Kelantan simpati kematian anggota TLDM

Berita
Typography

KERAJAAN Kelantan bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Laskar Kelas 1 Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28.

Atas rasa simpati itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Mumtaz Md Nawi mengunjungi keluarga mangsa.

Beliau menghulurkan bantuan kewangan sumbangan kerajaan negeri kepada isteri arwah, Noor Bazlin Mohammad, 27 di rumah ibunya, Taman Selayang, Kota Bharu.

Mumtaz mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham dan diharap mereka bersabar menghadapi ujian itu.

“Kematian insan yang tersayang, apa lagi dalam keadaan yang cepat ini, memang menguji keimanan. Tetapi sama-samalah kita berdoa semoga keluarga mangsa keduanya tambah,” ujarnya.

Jumaat lalu, Baihaqy dan Laskar 1 Muhammad Lailatuiman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia semasa ditahan di pusat tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak.

Baihaqy meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak, Allahyarham Muhammad Lailatulman meninggalkan seorang balu, Nur Liya Asmira yahya, 24 dan seorang anak berusia empat bulan.

Jenazah Baihaqy selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Limbat, dekat sini kira-kira jam 5.50 pagi tadi. – HARAKAHDAILY 1/10/2017