Hari Gawai: PAS Bintulu santuni Kaum Dayak

Berita
Typography

SEMPENA perayaan 'Ari Gawai' masyarakat Iban, Lajnah Perpaduan Nasional dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Bintulu telah mengadakan lawatan muhibah ke beberapa rumah panjang. Program ini bertitik tolak daripada hubungan mesra komuniti Iban dengan PAS Bintulu terutamanya semasa pilihan raya negeri yang lalu. PAS Bintulu juga berbesar hati menerima undangan daripada beberapa pemimpin rumah panjang untuk menghadiri dan meninjau persiapan masyarakat Iban menyambut Hari Gawai pada tahun ini.

Rombongan PAS Bintulu yang diketuai oleh Ketua Lajnah Perpaduan Nasional memulakan program ziarah dengan melawat ke Rh Gima, Rh Nelson, Rh Unggat, Rh Melayu, dan seterusnya mengakhiri lawatan ke Rh Sunggum. Kehadiran ahli-ahli DHPP seperti Achau, dan ajk nya turut menjadikan lawatan menjadi mesra dan meriah.

Wakil PAS Bintulu, Zharuddin berkata bahawa walaupun PAS membawa agenda Islam, namun realiti kepelbagaian budaya dan bangsa tidak menjadi halangan bagi mencetus kemesraan antara kedua belah pihak. Malahan, beliau turut memuji sikap dan penerimaan masyarakat Iban yang memang diketahui amat menghormati tetamu.

Manakala, wakil DHPP, Tr Clement Bayang mewakili PAS Bintulu mengucapkan selamat menyambut Hari Gawai seterusnya mengajak masyarakat Iban yang hadir untuk bersama dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Bintulu iaitu Abdul Aziz turut menyampaikan sepatah dua kata. - HARAKAHDAILY 31/5/2017

GawaiTr 4

GawaiTr 2

GawaiTr 1