21
Sat, Sep
28 Artikel Baru

ISU penghinaan ke atas Rasulullah SAW menerusi karikatur yang mempersendakan perkahwinan Baginda SAW dengan Sayidatina Aisyah yang berusia muda adalah satu tindakan yang sangat melampaui batasan.

UMohdAsri 2Perbuatan Foo Sing Wai menerusi karikatur tersebut mesti diambil tindakan tegas. Secara jelas, perbuatan tersebut tidak menghormati sensitiviti agama Islam yang merupakan agama Persekutuan serta mengguris perasaan lebih 17 juta penganut agama Islam yang merupakan majoriti rakyat di Malaysia.

Malah, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) pada tahun 2018 memutuskan bahawa adalah menjadi satu kesalahan berat memfitnah Nabi Muhammad SAW. Ia merujuk kepada kes di negara Austria apabila seorang wanita berusia lewat 40-an yang hanya dikenali sebagai ES membuat dakwaan dalam dua seminar awam pada tahun 2009 bahawa perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aishah sebagai perbuatan fidofilia. 

Negara Malaysia yang dipimpin oleh pemimpin beragama Islam serta wujud jawatan khas yang menjaga hal ehwal Islam digesa mengeluarkan segera kenyataan tegas dalam hal ini. Selain itu, tindakan tegas mesti diambil. Ini kerana karikatur menghina Rasulullah SAW bukanlah isu baru dan pertama kali. Ia bagaikan suatu rancangan yang disengajakan dan mempunyai rangkaian luar dan dalam negara.

Banyak kali karikatur berunsur penghinaan ini dilontar ke dalam dunia Islam bagi mengundang kemarahan umat Islam. Mempertahankan Rasulullah SAW adalah termasuk daripada bahagian mencintai Baginda SAW yang mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Sabda Baginda SAW dalam sebuah hadis:

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Maksudnya: “Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dia akan merasai kemanisan iman: seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya, tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah dan membenci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa agar pihak kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan amaran segera serta mengambil tindakan yang tegas terhadap pemilik akaun Facebook yang bernama Foo Sing Wai.

Ini jelas apabila karikatur penghinaan Rasulullah SAW adalah satu tindakan yang sangat biadap tanpa boleh dimaafkan. Tindakan penghina tersebut juga hakikatnya tidak menghormati Perlembagaan dan ruang demokrasi apabila mengundang kemarahan majoriti rakyat daripada kalangan penganut Islam.

Malah, di peringkat antarabanga sekalipun ia tidak diterima sebagai kebebasan bersuara kerana melampaui batasan kemanusiaan. Awas! Pemimpin Islam dalam kerajaan PH, anda sedang diperhatikan oleh rakyat kalangan penganut Islam khususnya sama ada anda mampu menjaga kesucian agama Islam atau sebaliknya.

MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 19/2/2019

BERDASARKAN kiraan masa, hari ini sudah genap 9 bulan 10 hari Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan negara sejak Pilihan raya Umum ke-14. Kalau diikutkan proses kehamilan manusia, selepas 9 bulan, seorang bayi yang cukup sifatnya bakal lahir ke dunia. Berita gembira buat si ibu dan keluarga.

SHAHIR2Namun begitu, lain pula ceritanya dalam politik tanah air. Janji 10 perkara dalam masa 100 hari masih samar-samar. Terbaru, berlaku pula pergelutan kuasa sesama sendiri, hingga mengheret parti pembangkang seperti PAS untuk memperbaiki keadaan.

Hari ini, seorang pemimpin DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau, menerusi laporan portal berita online, mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, meletak jawatan kerana memperlekeh manifesto Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 yang lalu. Beliau turut menyelar tindakan PPBM menerima bekas ahli Parlimen Umno.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa kepimpinan Pakatan Harapan agar fokus dalam mentadbir negara dan kurangkan drama politik. Sejak memegang tampuk pemerintahan negara, nilai matawang Ringgit jatuh merundum berbanding matawang lain, termasuk Thai Baht dan Singapore Dollar.

