Tan Sri Khalid Ibrahim kekal bantu PAS

Berita
Typography

TAN Sri Khalid Ibrahim mengumumkan kekal dengan situasi sekarang, bagi membantu menangani masalah kemiskinan rakyat bersama PAS.

Katanya sudah sampai masanya PAS memfokuskan isu kemiskinan, ekonomi dan pendidikan bagi membantu rakyat menyelesaikan kemelut sekarang.

“Sudah sampai masanya kita menerus langkah baru dan dapat dipertingkat bagi membantu rakyat miskin.

“Saya sangat berterima kasih kepada PAS dan akan terus membantu bagi membela rakyat miskin.

“Saya tidak sertai mana-mana parti politik buat masa ini namun terus membantu presiden PAS bagi membela rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/9/2017