22
Tue, Oct
27 Artikel Baru

TERNYATA begitu gerun sekali Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dengan kebenaran yang dihujahkan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mengenai sikap DAP yang menentang usaha menegakkan serta meninggikan syiar Islam dan kedudukan Melayu-Bumiputera.

Berikut ialah senarai 15 hujah dan bukti bahawa DAP sememangnya menentang Islam dan kedudukan istimewa Melayu-Bumiputera, juga kepentingan berkaitan Bahasa Melayu dan Raja-raja Melayu yang menjadi tonggak utama Perlembagaan Malaysia. Malah, DAP sudah cukup masyhur terkenal dengan kelantangan celupar dan biadab, memperlekeh, mempertikai, memprovokasi serta campur tangan terhadap hal ehwal, institusi dan tokoh Islam juga.

1.     Mufti Pahang, Dato’ Seri Dr Abdul Rahman Osman, sewaktu mempertahankan kandungan khutbah Aidil Adha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Pahang yang menyebut mengenai campur tangan DAP terhadap hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan. Malah, tokoh DAP, Karpal Singh cukup terkenal dengan kata-katanya, “an Islamic state over my dead body”.

2.     Perlembagaan DAP jelas menyebut dalam Perkara 2 Matlamat-matlamat DAP adalah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja ‘sekular’ yang asal”.

3.     Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Namun, dalam Perlembagaan DAP pada Perkara 3 Matlamat-matlamat DAP hanya menyatakan "mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama”.

4.     Sheikh Omar Ali, Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, pada 8 September 2015 menulis, “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya”. Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal peribadi ini bercanggah dengan definisi Islam, iaitu satu cara hidup.

5.     Penentangan DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) dengan pelbagai alasan. Sedangkan ia sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah sahaja.

6.     DAP juga memiliki rekod membentak dan ingkar kepada Raja-raja Melayu. Antaranya mengenai isu pelantikan Menteri Besar Perak apabila Lim Kit Siang yang menyeru agar Adun DAP memboikot upacara mengangkat sumpah kerana tidak setuju perkenan Almarhum Sultan Azlan Shah yang melantik Adun PAS sebagai Menteri Besar pada 2008. DAP juga mengundang murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2014 apabila enggan mengemukakan lebih daripada dua nama untuk calon Menteri Besar Selangor susulan Langkah Kajang. Ini tidak termasuk banyaknya lagi celupar pro-DAP terhadap institusi Istana.

7.     Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat disediakan JAKIM sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian. Pengerusi Wanita DAP, Chong Eng pula mengkritik khutbah Jumaat berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P Ramasamy pula pernah menggelar pendakwah Islam, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.

8.     Dalam isu laungan azan dan bacaan ayat al-Qur’an, Dr Tan Seng Giaw telah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang dikatakan mengganggu penganut bukan Islam, terutama pada waktu Subuh, antara disebut beliau, "bahkan juga 1500 tahun yang lampau mana ada pembesar suara?”

9.     Dalam isu solat hajat, Teresa Kok mempersoalkan dalam ‘Facebook’ beliau pada 22 Julai 2016 kewajaran Ahli EXCO Hal Ehwal Agama Selangor dari PAS, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, mengarahkan agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah agar konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

10.     Dalam isu umrah di Makkah, pemimpin DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li, mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah. Sindiran sama juga telah disuarakan oleh pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan, dalam muka buku beliau pada Mac 2016 walaupun ia kemudiannya dipadamkan.

11.     Dalam isu aurat, Nga Kor Ming telah menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus, yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 supaya pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat sebagai "pemimpin Melayu otak cacat".

12.      Dalam isu murtad, Dato’ Ngeh Koo Ham telah mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam. Kata beliau, umat Islam mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian.

13.     Pemisahan DAP dari semua pakatan politik yang pernah disertainya, iaitu Gagasan Rakyat pada Januari 1995, Barisan Alternatif pada September 2001 dan Pakatan Rakyat pada Jun 2015 kesemuanya berpunca dari ketidaksetujuannya terhadap perjuangan Islam PAS.