Sehingga kini tiada pelaburan besar dibawa masuk oleh menteri-menteri, menyebabkan Perdana Menteri terpaksa mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Di sebalik kegawatan ekonomi yang tidak dapat diperbetulkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, beliau pula kelihatan teruja untuk memberi komen mengenai perjumpaan antara Perdana Menteri dan pemimpin PAS.

Namun begitu, hari ini terbukti bahawa perkara yang diberitahu oleh pemimpin PAS semalam, merujuk kepada solidariti YB Ahli Parlimen PAS seramai 18 orang untuk menyokong kepimpinan Tun Mahathir sehingga PRU15, adalah suatu perkara yang benar. Open attack daripada pemimpin DAP Johor tersebut merupakan serangan awal pertama yang ditujukan kepada pentadbiran Perdana Menteri.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia juga mendapati bahawa kempen PRK Semenyih, Pakatan Harapan tidak semeriah PRK sebelumnya, kerana pemimpin dari parti lain dalam Pakatan Harapan kebanyakannya tidak hadir berkempen. Tiada kelibat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim Kit Siang. Ini jelas menunjukkan petanda berlakunya “masalah rumah tangga” yang parah. Nampaknya, DAP, PKR dan PAN sudah tidak sebulu dengan PPBM.

“Perkahwinan” antara Pakatan Harapan ini dilihat sudah retak. Berkemungkinan besar, tempoh 9 bulan ini hanyalah tempoh “pernikahan” paling singkat dalam sejarah Malaysia sebagai sebuah pakatan yang membentuk kerajaan.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia sekali lagi menggesa agar pemimpin politik kerajaan memberi fokus kepada hal ehwal negara dan kebajikan rakyat, bukan lagi bermain politik siapa yang menjadi Perdana Menteri. Rakyat sudah memilih pada PRU14 dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan. Rakyat di bawah mahukan kerajaan yang boleh beroperasi demi kebaikan rakyat dan negara.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendirian bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir perlu diberi ruang untuk memimpin Malaysia, tanpa gangguan politik yang melemahkan pentadbiran kerajaan. Cubaan untuk menukar Perdana Menteri secara mendesak bukan sahaja merumitkan perjalanan pentadbiran negara, malah memberi impak besar kepada ekonomi Malaysia dan reputasi negara di peringkat antarabangsa.

Demi Bangsa Malaysia!

SHAHIR ADNAN
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera
19 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 19/2/2019

PAS Negeri Perak mengecam dan mengutuk tindakan beberapa pemilik akaun Facebook (FB) yang didapati menghina Nabi Muhammad S.A.W dan isteri Baginda S.A.W melalui karikatur sepertimana yang dilakukan oleh pemilik FB bernama Foo Sing Wai.

Tindakan ini dilihat semakin menjadi-jadi dan menguji kesabaran umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. Tindakan ini dibimbangi akan mencetuskan satu suasana yang tidak baik kepada negara dan boleh mengundang rusuhan agama. Sebagai sebuah negara yang berbilang agama dan bangsa, sepatutnya isu-isu sensitif seperti ini hendaklah dielakkan, demi menjaga keamanan dan keharmonian antara kaum yang dinikmati selama ini.

Sehubungan itu, PAS Negeri Perak menggesa pihak berwajib iaitu PDRM dan SKMM untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun ini dan juga mana-mana pihak yang didapati cuba mencetuskan ketegangan agama.

PAS Negeri Perak juga menggesa kepada semua pihak yang cintakan Islam agar membuat laporan polis di daerah masing-masing bagi mendesak pihak berkuasa bertindak ke atas pemilik akaun ini.

Akhirnya PAS Perak menyatakan akan terus membuat bantahan dan kecaman sekiranya isu ini tidak ditangani dengan sebaiknya. Kami juga akan terus mempertahankan kemuliaan dan keagungan Baginda Rasulullah S.A.W.


YB HJ RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya
PAS Negeri Perak - HARAKAHDAILY 19/2/2019

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mahu individu berbangsa Cina, pemilik akaun Facebook Foo Sing Wai yang telah menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda dikenakan hukuman berat.

Tindakannya sangat kurang ajar, biadap dan tidak menghormati sensitiviti majoriti umat Islam di Malaysia.

nasrudinPAS kesal sudah banyak laporan polis dibuat terhadap mereka yang sengaja memuat naik tulisan memburukkan agama, umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, tetapi tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka.

