Haji Mohd Ismi bin Md Taib
9.Ustaz Haji Zuridan bin Mohd Daud At-Temini
10.Ustaz Haji Mohd Kamal bin Osman
11.Ustaz Haji Zaharuddin bin Mohammad
12.Brigadier Jeneral (B) Ustaz Dato' Haji Najmi bin Ahmad
13.Ustaz Zulkarnain bin Hassan
14.Ustaz Mohd Zuhaili bin Saiman
15.Dr. Ustaz Ahmad Mouhyideen bin Hasin
16.YB. Ustaz Ahmad bin Yahya
17.Ustaz Ibrahim bin Zakaria
18.Ustazah Ana Mastura binti Ismail

C.PENJAWAT-PENJAWAT PORTFOLIO:

1.JABATAN SETIAUSAHA
i.Pengerusi: Ustaz Haji Nazri bin Zin

2.JABATAN BENDAHARI
i.Pengerusi: YB. Ustaz Dato’ Dr. Haji Mohd Khairuddin bin Aman Razali At-Takiri

3.JABATAN PILIHANRAYA ULAMAK
i.Pengerusi: Ustaz Haji Khirul Muntanazar bin Ismail

4.LAJNAH PENERANGAN
i.Pengerusi: Ustaz Mohd Asri bin Daud
ii.Timbalan Pengerusi: YB. Ustaz Ahmad bin Yahya

5.LAJNAH POLITIK
i.Pengerusi: Dato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz bin Mohamed
ii.Timbalan Pengerusi 1: Ustaz Dato’ Dr. Haji Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
iii.Timbalan Pengerusi 2: YB. Senator Ustaz Dato’ Dr. Haji Johari bin Mat

6.LAJNAH TARBIYAH
i.Pengerusi: YB. Senator Ustaz Dato’ Dr. Haji Johari bin Mat
ii.Timbalan Pengerusi 1: Ustaz Zulkarnain bin Hassan
iii.Timbalan Pengerusi 2: Ustaz Haji Zuridan bin Mohd Daud At-Teminie

7.LAJNAH IT DAN MEDIA BARU
i.Pengerusi: Ustaz Haji Nazmi bin Nik Din
ii.Timbalan Pengerusi: Ustaz Haji Mohd Kamal bin Osman

8.LAJNAH PEMBANGUNAN EKONOMI
i.Pengerusi: YB. Ustaz Dato’ Dr. Haji Mohd Khairuddin bin Aman Razali At-Takiri
ii.Timbalan Pengerusi: Ustaz Ibrahim bin Zakaria

9.LAJNAH HUBUNGAN LUAR DAN ANTARABANGSA
i.Pengerusi: Ustaz Haji Mohd Ismi bin Md Taib
ii.Timbalan Pengerusi: Prof. Dr. Ustaz Haji Badruzzaman bin Yusof

10.LAJNAH PERKADERAN ULAMAK PELAPIS
i.Pengerusi: Ustaz Mohd Zuhaili bin Saiman
ii.Timbalan Pengerusi: Ustaz Khairul Anuar bin Ismail

11.LAJNAH DAKWAH DAN HUBUNGAN ANTARA KAUM
i.Pengerusi: Dr. Ustaz Haji Azahari bin Aripin
ii.Timbalan Pengerusi: Ustaz Haji Zulkifli bin Ismail

12.LAJNAH PEMBANGUNAN ALIMAT, KELUARGA & MASYARAKAT
i.Pengerusi: Ustazah Ana Mastura binti Ismail
ii.Timbalan Pengerusi: Ustazah Azalinda binti Ismail

13.MAJLIS PENDIDIKAN PAS (MPP)
i.Pengerusi: Dato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz bin Mohamed
ii.Timbalan Pengerusi: Ustaz Haji Ismail bin Osman

14.KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD (KUIZM)
i.Pengerusi Lembaga Pengarah: Ustaz Dato' Dr. Haji Mahfodz bin Mohamed
ii.Timbalan Pengerusi: Ustaz Dato' Dr. Haji Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
iii.Rektor: Dr. Ustaz Haji Mohd Zuhdi bin Marsuki

15.INSTITUT KAJIAN ISLAM DAN STRATEGI (iKIS)
i.Pengerusi: Ustaz Dato’ Dr. Haji Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
ii.Timbalan Pengerusi: Ustaz Haji Zaharuddin bin Mohammad
iii.Pengarah Operasi: Dr. Ustaz Ahmad Mouhyideen bin Hasin

16.AKADEMI LATIHAN KEPIMPINAN ULAMAK (ALKU)
i.Pengerusi: Dr. Ustaz Abdul Fatah bin Yusof

USTAZ NAZRI ZIN
Setiausaha
Dewan Ulamak PAS Pusat
Sesi 2017-2019 – HARAKAHDAILY 16/5/2017

More Articles ...