PAS Pahang tumpu selesai isu tanah

Berita
Typography

PAS Pahang memberi komitmen menyelesaikan isu tanah di negeri tersebut sekiranya mendapat mandat rakyat mentadbir Pahang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

ShahrilAzmanYang Dipertua PAS Kuala Krau, Shahril Azman Abdul Halim berkata, parti itu akan memperincikan isu tanah yang gagal ditangani kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.

“Kita akan berusaha membangunkannya semula tanah-tanah terbiar bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan kerajaan negeri.

“Selain itu dapat membantu golongan belia membangunkan tanah secara lebih terancang. Inilah komitmen dan kesungguhan kami,” katanya ketika ditemui Bandar Jengka.  

Menurutnya juga kerajaan BN gagal membangunkan tanah sehingga ribuan ekar terbiar sekarang.

Beliau berkata, kajian awal PAS Pahang mendapati terdapat 30,000 ribu hektar tanah terbiar di seluruh negeri tersebut.

“Sedangkan tanah-tanah tersebut boleh dimanfaatkan untuk pembangunan sektor pertanian,” ujarnya.  - HARAKAHDAILY 6/9/2017