22
Sun, Sep
35 Artikel Baru

NYDP PAS Pasir Salak kembali ke rahmatullah

Berita
Typography
IPOH: Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak, Hisham Zainuddin telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh semalam selepas diserang strok sehari sebelumnya.
 
Hisham merupakan seorang aktivis berpengalaman, bahkan ketika Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar, beliau menjadi petugas utama di Bilik Operasi dalam menyusun gerak kerja pilihan raya.
 
Pemergiaannya menjadi satu kehilangan yang besar kepada PAS Perak terutama pimpinan PAS Kawasan Pasir Salak untuk berkongsi segala pengalaman membantu gerak kerja PAS.
 
Beliau juga merupakan Ketua Penerangan Jabatan Pilihan Raya Negeri Perak di mana perwatakan sederhananya menjadikan al-marhum senang didekati tanpa membezakan lapisan usia.
 
Komitmen Al-Marhum menggerakkan jentera pilihan raya sehingga telah mewujudkan satu unit Pasukan Penerangan PRU14 dibawah selian beliau demi memastikan kemenangan PAS dalam PRU akan datang.
 
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria sempat menziarahi beliau di wad kecemasan bersama beberapa kepimpinan yang lain. - HARAKAHDAILY 15/9/2017