14.     Deklarasi Setapak DAP menyatakan, “kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang”.

15.     Kuat menyuarakan supaya konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi.

Ini merupakan sebahagian daripada banyaknya lagi hujah dan fakta serta senarai panjang mengenai DAP dalam isu ini. Sehubungan dengan itu, kami di Dewan Pemuda PAS Malaysia mencabar DAP supaya menjawab setiap satu daripada semua hujah ini dengan fakta yang sahih.

Sesungguhnya kami berdiri teguh di belakang Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam meninggikan syiar Islam sebagai teras negara dan bangsa Malaysia serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputera dan ketuanan Raja-raja Melayu yang berdaulat di bumi Malaysia ini.

Oleh:
YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

23 Januari 2019 | 17 Jamadilawal 1440 - HARAKAHDAILY 23/1/2019

KERAJAAN Kedah yang dipimpin Blok Pakatan Harapan digesa agar peka dengan kegusaran yang diluahkan oleh Tuanku Sultan Salehuddin ibn Al-Marhum Sultan Badlishah dalam wawancaranya yang disiarkan oleh salah satu akbar tempatan baru-baru ini.

Menerusi wawancara berkenaan, Tuanku dilihat amat perihatin akan situasi kesengsaraan hidup rakyat luar bandar terutama golongan petani, nelayan dan penoreh yang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, harga komoditi pertanian seperti kelapa sawit dan getah yang berada pada kadar rendah, selain turun naik harga petrol diesel yang mempengaruhi harga barangan keperluan harian.

DrAhmadFakhSecara umumnya rakyat Kedah menanti-nantikan program berimpak tinggi yang mampu meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar yang majoritinya dari kalangan orang-orang melayu. Peningkatan ini secara tidak langsung dapat merapatkan jurang ekonomi masyarakat bandar dan luar bandar.

PAS juga melahirkan rasa bimbang sekiranya berlaku pembahagian kek ekonomi yang tidak mesra rakyat, maka keadaan ini berpotensi menyebabkan jurang berkenaan kian melebar, dan akhirnya mewujudkan keadaan tidak kondusif dalam kalangan mereka.

Sepintas lalu, Titah Tuanku menerusi wawancara itu telah menyentuh beberapa perkara yang menuntut respons dan penjelasan lanjut daripada Exco-exco Kerajaan Negeri seperti Perancangan Negeri, Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Asas Tani, Pelancongan serta Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan. Exco-exco terbabit seharusnya melihat kembali perjalanan urus tadbir di bawah bidang kuasa masing-masing tanpa menunding jari kepada pihak lain di atas kelemahan yang berlaku.

Dalam hal ini, kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, dilihat tidak bersedia serta kreatif mencipta peluang-peluang ekonomi atau meneroka ruang baru untuk pembangunan negeri serta rakyat.

Berbeza ketika PAS menerajui kerajaan Kedah pada 2008-2013, Al-Marhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah telah mengetengahkan idea 'Kedah Belanda Timur' dengan hasrat menjadikan Kedah sebagai negeri pertanian yang dapat memenuhi sektor 'food security' pada masa hadapan. Kerajaan pada waktu itu membuka ladang buah-buahan di Carok Genting Bunga, Pedu ,Padang Terap, di samping menggalakkan perusahaan hiliran berasaskan pertanian. Inilah contoh pemikiran 'future agriculture development' yang dipraktikkan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Al-Marhum.

Kerajaan Pakatan Harapan perlu memperlihatkan bahawa mereka mampu mentadbir negeri dengan baik kerana sememangnya PAS telah pun bersedia untuk menjadi pentadbir negeri malah berkemungkinan jauh lebih baik daripada kerajaan Pakatan Harapan hari ini. Jadi setakat ini, rakyat juga ingin tahu apa yang telah kerajaan laksanakan sejak berlaku peralihan kuasa pada PRU ke-14 lalu?

Justeru itu, pihak kerajaan negeri hendaklah peduli dan cakna apa yang dititahkan oleh Tuanku dan jangan sampai orang kata, 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'.

