Iskandar turun padang ke ‘Little Myanmar’

Berita
Typography

BERIKUTAN aduan penduduka tempatan, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri Chempaka Datuk Iskandar Abdul Samad akan mengadakan lawatan ke kawasan yang digelar Little Myanmar’.

Kawasan tersebut terletak sekitar Pangsapuri Kos Rendah Taman Pandan Mewah, Ampang  di belakang Hospital Ampang.

“Tujuan program ini adalah untuk mengenalpasti masalah di kawasan tersebut agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan yang sewajarnya,” ujar Iskandar.

Iskandar dijadualkan akan ke kawasan itu pada 6 Oktober 2017 (Jumaat ). Sebelum bergerak ke kawasan terbabit, beliau akan berkumpul di Surau An-Nur, Jalan Mewah 4, Taman Pandan Mewah pada jam 4.45 petang.  

“Saya berharap program ini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 5/10/2017