26
Wed, Jun
13 Artikel Baru

Balak: PAS, NGO sokong tindakan tegas

Berita
Typography

PAS dan NGO di Pahang memuji tindakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) menyiasat isu pembalakan yang sudah lama diperkatakan di negeri tersebut.

yohanisTimbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Yohanis Ahmad berkata, PAS mengucap syabas kepada SPRM di atas tindakan agensi berkenaan menyiasat isu pembalakan dan menahan beberapa individu.

“Ayuh, hentikan kemusnahan hutan simpan kekal dan kawasan sumber tadahan air khususnya di Jerantut,” kata beliau di sini.

Baru-baru ini SPRM dilapor menahan pegawai Pejabat Hutan Daerah Jerantut serta isterinya serta seorang lagi pengawai di pejabat terbabit.

Manakala dua lagi iaitu pemilik serta pengurus sebuah syarikat pembalakan.

Suspek berusia antara 40 dan 50 tahun ditahan di sekitar Jerantut bagi membantu siasatan kegiatan rasuah bagi mengelak tindakan diambil terhadap kegiatan pembalakan haram.

Yohanis yang juga Yang Dipertua PAS Jerantut berkata, beliau terkejut dengan penahanan pegawai kanan Jabatan Hutan Daerah Jerantut oleh SPRM.

Perikatan Pencinta Alam Malaysia (ALAM), Khaidir Ahmad pula berkata, penyelewengan dan rasuah membabitkan kegiatan pembalakan dan pelombongan mungkin menjadi punca pencemaran teruk alam sekitar sehingga sungai menjadi keruh. – HARAKAHDAILY 14/9/2017