21
Sun, Jul
31 Artikel Baru

Jom korban: Bantu mangsa peperangan Selatan Filipina

Berita
Typography

PUSAT Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) akan mengadakan program korban di Filipina sebagai satu lagi Misi Bantuan Kemanusiaan khusus untuk membantu umat Islam yang menjadi mangsa konflik peperangan di selatan negara tersebut.

Umat Islam di situ sejak puluhan tahun hidup dalam serba kekurangan dan kedaifan akibat konflik yang berlaku dan didiskriminasikan di mana menuntut perhatian khususnya daripada umat Islam sedunia untuk meringankan beban.

Tambahan dalam konflik mutakhir yang berlaku melibatkan usaha ketenteraan pihak pemerintah atas tindakan memerangi pengganas di Melawi, telah menjebakkan umat Islam di situ sebagai mangsa keadaan, sama ada terbunuh atau kehidupan semakin rumit

Menurut Bendahari PASRelief, Mohd Adram Musa, menyedari situasi itulah pihaknya segera bertindak dengan menjadikan Eidul Adha yang menjelang ini sebagai kesempatan untuk menghulurkan bantuan kepada umat Islam di sana.

“Jadi ini peluang membantu dan sekali gus melaksanakan ibadah korban yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah. PASRelief hanya bertindak selaku perantara dan pelaksana terhadap usaha misi bantuan ini. Jadi kami menyeru sokongan umat Islam untuk turut serta,” ujar beliau.

Maklumnya, dengan akses terhad dan keadaan ancaman keselamatan yang masih berlaku serta pelbagai birokrasi yang ada, usaha itu bakal tertumpu di Mindanao dan akan dilaksanakan pada 1 hingga 4 September depan.

Penyertaan bagi korban ini ditawarkan pada harga RM350 bagi satu bahagian lembu atau RM450 bagi seekor kambing dan RM2,450 bagi seekor lembu.

Masyarakat Islam di negara ini yang berhajat menyertai korban dan bersama dalam menyumbang kepada misi ini boleh berurusan dengan Adram di talian +6013-384 5555 atau Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor ( +6012-596 9220 ).

Pembayaran dan sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun Maybank 5640 7061 1352 atas nama Tabung Kemanusiaan Antarabangsa. – HARAKAHDAILY 18/8/2017

KorbanFili