Lautan manusia hadiri malam kemuncak

Berita
Typography

TAPAK Fastaqim 2.0 malam terakhir semakin sendat dengan lautan manusia. Ternyata sasaran penganjur membuah hasil.

Kelibat orang ramai seakan- akan seperti musim haji di Makkah. Arus manusia bertali arus memasuki lokasi Fastaqim di Pantai Tok Jembal.

Kesesakan semakin ketara menjelang Maghrib. Malah untuk memasuki tandas pun terpaksa beratur panjang.

Bagaimanapun orang ramai bernasib baik apabila Syarikat Air Terengganu menghantar bekalan air menggunakan lori tangki. Semalam ramai terpaksa berwuduk menggunakan air laut.

Ratusan ribu yang hadir juga menunaikan solat hajat untuk memohon kemenangan Islam, sebaik usai solat jamak Maghrib dan Isyak.

Kelibat orang ramai sayup mata memandang sehingga memenuhi ke jalan raya yang mencakupi kawasan seluas 50 ekar. – HARAKAHDAILY 30/9/2017

LautMan 1

LautMan 2