DR. AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah
22 Januari 2019 – HARAKAHDAILY 22/1/2019

PAS Sarawak mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada penubuhan GPS secara rasmi pada 19 Januari 2019. PAS Sarawak menyokong tindakan kepimpinan kerajaan Sarawak untuk mengambil pendekatan untuk tidak lagi menyertai Parti Barisan Nasional (BN) dan juga tidak bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).

Keadaan politik yang rencam hari ini memerlukan banyak pendekatan dan arena politik baru seperti yang diambil oleh GPS. Pendekatan ini perlu untuk memastikan kepentingan rakyat Sarawak di semua peringkat perlu dikekalkan.

PAS Sarawak juga mengucapkan terima kasih kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang telah berjaya membentuk keharmonian dan keamanan dalam keadaan masyarakat yang pelbagai dan latar belakang agama yang berbeza boleh hidup secara damai dan harmoni di sini. Sarawak sering digunakan sebagai model perpaduan di Malaysia.

PAS Sarawak mengesa GPS untuk memperbaiki kelemahan dalam sistem pentadbiran, untuk mendengar dan memenuhi aspirasi rakyat di peringkat akar umbi, tanpa mengira bangsa dan agama untuk memastikan hak mana-mana pihak tidak ada yang dipinggirkan.

Menyelesaikan masalah kaum Dayak seperti isu tanah NCR sangat dituntut. Begitu juga, ada kaum lain seperti tanah kaum Melayu dan kumpulan etnik Bumiputera lain yang perlu dikekalkan bagi memastikan keharmonian kaum dan agama di Sarawak terjamin dan hak milik kita tidak jatuh ke tangan orang luar.

Kami juga percaya bahawa GPS akan memastikan keharmonian dan kepentingan rakyat Sarawak dijamin dengan dasar Islam yang menjaga kepentingan umat Islam seperti mana kerajaan Sarawak boleh menerima pandangan PAS Sarawak sebagai contoh tuntutan royalti 20%.

PAS Sarawak mahu yang terbaik untuk rakyat Sarawak. Walaupun terdapat perbezaan pandangan politik di negeri ini. PAS masih mengamalkan budaya politik yang matang dan sejahtera seperti yang telah dipromosikan oleh presiden PAS.

PAS Sarawak akan terus bekerja bersama-sama untuk membangunkan Sarawak dan juga akan bertanggungjawab dalam “check and balance” kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk memastikan bahawa kerajaan berlaku adil kepada semua rakyat selaras dengan tuntutan agama Islam. Islam memimpin kearah kemakmuran dan kedamaian.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 21/1/2019

JAMN Johor kehilangan sebutir permata paling berharga dalam gerak kerja amal. Dari Allah dia datang, kepada Allah jua dia dikembalikan.

Di saat Azan Isyak berkumandang malam tadi, ketika itu menerima berita paling sedih iaitu salah seorang anggota ALP JAMN Johor, Almarhum Basaruddin Bin Manja atau dikenali Pak Budiman atau Din Komando telah dijemput illahi. Beliau merupakan Ketua Unit Kurikulum dan Latihan JAMNJ.

Beliau jatuh ketika sedang memasang syiling di SRITI Al-Ukhuwah, Kluang petang tadi. Beliau terus dikejarkan ke Hospital Kluang. Namun Allah lagi menyayangi beliau, menjemput beliau pergi dahulu daripada kita semua. Beliau meninggalkan kita semua ketika saat beliau sedang membantu jemaah PAS.

Selamat jalan wahai perjuang, jasamu akan kami ingin. Senda guraumu, juga kata nasihat masih teringat di ingatan kami. Damailah kamu menghadap Allah. Semoga Allah menempatkan kamu di kalangan para syuhadah.

IQBAL GHANI ISMAIL
Pengarah,
Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor.
20 Januari 2019
8.55 malam - HARAKAHDAILY 20/1/2019

ASAL ada peluang Menteri Kewangan DAP akan curi dan dakwa sesuatu pencapaian itu hasil usaha dan titik peluhnya. Sapi terpaksa curi peluang walau susu lembu yang punya kerana ternyata setelah lebih 8 bulan berkuasa sapi masih bergelut.

