Muzium Kelantan pelawa sertai Sahabat Muzium

Berita
Typography

PERBADANAN Muzium Kelantan mensasarkan seramai 100 orang di setiap jajahan di negeri ini menjadi Sahabat Muzium.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, Sahabat Muzium terbuka kepada orang ramai menyertainya.

“Sebelum ini ada lebih kurang 100 orang yang sudah mendaftar sebagai sahabat muzium yang terdiri daripada pengiat seni dan NGO di negeri ini.

“Kini muzium negeri mensasarkan pula seramai 100 orang dari setiap jajahan untuk menjadi Sahabat Muzium,” ujarnya selepas majlis penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada pemenang cabutan bertuah Pameran Artifak Rasullulah dan para Sahabat, di Kota Bharu petang semalam.

Hadir sama Pengarah Muzium, Nazwan Ismail dan pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Mohd Azhar Abdullah.  

Md Anizam berkata antara ahli Sahabat Muzium yang ada sekarang antaranya pelukis, pengumpul artifak, peminat duit siling lama dan peminat seni fotografi. – HARAKAHDAILY 18/5/2017