Fastaqim 2.0 sasarkan 200,000 peserta

Berita
Typography

PAS mensasarkan seramai 200,000 peserta yang akan hadir pada himpunan Fastaqim 2.0 yang akan diadakan pada 30 September nanti di Pantai Tok Jembal, Terengganu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan ketika mengadakan sidang media di Pejabat Agung PAS menegaskan himpunan kali ini bakal menyaksikan ledakan dan gelombang kebangkitan ummah yang luar biasa.

"Keadan ini seperti yang pernah diadakan di Kelantan pada tahun 2015 dengan lebih 100,000 kehadiran peserta," katanya. – HARAKAHDAILY 5/9/2017