Janji tinggal janji. Rakyat semakin marah dan gelisah.

Terbaru Lim Guan Eng mendakwa bahawa kenaikan hasil cukai untuk tahun 2018 disumbang oleh strategi pencukaian yang berkesan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan PH.

Malaysia mencatat kenaikan pungutan cukai langsung kasar atau gross direct tax collection ke 11.13 peratus bagi tahun 2018.

Walau bagaimanapun menurut Presiden MCA Dr Wee Ka Siong kenyataan Guan Eng itu tidak tepat.

Menurut Dr Wee semua tahu bahawa cukai yang dikenakan bagi tahun ini adalah berdasarkan pendapatan tahun terdahulu. Bermakna jika pencapaian tercatat meningkat buat tahun 2018 ia bermakna pendapatannya adalah dari tahun 2017.

Peningkatan ini kata Dr Wee kerana pertumbuhan rancak tahun 2017.

2017 bukannya Guan Eng Menteri Kewangan tapi BN!

Kesian cubaan Guan Eng ternyata satu penipuan.

Selepas ini kita perlu berhati-hati dan semak dengan teliti kenyataan SU Agung DAP ini.

Siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama jadi Menteri. - HARAKAHDAILY 22/1/2019

 

TINDAKAN seorang Timbalan Menteri Pakatan Harapan menyalahgunakan kenderaan Pejabat Hutan Daerah Raub untuk tujuan kempen Pilihan Raya Kecil Cameron Highland telah menonjolkan lagi perangai ‘cakap tak serupa bikin’ Pakatan Harapan.

Difahamkan sebanyak 5 buah kenderaan Jabatan Hutan Negeri Pahang telah dipinjamkan kepada Timbalan Menteri itu atas kapasiti jawatan melalui satu surat arahan yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Menteri untuk tujuan membuat program Ramah Mesra bersama Orang Asli.

Setakat ini hanya sebuah kenderaan ditemui digunakan untuk berkempen. Di manakah 4 lagi buah kenderaan yang dipinjam?

Sebelum berkuasa, para pimpinan Pakatan Harapan melalui Bersih sering menganjurkan perhimpunan bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil, kerana apa yang dituntut tidak didengari dan dilaksanakan oleh BN.

Kini kebanyakan pimpinan PH sudah berada di dalam kerajaan, tapi malangnya pilihan raya belum menjadi lebih bersih dan adil berbanding dulu walaupun sudah hampir 9 bulan berkuasa. Lebih mendukacitakan ialah mereka sedang melakukan perkara yang mereka kutuk sehabis-habisnya terhadap BN dahulu ketika mereka di pembangunan.

Bukan itu sahaja, Bersih yang memberikan kritikan terhadap ‘Undi PH jika inginkan pembangunan’ turut dicemuh. Para pimpinan PH kini hanya tahu membisu dan ada yang cuba mempertahankan kemungkaran yang nyata.

Ironinya, PRK Cameron Highland ini diadakan kerana Pilihan Raya Umum ke-14 kawasan ini didapati tidak bersih dan adil. Namun, segala yang berlaku setakat hari ini di PRK Cameron Highland menyebabkan keputusan mahkamah yang bersejarah tempoh hari menjadi bahan sindiran.

Tindakan PH melanggar pelbagai janji dan ikrar sendiri sejurus selepas berkuasa menyebabkan imej perangai ‘cakap tak serupa bikin’ PH semakin terpahat di sanubari rakyat.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Kubang Kerian
21 Januari 2019 - HARAKAHDAILY 21/1/2019

PEMUDA PAS Negeri Kelantan menunggu dengan penuh kehairanan sebutan kes saman Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu 'Tanah Adat' Orang Asli Suku Temiar pada Selasa, 22 Januari 2019 ini. Dengan menamakan Kerajaan Negeri Kelantan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta lima entiti swasta sebagai defendan dalam kes ini, Peguam Negara (AG), Tommy Thomas melakukan perkara yang amat pelik.

