21
Mon, Aug
12 Artikel Baru

Lombong bauksit haram, apa tindakan?

Berita
Typography

TEMPOH morotarium aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan yang dilanjutkan sehingga selesai PRU-14 akan datang ternyata gagal menyelesaikan aktiviti perlombongan haram, demikian tegas  Adun Beserah, Andansura Rabu.

Bercakap dengan Harakahdaily, katanya, tempoh morotarium itu hakikatnya tidak menyelesaikan masalah penguatkuasaan sehingga membiarkan longgokan dan lubang-lubang perlombongan bauksit begitu sahaja.

AndansuraTegasnya, apa yang boleh kerajaan buat untuk menghentikan semua sekali aktiviti perlombongan bauksit sehingga prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dapat dikemukakan.

"Kita kena faham, apabila morotarium ini dijalankan adalah untuk memastikan tidak ada perlombongan haram berlaku sehingga pencemaran yang tidak terkawal hasil daripada aktiviti ini telah menjejaskan persekitaran masyarakat.

"Malangnya, aktiviti ini berlaku tanpa penguatkuasaan yang berkesan sehingga apa yang lebih menyedihkan aktiviti membawa keluar apa yang dikorek sebelum tahun 2016," katanya.

Jelas beliau, awalnya sebanyak lima juta tan bauksit setahun dikeluarkan sejak 2016 tetapi jumlah ini masih lagi sama walaupun tempoh morotarium berlaku .

"Hari-hari ada aktiviti mengangkut. Yang ini memusykilkan kita macam mana dikatakan berkurangan walaupun morotarium berlaku tetapi bauksit masih banyak kerana pengorekan baru berlaku yang kita anggap ia haram," tegas beliau.

Justeru, beliau akan terus membangkitkan masalah ini di dalam sidang DUN yang akan datang dan sentiasa menjadi agenda utama demi kesejahteraan rakyatnya. – HARAKAHDAILY 10/8/2017