21
Mon, Aug
12 Artikel Baru

Kerajaan Terengganu gagal tangani hakisan pantai

Berita
Typography

ISU hakisan pantai di Terengganu yang masih gagal ditangani oleh pihak kerajaan.

Meskipun telah ada pandangan penyelesaian oleh pihak pakar, namun langkah sewajarnya masih belum diambil oleh pihak yang berkenaan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali telah membangkitkan isu tersebut pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Dalam soalan asal, beliau meminta Menteri Sumber Manusia dan Alam Sekitar menyatakan sebab-sebab tidak menambak Pantai Mengabang Telipot di Kuala Nerus dengan pasir sebaliknya menggunakan struktur lapis lindung batu (rock revetment) sehingga telah menyebabkan hakisan lebih teruk berlaku di pantai seterusnya di sebelah utara.

Isu ini telah berlarutan sejak Januari lalu. Antara kawasan yang terjejas termasuklah Pantai Mengabang Telipot dan Pengkalan Maras. – HARAKAHDAILY 2/8/2017