PAS sah bertanding Parlimen Paya Besar

Berita
Typography

SEHINGGA kini PAS Pahang mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Paya Besar dan Dun Lepar pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabbar berkata, sebelum ini PAS bersama Pakatan Rakyat memberi laluan kepada PKR bertanding di kerusi terbabit.

“Namun kali ini kita akan bertanding di situ. Lagi pun PAS mempunyai calon yang sesuai serta berkredibiliti bagi menentang Umno dan Pakatan Harapan di kedua-dua kerusi tersebut.

“PAS berhasrat bertanding di semua kerusi dun dalam Parlimen Paya Besar.

“Keputusan dibuat selepas mengambil kira gerak kerja dan perancangan yang disusun,” katanya yang juga Adun Tanjung Lumpur ketika ditemui di Kuantan.

Menurutnya juga jentera pilihan raya PAS begitu bersemangat sekarang bagi mengukuhkan kedudukan PAS khususnya di Dun Lepar. – HARAKAHDAILY 28/9/2017