21
Sun, Jul
19 Artikel Baru

Pelajar bermasalah serius wajar dipulih di penjara

Berita
Typography

KERAJAAN dicadang memperkenalkan kaedah pemulihan di penjara dan lokap polis terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin serius.

Yang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, tindakan itu wajar dilaksanakan bagi pelajar yang digantung persekolahan kerana kes buli dan disiplin serius.

DrZulkefleeYKatanya, hukuman dihantar ke penjara, lokap dan Sekolah Henry Gurney dalam tempoh tertentu sebagai proses pemulihan bersama pesalah lain.

“Sepanjang proses pemulihan perlu juga diberi latihan dan bimbingan agama dan kenegaraan. Ini penting agar kegersangan nilai mulia dan amalan agama dapat dipulihkan,” katanya di Kota Bharu.

Pada 11 Ogos lepas seorang guru wanita mengalami keretakan jari tangan selepas dipukul dengan kerusi oleh seorang pelajar tingkatan dua.

Pelajar tersebut dikatakan tidak puas hati selepas ditegur guru berkenaan ketika dalam kelas. – HARAKAHDAILY 20/8/2017