Muslim ada hak praktik amalan Islam

Berita
Typography

BADAN bukan kerajaan (NGO) menyifatkan sikap prasangka dalam kalangan pemimpin politik hanya menjarakkan perpaduan kaum di negara ini.

DrZulYaacobYang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, sikap yang ditunjukkan sesetengah pemimpin disifatkan boleh menanam bibit kebencian rakyat.

Katanya pemimpin politik terbabit tidak perlu mencanang ekstremisme kaum kerana Rukun Negara sebagai tiang bagi memupuk keharmonian di negara ini sudah lama dihayati rakyat.

“Jika ahli politik sering cetus isu sensitif terhadap amalan orang Islam dan kaum hanya mengundang kepada gugatan ketenteraman,” katanya di Kota Bharu.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilapor menyifatkan isu dobi pakaian untuk Muslim bertentangan dengan pendirian kerajaan.

Sebelum itu tular di media sosial sebuah kedai dobi layan diri di Muar Johor melaksanakan dasar “mesra Muslim” dengan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan beragama Islam sahaja.

Pengendali dobi itu, dilapor memberitahu beliau sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam.

Dr Zulkeflee juga orang Islam ada hak memilih mempraktik amalan agama mereka.

“Sekarang seolah-olah ada pihak cuba campur tangan dan tidak setuju orang Muslim hidup dengan amalan Islam yang selaras dengan perlembagaan di mana Islam agama tertinggi,” katanya.

Oleh itu kata beliau politikus ekstremis dan vernakular tidak wajar diberi tempat sebagai pemimpin besar dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

“Apa pun teguran Sultan Johor dan pemilik premis dobi boleh dijadikan pedoman untuk mengelak ketegangan dalam masyarakat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 28/9/2017