Sidebar

23
Sat, Sep
28 Artikel Baru

Calon MB direstui DAP pinggir agenda Islam

Berita
Typography

PENGUMUMAN DAP bagi melantik Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa sebagai calon menteri besar Pakatan Harapan mengejutkan banyak pihak.

Ini kerana DAP diketahui umum secara konsisten menentang usaha kerajaan Kelantan memartabatkan perundangan Islam.

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, banyak pihak terkejut dengan pengumuman veteran DAP, Lim Kit Siang mengisytiharkan Adun Salor sebagai calon menteri Besar mereka.

Katanya, ramai yang terkejut kerana setiap usaha bagi memartabatkan undang-undang syariah di Kelantan ditentang DAP.

“Dan sudah tentu calon menteri besar yang direstui DAP akan memastikan Kelantan tidak melaksanakan agenda Islam dan pindaan Akta 355,” katanya pada ceramah pasca sidang Dun di Pasir Mas malam tadi.

Hadir sama Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, anggota parlimen Pasir Mas, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Adun Tendong, Rozi Muhamad, Naib Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Zuraidin Abdullah dan setiausaha PAS kawasan, Suhaimi Daud.

Baru-baru ini Kit Siang mengumumkan Husam yang juga Adun Salor sebagai calon menteri besar Pakatan Rakyat sekiranya gabungan pembangkang itu menang di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang. – HARAKAHDAILY 17/7/2017Pasir Mas ceramah 2