Jangan berselindung di sebalik hak kebebasan semata-mata untuk menghina Islam.

Tindakan biadap seperti ini semakin menjadi-jadi sejak kemenangan PH dalam PRU lalu. Apa yang pelik, mereka seolah-olah semakin berani dan tidak takut dengan tindakan undang-undang.

PAS memberi amaran kepada mereka untuk tidak sesekali cuba untuk meranapkan keharmonian masyarakat di Malaysia.

PAS turut mempersoalkan apakah perkembangan laporan polis yang telah dibuat oleh ramai pihak terhadap kebiadapan mereka.

Adakah pihak polis masih melakukan siasatan atau mengabaikan laporan-laporan tersebut?

Demikian juga Menteri Agama, di mana beliau? Beliau kelihatan agresif dalam isu LGBT, isu kumpulan LTTE dan lain. Kenapa isu penghinaan terhadap Nabi SAW tiada tindakan segera?

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
14 Jamadil Akhir 1440 | 19 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 19/2/2019

KEBERANIAN menghina agama Islam dan mencipta persepsi negatif terhadap Nabi Muhammad SAW menjadi fenomena kebelakangan ini yang boleh mencetuskan kebangkitan dan kemarahan umat Islam untuk mempertahankan agama mereka.

Kita dapat melihat apabila adanya posting seorang netizen Foo Sing Wai yang menghina Rasulullah SAW. Perbuatan biadap ini semakin menjadi-jadi di bawah kerajaan PH yang didominasi DAP ketika ini.

Dalam al-Quran telah jelas Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya” [Surah as-Soff: 8]

DMPM menyedari hakikat bahawa hal ini berlaku kerana musuh-musuh Islam ingin memperlihatkan agama Islam sebagai agama yang mengancam hidup sama ada dalam aspek keharmonian bermasyarakat, ekonomi mahupun politik.

Di samping penerimaan terhadap ajaran Baginda Rasulullah s.a.w yang semakin hari semakin diterima di seluruh dunia.

Tidak ketinggalan Ustazah dan seluruh Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia merasa sangat marah dengan penghinaan yang ditimbulkan baru-baru ini, boleh jadi akibat rasa benci dan juga kurang pengetahuan tentang sirah hingga mereka berani menyebarkan fitnah dan persepsi terhadap Rasulullah SAW.

Kami dengan tegas menyeru agar pihak kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang terhadap si pelaku agar keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia terus subur tanpa sebarang permusuhan terutama melibatkan bangsa dan agama.

Secara tidak langsung, situasi ini mengingatkan kita tentang sirah perjuangan Baginda yang telah dahulu menerima lemparan kata-kata kesat dan fitnah namun sesekali tidak menghentikan usaha dakwah Rasulullah SAW, jauh sekali membalas semula perbuatan keji tersebut.

Akhir kalam, saya menyeru agar kita kuatkan kembali kekuatan umat Islam iaitu dengan kembali bersatu di atas nilai agama Islam, yang mana ini menjadi keyakinan buat kita bahawa keadilan dan keharmonian yang sebenar dapat dikecapi dan dikembalikan buat semua kaum dan agama sebagaimana zaman kegemilangan pemerintahan khilafah Islam dahulu.

SENATOR USTAZAH HAJAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
19 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 19/2/2019

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia, mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya” (Al-Maidah: 54)

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional, PSM dan calon Bebas.

Namun pihak yang menerima serangan dan kritikan adalah parti yang tidak bertanding, iaitu PAS.

Sejurus mendapat perkhabaran kekosongan kerusi Dun Semenyih, PAS telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada wakil pembangkang iaitu Barisan Nasional, atas semangat demokrasi untuk mengukuhkan proses ‘semak dan imbang’ yang diperjuangkan oleh PAS.

Pendirian PAS kali ini sudah boleh dijangka setelah menyaksikan keputusan PRK Cameron Highlands yang memihak kepada Barisan Nasional, di mana hampir semua penganalisis politik menyimpulkan bahawa kemenangan Barisan Nasional adalah disebabkan sokongan yang diberikan oleh PAS.

