23
Tue, Jul
31 Artikel Baru

Himpunan 1K petugas muslimat PAS Perlis

Berita
Typography

JABATAN Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis bakal menganjurkan Himpunan Jentera Muslimat PAS Negeri Perlis 1K.

Himpunan itu dijangka akan berlangsung pada 26 Ogos 2017 bertempat di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam.

Objektif utama himpunan adalah bagi mengumpulkan seramai mungkin petugas pilihan raya muslimat seluruh negeri.

Pelbagai acara bakal diadakan sepanjang berlangsungnya himpunan, antaranya sesi taujihat bersama Pengarah Jabatan Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Noraini Husain, pelancaran tabung dana pilihan raya serta pelancaran pakaian rasmi keluaran Jabatan Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis khusus buat jentera pilihan raya muslimat.

Menurut pengarah program, Husna Hashim, selain daripada mencapai sasaran mengumpulkan petugas-petugas pilihan raya untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-14, himpunan itu juga bertujuan memotivasikan para petugas muslimat agar lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam gerak kerja.

Justeru ujar beliau, pihaknya berharap agar semua jentera muslimat di Negeri Perlis dapat memberikan sokongan bagi menjayakan himpunan kali ini.