19
Mon, Aug
15 Artikel Baru

Krisis di kem Rohingya bertambah tegang jika...

Berita
Typography

KRISIS kemanusiaan di kem pelarian Rohingya akan bertambah tegang jika tentera Junta Myanmar tidak menghentikan serangan ke atas muslim Rohingya.

Menurut ketua delegasi PAS Relief Mohammad Sanusi Mohd Nor yang baru selamat tiba ke Malaysia hari ini selepas menyertai misi kemanusiaan ke Cox's Bazar Bangladesh dari 10 hingga 14 September berkata ketegangan itu akan berlaku kerana lebih ramai lagi pelarian Rohingya dijangka akan tiba di tiga kem pelarian.

"Ketegangan adalah melibatkan pelarian yang kelapara n kerana ada di antara mereka yang berjalan selama 10 hari untuk tiba ke kem tersebut.

“Kami sendiri menyaksikan pelarian Rohingya berpijak-pijak antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan," kata Sanusi.

Katanya lagi, buat pertama kalinya Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina masuk melawat kem pelarian Rohingya dan selepas daripada itu lebih banyak NGO dan orang kaya dari Bangladesh turun menghulurkan bantuan.

Rombongan kali ini membawa 1,050 bungkusan makanan untuk 1,050 keluarga, membina 15 telaga tiub untuk air bersih, 55 buah rumah untuk 55 buah keluarga dan tandas untuk kebersihan.

Selain beliau, turut serta dalam delegasi tersebut adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Shahir Abu Hassan, Timbalan Yang Dipertua PAS Pendang Awang Salahuddin dan Bendahari PAS Relief Mohd Adram Musa yang juga merupakan koordinator projek ini. – HARAKAHDAILY 14/9/2017