Dalam kenyataannya Jumaat lalu, AG menyebut antara lain tindakan saman itu adalah bagi memenuhi manifesto pilihan raya PH sebelum ini. Apa yang cuba dimaksudkan oleh Tommy? Secara ringkas dapat difahami ia membawa makna bahawa tindakan ini adalah bersifat politik semata-mata. Sedangkan beliau sepatutnya tidak boleh kelihatan cenderung kepada mana-mana parti politik. Alang-alang melakukan perkara janggal sebegini, eloklah AG turut menyaman Kerajaan Persekutuan kerana puluhan lagi manifesto yang ditaburkan sebelum PRU14 masih gagal ditunaikan oleh Kerajaan PH.

Tommy sebagai AG sudah pasti teramat arif dalam memahami Perlembagaan Persekutuan, tetapi nampaknya tidak menghormati konsep Federalisma malahan kelihatan terburu-buru. Secara fundamentalnya hal berkaitan tanah adalah di bawah kuasa negeri, ia tidak perlu diperdebatkan. Malahan pula, di Kelantan atau mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia, tidak wujud Tanah Adat seperti yang dijadikan premis dan asas pendakwaannya. Berkali-kali dalam kenyataan AG disebut berkaitan Tanah Adat namun persoalannya adalah wujudkah Tanah Adat di Kelantan?

Atau merujuk pada adat apa? Adat siapa? Di Kelantan tidak wujud tanah adat untuk Orang Asli, tidak pernah ada dalam Undang-undang Tanah Kelantan dan tidak pernah diwartakan. Hampir semua tanah di Kelantan merupakan Rizab Melayu berdasar Enakmen Rizab Melayu 1930 dan ia lebih awal wujud berbanding Akta Orang Asli 1954.

Menyebut mengenai kemusnahan alam, hakisan, pencemaran dan kononnya kemusnahan ekologi dan landskap hutan, tidakkah AG menyedari bahawa dalam proses kelulusan dan juga pengoperasian kawasan pembalakan, laporan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta laporan daripada JPS berjalan seiring dengan sebarang keputusan Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Perhutanan Negeri? Ini bermakna sekiranya operator dan syarikat swasta ada melakukan apa-apa kesalahan, maka Kerajaan Negeri secara langsung boleh menamatkan dan menarik balik lesen mereka.

Maka tiada keperluan untuk menyabitkan perkara berkaitan kemusnahan alam sekitar dan sebagainya dalam isu saman ini. Ataupun sepatutnya Tommy harus menamakan juga JAS dan JPS Kelantan sebagai defendan kesembilan dan kesepuluh dalam saman pelik beliau kelmarin? Justeru rakyat Kelantan hanya melihat isu saman ini sebagai wayang sahaja kerana masih banyak perkara yang boleh dilakukan oleh Kerajaan PH sekiranya mereka benar benar ikhlas mahu membela Orang Asli.

AG seharusnya boleh menggubal undang-undang baharu, ataupun juga menambah baik sedia ada bagi membela nasib Orang Asli di negara kita. Ini lebih logik untuk dilaksanakan selepas lebih 9 bulan PH menguasai Putrajaya. Tindakan saman ini hanyalah satu jalan pintas ( short cut ) yang dilihat dangkal dan tergesa- gesa. Sudah pasti perkara ini menjadi manifestasi kepada kegagalannya dalam menjalankan tugas. Malahan boleh sahaja dikatakan Menteri Kabinet PH itu sendiri gagal dalam membela Orang Asli dan melakukan tindakan yang didasari oleh keinginan serta dendam politik semata-mata tanpa ada perancangan jangka masa panjang.

Begitu juga apabila disebut AG bahawa Kerajaan Negeri tidak berunding dengan Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor berkaitan rancangan pembangunan dan pembalakan di situ, maka persoalannya adalah dengan siapa kerajaan harus berunding? Adakah dengan NGO Jaringan yang selama ini cukup aktif melakukan sekatan ( blockade ) bagi menghalang hasil hutan Kelantan dibawa keluar? Sebelum PRU tempoh hari, Jaringan ini adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar. Jadi adakah Kerajaan Negeri sebelum meluluskan apa-apa konsesi sebelum daripada ini harus berunding dengan sebuah pertubuhan haram?

