Pemuda santuni anak muda di kedai kopi

Berita
Typography

PROGRAM ‘Kecek Kigho Keda Kopi’ anjuran Pemuda PAS Negeri yang diadakan di kampung-kampung mendapat sambutan menggalakkan.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ariff Abdullah berkata, walau pun program di peringkat kampung yang diadakan di kedai kopi, namun ia dihadiri lebih 100 penduduk.

“Program tersebut merupakan santai dakwah cara baru untuk bersama anak muda dan orang ramai,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, bermula September ini Pemuda PAS Negeri akan menyemarakkan lagi program Anak Muda Pertahan Kelantan (Pertahan). - HARAKAHDAILY 6/9/2017