Menjelang hari penamaan calon, pendirian PAS dalam PRK Semenyih mula dipersoalkan apabila timbul pendedahan berlangsungnya pertemuan di antara Perdana Menteri dan Presiden PAS.

Malah Perdana Menteri secara bersahaja memaklumkan kepada pihak media, “PAS tidak akan menyokong Umno”, menyebabkan timbul kritikan dan serangan terhadap pendirian yang diambil oleh PAS.

Namun keributan yang melanda terus reda setelah Presiden PAS memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bersidang pada 17 Februari 2019 di Marang, dan diikuti dengan kenyataan media oleh Setiausaha Agung PAS yang memaklumkan;

“PAS menyatakan pendirian tidak bertanding dalam PRK Dun Semenyih dan memberi laluan kepada wakil pembangkang, iaitu Barisan Nasional, dengan tahap komitmen serta kadar penglibatan yang berbeza keadaannya pada PRK Cameron Highlands.

Ini selaras dengan pendirian konsisten PAS yang meletakkan kepentingan Islam dan Melayu mengatasi yang lainnya, di samping PAS mengekalkan hubungan dengan Umno atas dasar perpaduan ummah dan solidariti pembangkang”.

Melihat kepada pendirian yang diambil oleh PAS, ada yang beranggapan PAS tidak konsisten dan selalu mengubah pendekatan, malah ada yang beranggapan PAS sudah terperangkap dan tiada masa depan.

Hakikatnya setiap strategi yang diambil oleh PAS pastinya mengundang rasa cemburu dan sangsi di pihak kawan dan lawan.

Namun jika dilihat secara objektif dan rasional, jelas pendirian PAS adalah konsisten demi menjaga kepentingan Islam yang tidak berubah mengikut zaman.

Keanjalan pendekatan yang diambil oleh PAS dapat dilihat daripada strategi berpolitik yang mendahulukan damai dengan semua pihak (politik damai), tanpa mengira mereka yang lunak ingin berkawan ataupun yang tegar ingin berlawan.

Pendekatan BPMS inilah yang menjadi jambatan untuk PAS meramaikan ahli dan penyokongnya, serta menjadi rahsia ketahanan PAS yang tidak pernah diharamkan sejak awal penubuhannya.

Justeru tidaklah sukar untuk difahami pendirian dan pendekatan PAS, kerana kuncinya adalah untuk menjaga kepentingan Islam, dan strateginya adalah untuk mendaulatkan kedudukan Islam.

SYAHIR SULAIMAN
Pengarah Strategi Pemuda PAS
19 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 19/2/2019

NGO Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) mengutuk perbuatan biadap seorang netizen bernama Foo Sing Wai yang telah menghina junjungan mulia, Rasululah SAW dan isteri Baginda SAW dalam posting Facebooknya.

roslanesaSambil menyifatkan ia satu provokasi biadap dan melampaui batas serta mengheret sentimen agama, perbuatan Foo Sing Wai ini merupakan satu kebiadapan dan benar-benar menghina serta mencabar kesabaran umat Islam.

Tindakan bodoh ini bagi kami terhasil kerana sifat prejudis dan anti Islam individu tersebut, apatah lagi dalam carian, menyatakan bahawa individu ini didakwa ahli DAP.

GENERASI melihat, ia satu perbuatan sengaja menyalakan api perbalahan dan memarakkan rasa benci kepada Islam dan doktrinasi Islamophobia.

Sehubungan itu, kami menggesa pihak keselamatan khasnya pihak Polis segera mengambil tindakan ke atas Foo Sing Wai ini kerana keceluparan melampau.

Kami tidak teragak-agak mengerahkan seluruh umat Islam mengadaka bantahan besar-besaran atas isu ini demi menjaga serta mempertahankan kemulian dan keagungan baginda Rasulullah SAW.


GENERASI sekali lagi melaungkan amaran agar non-Muslim tidak terus melakukan provokasi melampau ini kerana kesabaran umat Islam ada batasnya.

Memangkin Impian Generasi

USTAZ ROSLAN MD ESA
Presiden NGO GENERASI
19 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 19/2/2019

More Articles ...