21
Sun, Jul
19 Artikel Baru

Jalan raya rosak: Aduan PAS dapat perhatian

Berita
Typography

KEROSAKAN jalan yang teruk di Jalan Taipakkung Putatan telah menyebabkan aliran trafik di jalan berkenaan akan menjadi perlahan apabila kenderaan terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan lorong sebelah kanan yang digunakan oleh kenderaan dari arah bertentangan bagi meneruskan perjalanan, kerana kenderaan tidak boleh melalui jalan tersebut disebabkan oleh lubang yang besar dan dalam yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kenderaan.

JalanbaikiPrihatin kepada masalah ini, Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Putatan telah mengambil langkah untuk melakukan usaha agar kerja-kerja baikpulih kerosakan jalan tersebut diambil tindakan oleh pihak yang berwajib.

Pada 22 Ogos lepas, jawatankuasa bertindak PAS Kawasan Putatan telah membuat aduan kepada pihak berwajib berkenaan masalah ini termasuk membuat satu kenyataan media, berharap agar masalah ini mendapat perhatian dan tindakan susulan.

Masalah kerosakan jalan ini berjaya diselesaikan atas kerjasama dan tindakan daripada pihak yang bertanggungjawab dalam tempoh masa yang singkat. Penyelaras PAS DUN Tanjug Aru, Hamid Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Beliau menambah, ini merupakan antara usaha berterusan oleh PAS Kawasan Putatan dalam konteks mengusahakan solusi yang memberi manfaat kepada rakyat, serta komitmen yang tinggi daripada PAS Kawasan Putatan bagi memastikan keperluan dan kepentingan rakyat dapat diberi keutamaan. – HARAKAHDAILY 26/8/2017