Adakah AG tahu bahawa Jabatan Perhutanan Kelantan sekian lama telah melantik sehingga 30 Renjer Hutan yang terdiri daripada Orang Asli bagi membantu pihak Kerajaan Negeri menguruskan hutan di sini? Dan tahukah AG bahawa Kelantan adalah antara negeri yang terbanyak memberikan geran milik tanah kepada keluarga Orang Asli? Di negeri ini juga seluas lebih 2,000 ekar tanah sudah diwartakan untuk penempatan Orang Asli dan 3,000 ekar lagi sedang dalam proses perwartaan sehingga tahun lalu. Malahan sejak 2016, terdapat sebanyak 54 permohonan yang dibuat dan tujuh daripadanya telah diluluskan manakala bakinya masih di dalam proses peringkat penilaian.

Semua kawasan yang telah dan akan diwartakan itu adalah ditentukan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang menjadi badan rasmi yang ditubuh dan dilantik oleh Kerajaan Pusat sendiri untuk bertindak sebagai penghubung kepada Orang Asli di negara ini. Adakah masih dikatakan Kelantan tidak berunding dengan wakil Orang Asli? Satu lagi kesungguhan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan Orang Asli termasuklah memelihara alam, apabila pada bulan September lalu seluas 92,697 hektar telah diluluskan untuk pewartaan Kawasan Hutan Tadahan Air yang baharu bagi negeri ini.

Keluasan itu meliputi seluas 11,121 hektar kawasan orang asli di Pos Belatim dan Dakoh Gua Musang. Keseluruhan Kawasan Hutan Tadahan Air di Kelantan adalah seluas 128,595 hektar dan 20.97 peratus adalah dari Hutan Simpan Kekal (HSK).

Rakyat negeri ini masih ingat pada 10 Ogos tahun lalu, apabila 200 orang asli bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kemudiannya berjanji akan berbincang dengan Kerajaan Kelantan untuk mencari penyelesaian terhadap isu tanah mereka. Kami tertanya tanya adakah 'berbincang' yang disebut oleh Tun itu difahami oleh AG sebagai tindakan saman? Saman itu suatu bentuk perbincangan yang matang?

Atau sebenarnya PH terpaksa menyaman Kelantan atas isu Orang Asli ini semata-mata mahu merancakkan kempen PRK Cameron Highland yang mana jumlah undi Orang Asli di sana amat signifikan. Adakah DAP di Cameron sedang tersepit dengan sokongan oleh Orang Asli yang kurang memberansangkan?

Tommy wajar meletakkan jawatan sebagai AG. Saman ke atas Kelantan ini menjadi tanda aras yang jelas kepada kegagalan beliau dalam menguruskan aspek perundangan negara. Malahan dengan skandal jogetnya itu juga, rakyat terbanyak sudahpun terhakis keyakinan kepada Tommy. Mengikut Warta Kerajaan Bertarikh 25 Jun 2009 (Kod Etika Hakim 2009) ada disebut,

“Seseorang hakim tidak boleh:-

(c)     memberikan atau membenarkan orang lain memberikan gambaran kepada mana-mana orang bahawa mereka berada dalam kedudukan yang istimewa untuk mempengaruhinya”.

Ini amat wajar kerana dalam video jogetnya itu jelas terpapar dan kelihatan seorang peguam wanita yang sering berada di sekatan sekatan ( blockade ) haram yang dibina oleh Orang Asli Jaringan termasuklah menjadi peguam bela kepada kumpulan ini dalam saman saman pemula ke atas Kerajaan Negeri sebelum daripada ini. Ini 100 peratus bersalahan dengan etika seorang hakim. Encik Tommy, sila letak jawatan.

"Terus Mara"

NAZMAN CHE IBERAHIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan - HARAKAHDAILY 20/1/2019

More Articles ...